Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Sushi King yang Menawarkan 8 Jawatan Kosong Untuk Fulltime dan Part Time Seluruh Malaysia

kerja sushi king

Permohonan kerja Sushi King adalah merupakan suatu pekerjaan untuk menimba pengalaman dibawah syarikat yang mengusahakan makanan jepun dalam masa yang sama akan memberi kemahiran dan skill baharu berkenaan bidang f&b.

Sushi king yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan pastinya ingin mengekalkan landasan terbaik mereka. Oleh itu, pihak sushi king sentiasa mengalu-alukan kepada semua peringkat umur untuk mohon kerja sushi king. Rujuk segera maklumat mengenai tawaran kerja yang dibuka seluruh Malaysia.

Panduan Mohon Kerja Sushi King Di Seluruh Cawangan Malaysia

kerja sushi king

Pengenalan Sushi King

Sushi king adalah merupakan restoran dengan banyak rangkaian yang telah berjaya dibuka seluruh negara. Dengan berteraskan hidangan ‘sushi’, sushi king kini menjadi restoran penyedia sushi yang terkemuka di Malaysia sekaligus membawa hidangan Jepun ini kepada rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan sushi yang terdiri daripada nigiri, maki, mukan dan tsumami sentiasa memberi kelainan dan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan. Bermula sejak 1995, kini sushi king mempunyai 100 cawangan di seluruh Mlaaysia. Syarikat ini terus berkembang dan sentiasa mencari mereka yang berminat menjadi sebahagian organisasi mereka.

Tawaran Kerja Kosong yang Dibuka

Syarikat sushi king banyak menyediakan peluang pekerjaan yang menarik, Peluang pekerjaan adalah meluas untuk pekerja sepenuh masa (fulltime) mahupun sebagai pekerja separuh masa (part time).

Berikut adalah senarai jawatan kosong kerja sushi king yang dibuka kepada awam:

JawatanPenerangan Tugasan
Crew✔Menyediakan pelanggan hidangan dan layanan yang baik
✔Memastikan kebersihan premis terjaga
Assistant Restaurant Manager✔Bertanggungjawab dalam meningkatkan hasil jualan
✔Melatih, merekrut dan memantau kakitangan
Maintenance Cum Technician✔Perlu menguruskan berkenaan peralatan dapur, elektrik, penghawa dingin dan lain-lain.
✔Perlu menjalankan penyelengaraan secara bulanan di cawangan yang ditetapkan serta memantau kerja-kerja pembaikan.
✔Memastikan kerja penyelengaraan yang melibatkan kos perlu rekod dokumentasi.
F&B Trainer✔Menguruskan pasukan crew dan dapur untuk memastikan hasil kerja mereka berkualiti
✔Menguruskan pekermbangan kerjaya di kalangan pekerja
✔Bertanggungjawab menguruskan latihan untuk pasukan
Executive – Purchasing✔Mengendalikan urusan jual beli dan kos harian operasi dan lain-lain melibatkan korporat.
Senior Recruiter✔Bekerjasama dengan bahagian operasi untuk memastikan kualiti dan hasil terjaga.
✔ Mengendalikan urusan melibatkan pekerja asing dan lain-lain hal pekerja.
Internship – Business Administration✔Terlibat dalam pentadbiran data, filing dan analisis
✔Melakukan tugasan adhoc daripada pihak pengurusan
Senior Executive – Business Development✔Memantau pertumbuhan dan hasil perniagaan syarikat
✔Membuat analisis pesaing secara mingguan
kerja sushi king

Syarat Kelayakan Mohon Kerja Sushi King

Untuk setiap jawatan adalah ditetapkan untuk mengikut kelayakan yang tersedia. Untuk merujuk syarat yang terperinci anda boleh merujuk pautan laman rasmi dibawah.

Berikut adalah senarai syarat kelayakan mohon kerja Sushi King:

  1. Calonj mesti berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Merupakan warganegara Malaysia.
  3. Kelayakan adalah minima SPM serta diploma,ijazah dan kelayakan yang diiktirafkan mengikut jawatan.
  4. Boleh bekerja dalam pasukan.
  5. Mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  6. Boleh mematuhi etika dan protokol kerja.

Kelebihan Bekerja di Sushi King

Terdapat beberapa kelebihan yang anda bakal dapat sekiranya terpilih untuk, berikut adalah senarai kelebihan yang disediakan oleh sushi king sebagai pekerja:

  • Gaji yang menarik
  • Bonus tahunan yang menarik
  • KWSP dan SOCSO disediakan
  • Klinik panel dibawah syarikat
  • Program latihan komprehensif disediakan
  • Anugerah perkhidmatan lama

Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh pihak sushi king, pastinya menarik jika dipilih untuk bekerja.

Panduan Mohon Kerja Sushi King Secara Online

Permohonan Kerja Tetap di Sushi King

kerja sushi king

Untuk urusan mohon kerja sushi king adalah perlu melalui laman web kerjaya sushi king yang rasmi. Jawatan tetap yang ditawarkan adalah boleh dimohon segera dan boleh mengikut cawangan lokasi negeri yang anda mahu.

Untuk permohonan anda hanya perlu merujuk laman kerjaya sushi king. Anda akan dipaparkan senarai jawatan kosong yang tersedia dan anda boleh membuat semakan terlebih dahulu mengenai skop kerja untuk jawatan yang anda minati.

Kemudian, di paparan yang sama, anda boleh terus mengisi form dan melampirkan resume dan dokumen yang diperlukan. Selepas selesai membuat isian, anda boleh mengesahkan permohonan dan anda hanya perlu tunggu bagi urusan temuduga sekiranya terpilih.

Rujuk Lokasi Sushi King untuk Mohon Kerja Part Time

kerja sushi king

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja sebagai part time crew di mana-mana cawangan Sushi King pula, anda boleh membuat permohonan segera dengan hanya beberpa langkah.

Berikut adalah langkah mohon kerja sushi king part time di seluruh cawangan dalam Malaysia;

  • Buat carian lokasi Sushi King Malaysia di cawangan yang anda ingin bekerja. Carian boleh dibuat melalui pautan yang disediakan dibawah.
  • Apabila anda menjumpai cawangan yang anda berminat, anda boleh terus menghubungi talian nombor telefon cawangan Sushi King dan boleh terus bertanyakan berkenaan urusan kerja part time.
  • Sekiranya terdapat kekosong, anda akan diminta untuk hadir dan perlu membuat persediaan temuduga.

Selesai membuat permohonan, anda boleh membuat persiapan rapi untuk urusan yang seterusnya. Permohonan kerja di sushi king adalah sangat menarik dan dapat memberi jaminan kepada anda. Jangan sia-siakan peluang anda!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati