Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz

Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan sekolah menengah imtiaz Yayasan Terengganu ke tingkatan satu kini dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

Sekolah Menengah Imtiaz ini ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah inspirasi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pembangunan ketika itu. Matlamatnya adalah untuk menyatukan bidang Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).

Ikuti telegram sistem guru online yang penuh informasi dengan tekan pautan dibawah:

Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2024

Sistem pendidikan di Imtiaz menggabungkan kurikulum bersepadu KBSM dengan pengajian Al-Quran sebagai teras pembelajaran. Gabungan ini bertujuan mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini membentuk intipati Ulul Albab, yang dikenali sebagai Quranik, Ensiklopedik, dan Ijtihadik, yang pada gilirannya menghasilkan profesional Islam dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, senibina, perakaunan, undang-undang, dan ulama.

Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz

Sekolah Menengah Imtiaz juga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu, kini berkembang kepada 8 buah cawangan di seluruh Terengganu. Berikut adalah senarai lokasi Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu:

Nama SekolahLokasi
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuBesut
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuDungun
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuKuala Berang
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuKuala Terengganu
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuKemaman
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuSetiu
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuKuala Nerus
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan TerengganuMarang (Program Tahfiz Khas Mandarin)

Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2024

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Tahun 2024 akan dibuka pada 25 Oktober 2023  sehingga 25 November 2023 secara dalam talian (online).

Sebarang permohonan untuk kemasukan terbaru bagi tahun depan, anda boleh rujuk (DISINI)

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Berikut syarat kemasukan sekolah menengah imtiaz terengganu yang telah dikeluarkan secara rasmi di portal rasmi imtiaz:

i) Sekolah Menengah Imtiaz:

  • Pemohon mesti menjadi warganegara Malaysia dan merupakan penduduk Terengganu:
    1. Ibu atau bapa lahir di Terengganu.
    2. Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu tanpa henti selama sekurang-kurangnya 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti yang menunjukkan niat untuk tinggal di Terengganu.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan secara dalam talian dan menghadiri Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temu duga.
  • Calon yang berjaya dalam Ujian Kemasukan Imtiaz akan dipanggil untuk sesi temu duga yang akan menguji hafazan, penguasaan akademik, dan personaliti (kecerdasan intelektual dan insan).
  • Calon juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh doktor yang berkelayakan dan mendapat kelulusan sebagai individu yang sihat dan bebas daripada penyakit kronik, keletihan, atau berjangkit.
  • Pemohon perlu bersetuju menerima penempatan di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  • Pemohon perlu mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.
photo 6176737999505700138 y
Iklan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz

ii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang):

  • Ibu atau bapa pelajar tersebut perlu dilahirkan di Terengganu.
  • Ibu atau bapa pelajar tersebut perlu telah menjadi penduduk Terengganu secara berterusan selama 10 tahun atau lebih dan perlu mempunyai niat serta bukti yang kukuh untuk terus tinggal di Terengganu.
  • Pelajar perlu mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, dengan keutamaan diberikan kepada calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).
  • Pelajar perlu memiliki kemahiran membaca Al-Quran dan menunjukkan minat dalam menghafaznya.
  • Pelajar WAJIB mengisi Borang Kemasukan Imtiaz secara dalam talian dan juga WAJIB menjalani Ujian Kemasukan Imtiaz serta Sesi Temu Duga.
  • Pelajar perlu LULUS dalam Ujian Kemasukan Imtiaz dan Sesi Temu Duga.
  • Pelajar perlu LULUS dalam pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh doktor yang bertauliah, serta mempunyai tubuh badan yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.
  • Pelajar perlu BERSETUJU menerima penempatan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Marang.
  • Pelajar perlu BERSETUJU untuk mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
photo 6176737999505700137 y
Iklan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz

Proses pemilihan pelajar akan mendasarkan kepada pematuhan kepada syarat-syarat di atas dan prestasi pelajar dalam ujian dan sesi temu duga. Sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut dan panduan mengenai proses permohonan.

Cara Permohonan Lengkap Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz

Diminta para ibubapa atau pelajar untuk meyemak terlebih dahulu syarat kelayakan secara menyeluruh supaya anda layak untuk memohon. Bagi pendaftaran pertama permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Masukkan No.KP/Passport pelajar.
  • Klik butang SEMAKAN untuk mengesahkan No.KP/Passport.
  • Jika No.KP/Passport tidak dijumpai, butang DAFTAR DISINI akan muncul. Ibubapa boleh membuat permohonan baru dengan menekan butang DAFTAR DISINI, bagi pendaftaran baru.
photo 6176737999505700236 y

Semakan Permohonan Bagi Kemasukan 2024


Untuk semakan status permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan No.KP/Passport pelajar.
  2. Klik butang SEMAKAN untuk mengesahkan No.KP/Passport.
photo 6176737999505700236 y

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Imtiaz di talian 09-621 1800 / 09-621 1920 / 09-621 1928.

Kepada anda juga berminat untuk mencuba memohon di MRSM [Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024]

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati