Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerja Part Time Shell di Seluruh Cawangan Malaysia yang Menawarkan 3 Jenis Jawatan

Kerja Part Time Shell
Kerja Part Time Shell di Seluruh Cawangan Malaysia yang Menawarkan 3 Jenis Jawatan 5

Kerja sambilan sering dicari oleh mereka yang memerlukan terutama mereka yang baru sahaja tamat belajar, lepasan SPM dan mereka yang mencari pendapatan sampingan. Kerja part time Shell adalah sinonim dengan golongan ini. Urusan permohonan kerja part time Shell yang merupakan rangkaian stesen minyak yang terkenal di seluruh dunia adalah amat mudah.

Urusan kerja part time Shell ini akan diterangkan lebih dalam dan sesuai kepada anda yang sedang berusaha mencari kerja part time di cawangan yang anda minat dan inginkan. Untuk membantu anda agar tidak terlepas dengan info kerjaya kini, anda boleh juga sertai telegram rasmi kami segera.

Maklumat Kerja Part Time yang Ditawarkan Oleh Shell

Jawatan Kerja Part Time Shell yang Dibuka

Pihak Shell telah menawarkan pelbagai jawatan yang boleh dimohon untuk kerja part time Shell. Jawatan yang dibuka adalah boleh dimohon oleh anda mengikut minat dan kebolehan anda.

  • Kru Stesen Minyak
  • Juruwang
  • Jurupam

Syarat Asas Permohonan Kerja Part-Time Shell

Untuk menjadi pekerja part-time di stesen minyak Shell anda perlu untuk mengikuti syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat asas:

  • Perlu berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki kelulusan SPM atau yang setaraf dengannya
  • Mempunyai sikap kerja yang baik
  • Mampu bekerja di dalam pasukan
  • Sanggup untuk bekerja mengikut syif

Langkah-langkah Mohon Kerja Part Time Shell

Untuk permohonan kerja full time atau part time anda boleh membuat permohonan terus melalui stesen minyak Shell yang berdekatan anda. Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan untuk kerja part time Shell yang anda mahu seluruh Malaysia. Berikut adalah dikongsikan prosedur permohonan kerja part time Shell:

  1. Rujuk butiran dan senarai lokasi stesen minyak Shell yang anda ingin mohon kerja.
  2. Hubungi pihak stesen minyak Shell yang anda ingin mohon kerja sebagai part time.
  3. Sediakan resume dan maklumat butiran diri anda yang perlu diserahkan oleh pihak majikan jika diminta sebelum disahkan menerima kerja.
  4. Tunggu makluman dan panggilan daripada majikan.
lokasi stesen minyak shell

Kebiasaanya prosedur dimana-mana stesen minyak Shell adalah permohonan secara walk-in dan adalah anda perlu menyediakan resume yang lengkap mengenai diri anda. Sebelum hadir, anda perlu menghubungi pihak stesen minyak Shell yang anda ingin mohon kerja.

Untuk mengetahui butiran lanjut dan dimanakah lokasi beratus stesen minyak Shell anda boleh rujuk, anda boleh melihat mlalui pautan yang kami sediakan dibawah.

Dengan senarai lokasi Shell diatas, diharapkan akan dapat membantu anda mencari tempat kerja part time Shell. Perlu juga anda merujuk dibawah untuk mengetahui mengenai kerja di Shell yang menawarkan pelbagai kelebihan dan maklumat yang anda perlu tahu.

Info Mengenai Tawaran Kerja Part Time Shell yang Anda Kena Tahu

Pengiraan Gaji Pekerja Part Time Shell

Untuk makluman anda, gaji pekerja part-time di stesen minyak boleh berbeza-beza bergantung kepada pengalaman, lokasi, dan jenis tugas yang dijalankan. Secara umunya, gaji minimum bagi seorang pekerja part-time bermula dari RM7 hingga RM10 per/jam. Anda boleh membuat pengiraan mudah dengan menggandakan jumlah jam bekerja anda dengan kadar gaji sejam yang ditawarkan ditempat anda bakal mulakan kerja.

Shift Kerja di Stesen Minyak Shell

Pembahagian shift kerja adalah berbeza-beza mengikut tempat. Untuk kerja shift anda boleh merujuk majikan dan boleh mohon kesediaan anda untuk kerja mengikut shift. Kebiasaannya terdapat 3 shift yang beroperasi bagi para pekerja part time shell seperti dibawah:

  • Shift Pagi
  • Shift Petang
  • Shift Malam

Tugas-tugas Pekerja Part Time Shell

Sebagai pekerja sambilan di stesen minyak, tugas anda termasuk mengisi minyak, menyediakan minuman dan makanan ringan kepada pelanggan, menjaga kebersihan stesen, dan memberi layanan pelanggan yang berkualiti.

JawatanTugasan
JuruwangMenerima bayaran daripada pelanggan, mengira jumlah bayaran, dan memberikan resit jika diperlukan.
JurupamMengisi minyak kepada pelanggan yang memerlukan dan menjaga kebersihan stesen minyak, termasuk mencuci tingkap, menguruskan sampah, dan memastikan kawasan sekitar stesen sentiasa bersih.
Kru Stesen MinyakBagi stesen minyak yang mempunyai kedai runcit, kru stesen minyak juga akan menguruskan penjualan produk runcit seperti makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan harian.
Nota : Penerangan tugasan ini adalah berbeza-beza mengikut stesen minyak Shell. Anda perlu merujuk tugasan kerja lebih terperinci melalui majikan.

Pemakaian Pekerja di Stesen Minyak Shell

Sebelum mula bekerja, adalah perlu untuk anda ketahuii pemakaian yang perlu dipakai semasa bekerja di stesen minyak, termasuk seragam yang disediakan oleh syarikat dan peraturan keselamatan seperti pemakaian kasut keselamatan. Berikut adalah rajah bagi pakaian seragam di stesen minyak Shell:

Kerja part time shell
kerja part time shell

Soalan FAQs Berkenaan Kerja Part Time Shell

Apakah kelebihan yang disediakan selaku pekerja part time?

Seperti pekerja sepenuh masa, anda mempunyai kelebihan mendapat hak asas sebagai pekerja sambilan di stesen minyak. Ini termasuk hak untuk menerima bayaran kerja lebih masa (OT) dan sumbangan KWSP (jika layak).

Bagaimanakah bayaran gaji dibayar selaku pekerja part time?

Gaji pekerja part time di stesen minyak Shell biasanya dibayar secara hari dan mengikut jam dan ada juga secara berkala, seperti bulanan atau dua minggu sekali. Bayaran gaji boleh jadi berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan.

Bagaimana dengan syif yang disediakan di stesen minyak Shell?

Untuk kerja shift adalah disediakan mengikut 3 shif sahaja iaitu shift pagi, petang dan malam.

Adakah selamat untuk seorang wanita bekerja part time pada syif malam?

Berkenaan keselamatan dalam bekerja, ada terdapat peruntukan untuk mengatur syif pada pekerja lelaki. Sekirang seorang wanita sanggup bekerja di waktu syif malam,maka dibenarkan. Syif juga boleh diatur ikut kesesuaian para pekerja.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati