Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestine Di Institusi Pendidikan Bawah KPM

minggu solidariti palestine

KPM telah mengeluarkan arahan rasmi berkenaan pelaksanaan minggu solidariti Palestine dibawah semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan diadakan bermula minggu hadapan.

Ini adalah anjuran KPM untuk semua institusi pendidikan termasuk dari pendidikan rendah sehingga pendidikan tinggi. Minggu solidariti Palestine adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada saudara muslim disana yang kini menanggung derita akibat serangan ketenteraan Israel.

KPM Seru Semua Komuniti Pendidikan Terlibat Dengan Minggu Solidariti Palestine

minggu solidariti palestine

KPM Keluar Surat Makluman Rasmi

Makluman baharu diterima, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula dari 29 Oktober sehingga 3 November 2023 sebagai tanda sokongan warga KPM dalam menyokong nilai kemanusiaan peringkat antarabangsa.

Program KPM ini melibatkan semua institusi pendidikan dibawah kerajaan, termasuk sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, dan institut pendidikan guru di seluruh negara. Isu melibatkan kemanusiaan adalah sangat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat, baik bermula dari akar umbi diharapkan usaha ini mendapat sambutan dan liputan yang meluas.

Tema dan Aktiviti Minggu Solidariti Palestine

KPM telah menetapkan pelaksanaan program ini akan mempunyai tema, iaitu tema keamanan dan kemanusiaan, ianya akan berlansung tanpa melibatkan unsur yang bersifat agresif dan ekstrem.

KPM telah menetapkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang Minggu Solidariti Palestin, Senarai ini adalah saranan kepada pihak institus pendidikan dalam menggerakkan minggu solidariti Palestine. Untuk pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

AktivitiPenerangan
Pelancaran Minggu Solidariti Palestin Peringkat Sekolah Perhimpunan PagiAktiviti ini akan berlangsung dengan mengadakan perhimpunan pagi di sekolah-sekolah untuk merasmikan Minggu Solidariti Palestin
Pelancaran Tabung Kutipan Sumbangan kepada Rakyat PalestinSumbangan sukarela akan dikutip sebagai tanda usaha untuk memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Palestine yang terjejas
Tayangan Video dan Memperdengarkan Lagu yang Bersesuaian dengan Isu Kemanusiaan di PalestinKempen melalui video dan lagu yang bersesuaian sebagai usaha menimbulkan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Palestine
Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian yang Melibatkan Murid IslamAdakan aktiviti seperti solat hajat, munajat, bacaan qunut nazilah dan ceramah agama dalam usaha tingkatkan kesedaran keamanan dan kemanusiaan
Aktiviti-aktiviti LainPihak institusi boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan aktiviti yang berkaitan yang dirasakan bertepatan dengan minggu solidari Palestine. Saranan aktiviti lain yang boleh diadakan adalah:
– Aktiviti melukis dan mewarna minggu solidariti Palestine
– Deklamasi sajak dan syair Palestine
– Persembahan nasyid keamanan dan keadilan kepada Palestine

Perihal Kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestine

minggu solidariti Palestine
Minggu Solidariti Palestine

Pihak Intitusi Boleh Menyerahkan Kutipan Kepada MESCA

Melalui usaha kutipan derma yang diadakan oleh pihak institusi, ia mestilah bersifat sukarela sepanjang tempoh pelaksanaan minggu solidariti Palestine. Untuk kutipan ini, ia akan dimasukkan ke dalam akaun Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) negeri masing-masing seluruh negara. Apabila tamat sahaja minggu pelaksanaan tersebut, pihak berkenaan boleh membuat penyerahan sumbang kepada Persatuan Sukan dan Kebudayaan KPM (MESCA). Untuk akaun, perlu disalurkan pada akaun yang boleh dirujuk dibawah:

Persatuan Sukan dan Kebudayaan KPM (MESCA)
Public Islamic Bank Berhad 
3811522622 

Tempoh Serahan Kutipan Derma

Untuk makluman kepada semua, pihak institusi perlu menyerahkan dengan menyalurkan sebelum atau pada 3 November 2023 sahaja. Diharapkan pihak yang terlibat dapat memberi kerjasama baik untuk memudahkan urusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan kutipan derma ini sampai kepada rakyat Palestine.

Berkenaan Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestine

Minggu Solidariti Palestin adalah merupakan inisiatif yang memupuk semangat kemanusiaan dan kesedaran global di kalangan warga pendidikan Malaysia serta para pelajar sekolah rendah serta menengah dan penuntut IPTA. Usaha KPM adalah jelas untuk menimbulkan kesedaran berkenaan isu kemanusiaan sejagat.

Dengan pelaksanaan minggu solidariti Palestine, KPM berharap semua komuniti pendidikan memainkan peranan penting dalam menimbulkan kesedaran kepada para pelajar. Melalui pelaksanaan minggu ini, ia diharapkan memberi kesan positif kepada semua pihak agar sentiasa menjadi insan yang berbudi pekerti.

KPM juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat, semoga usaha ini akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat Palestin dan mencerminkan nilai-nilai kebaikan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati