Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Ukur Saiz Kasut Yang Betul Semasa Anda Membuat Pembelian Kasut Online

ukur saiz kasut

Ukur saiz kasut, tetapi bagaimana? Perkara biasa setiap kali membeli kasut atau selipar secara atas talian pasti persoalan yang sama akan timbul iaitu “Betulkah saiz ini?“.

Kebiasaan masyarakat kita adalah membeli kasut berdasarkan saiz kasut biasa yang kita beli sebelum ini. Contohnya, sekiranya membeli kasut yang bersaiz 8 , di kedepan hari akan membeli kasut yang bersaiz 8 juga melalui pembelian online. Tetapi, mungkin anda terlepas pandang bahawa setiap saiz adalah mempunyai ukuran berbeza-beza mengikut negara.

Pening macam mana nak tahu ukur lilit saiz kaki sebenar? Macam mana nak tahu saiz kaki Malaysia jika disamakan dengan saiz UK dan US? Jom rujuk kupasan kami dibawah.

Cakna Ukur Saiz Kasut Anda Yang Betul

Ukur saiz kasut

Kesan Buruk Jika Tersalah Pilih Saiz

Semua orang maklum bahawa amatlah tidak selesa untuk mengenakan kasut atau selipar yang tidak sesuai dengan saiz kaki kita bukan? Kesannya kita akan merasa kekok untuk berjalan, luka pada kaki dan merasai sakit melecet.

Kita perlu cakna dengan ukur saiz kasut dan selipar yang betul untuk kesihatan kaki kita. Selain itu, penjagaan kaki adalah amat perlu kerana lebih daripada seperempat tulang jumlah yang ada pada seluruh badan adalah di kaki.

Kesihatan Mementingkan Untuk Mengetahui Ukur Saiz Kasut dan Selipar Sebenar

Dari sudut kesihatan, anda ‘wajib’ untuk memilih kasut dan selipar yang sesuai. Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang timbul kerana kegagalan memilih saiz kasut yang sesuai. Hal ini menurut kajian pada tahun 2018 mengatakan bahawa dua pertiga orang ada kemungkinan untuk mengenakan kasut yang tidak sesuai dengan memakai saiz yang bukan untuk dirinya terlibat dengan masalah sakit kaki dan kesihatan kaki yang menjadi lebih teruk.

Memilih ukur saiz kasut yang sesuai adalah sangat penting dan ia juga memberi kelebihan yang tersendiri. Berikut adalah manfaat yang anda dapat jika mengenaikan saiz yang sesuai dengan anda:

  1. Menjadikan diri anda lebih yakin untuk bergerak kemana-mana.
  2. Keselesaan yang maksima untuk merasai pengalaman mengenakan kasut yang sesuai.
  3. Dapat mengelakkan sebarang masalah berkait kaki seperti bengkak buku lali, kaki melecet dan lain-lain.
  4. Memastikan ketahanan kasut terjaga melalui pengurangan geseran.

Tanda Anda Mungkin Mengenakan Ukur Saiz Kasut Yang Salah

Dengan mengenakan kasut yang sesuai, anda boleh membuat pergerakan dengan selesa dan tanpa batasan samada anda berjalan, berlari dan bermain sukan. Namu, terdapat juga keadaan yang mungkin anda tidak tahu bahawa kasut yang anda pakai adalah saiz yang salah.

Sebilangan orang mungkin menganggapnya ia adalah perkara biasa untuk tersalah pilih saiz. Tetapi kita sedia maklum, kita juga perlu tahu dan menjaga kesihatan kaki untuk jangka masa yang panjang. Berikut keadaan yang anda perlu perhatikan apabila memakai kasut:

  • Hujung kasut di bahagian ibu jari terasa terlalu ketat. Kasut yang kecil akan memberi kesakitan kepada kaki anda apabila berjalan. Mungkin ibu jari anda akan terluka bila anda membuka kasut yang saiz kecil anda pakai.
  • Kesan merah pada tumit atau buku lali. Kolar kasut yang memberi tekanan akan memberi kesan merah kepada kulit kaki manusia. Keadaan ini adalah tidak biasa dan boleh menyebabkan tulang buku lali anda dalam keadaan tidak selesa.
  • Tumit kaki anda terkeluar saat berjalan. Kasut yang terlalu besar menyebabkan anda boleh tergelincir dan terjatuh kerana mengenakan saiz kasut yang besar. Walaupun diikat lebih ketat, namun tetap juga tumit atau keseluruhan kaki anda terkeluar maka anda perlu menukar kasut yang lebih sepadan dengan anda.

Nota: Berdasarkan situasi diatas, adalah perlu dan penting untuk anda pertimbangkan mengenakan ukur saiz kasut dengan mencuba untuk berjalan dan berlari. Jangan lupa juga untuk mengenakan stokin ketika memakai kasut agar tidak tersalah memilih kasut. Untuk mengukur dan mendapatkan saiz kasut yang ideal, anda disarankan untuk mengikuti panduan dibawah.

Ukur Saiz Kasut Sebenar Untuk Mudah Anda Membeli Kasut Secara Online

Ukur saiz kasut

Cara Mengukur Saiz Kaki Anda Untuk Mencari Saiz Kasut Yang Tepat

Panduan untuk anda mengukur saiz kaki yang sebenar adalah sangat mudah. Dengan hanya beberapa cara sahaja anda akan dapat mengetahui berapakah ukur saiz kasut yang anda perlu beli.

Terdapat cara manual yang anda boleh gunakan dan ianya adalah sangat berkesan dan akurat.

Sediakan 3 bahan berikut bagi membuat ukur saiz kasut anda dengan betul:

  • Satu helai kertas
  • Pen atau pensel yang boleh digunakan
  • Pembaris atau pita pengukur yang masih boleh digunakan

Cara Mengukur Saiz Kaki

Langkah 1: Letakkan sehelai kertas serta tumit anda di dinding. Dengan menggunakan pen atau pensil, lukiskan bentuk tapak kaki anda dengan sedekat yang boleh. Penting bagi anda untuk memastikan kedua-dua kaki kerana lazimnya satu kaki lebih panjang daripada kaki satu lagi.

ukur saiz kasut

Langkah 2: Dengan pembaris besar, anda boleh mengukur garis lurus kaki anda bermula dari tumit ke hujung ibu jari kaki. Kemudian, anda akan mendapat ukuran panjang dalam sentimeter.

ukur saiz kasut

Langkah 3: Buat perbandingan ukuran kaki anda dengan paparan saiz untuk mana-mana jenama kasut yang anda ingin membuat pembelian. Anda hanya perlu tambah 1-1.5 sentimeter sahaja bagi memasukkan ukuran kaki anda jika mengenakan stokin.

ukur saiz kasut

Jadi melalui ukuran yang anda boleh dapat seperti contohnya panjang 27.6cm untuk kaki anda,maka saiz kasut anda untuk Uk adalah saiz 10 dan . Maka anda boleh membuat perbandingan hasil panjang sentimeter tersebut dengan saiz ukuran UK atau US.

Tukar Panjang Saiz Kaki CM ke Saiz UK dan US

Untuk membuat ukuran lebih tepat daripada panjang sentimeter ke saiz UK dan US, anda hanya perlu membuat rujukan senarai saiz yang telah disusun untuk dijadikan rujukan setiap kali membuat pemilihan kasut yang baharu.

Berikut adalah jadual untuk saiz kaki lelaki dan saiz kaki wanita yang menunjukkan saiz kaki mengikut sentimeter dan tukarannya kepada saiz UK, Europe dan US:

Untuk Saiz Lelaki

USUKEuropeCM
43.53623
54.537.523.5
65.538.524
76.54025
87.54126
98.542.527
109.54428
1110.54529
1211.54630

Untuk Saiz Wanita

USUKEuropeCM
41.534.521
52.535.522
63.536.523
74.537.524
85.538.525
96.539.526
107.540.527
118.541.528
129.542.529

Rujukan info grafik:

ukur saiz kasut
ukuran saiz kasut uk us europe

Soalan FAQs Berkenaan Ukur Saiz Kasut

Bagaimana untuk tahu jika kita mengenakan kasut yang salah?

Sekiranya anda mengalami rasa sakit yang terasa di bahagian ibu jari kaki atau mempunyai ruang kasut yang boleh bergoyang daripada ibu jari kaki anda. Maka anda mungkin mengenakan kasut yang salah atau tidak sesuai.
Pekara ini juga anda boleh rasai melalui ketinggian kolar kasut, terdapat kesan pada buku lali anda, tumit anda sentiasa terkeluar daripada kasut atau lain-lain yang membuatkan anda merasa tidak selesa andalah dianggap mungkin kerana memilih saiz kasut yang salah.

Bagaimana untuk tahu sekirannya kanak-kanak memakai saiz kasut yang salah?

Informasi untuk para ibu bapa untuk cakna kepada anak-anak anda berkenaan pemakaian kasut kepada mereka. Anak-anak mungkin tidak tahu untuk memberitahu mereka tidak selesa mengenakan kasut yang dipakai. Oleh itu, ibu bapa boleh ketahui melalui petanda-petanda seperti anak sentiasa dalam gelisah dengan kasut, dalam keadaan tidak selesa untuk berjalan, selalu tertanggal kasut dan lain-lain yang anda boleh perasan.

Bolehkah saya hendak menukar saiz kasut lelaki kepada kasut wanita?

Secara kebiasaannya, terdapat perbezaan saiz diantara lelaki dan wanita. Jika diliha secara umum, lelaki mempunyai tubuh yang lebih lebar berbanding wanita, begitu juga dengan situasi saiz kaki. Perbezaan 1.5 cm diantara kasut berlainan jantina. Sebagai contoh, jika saiz kasut 8 untuk wanita maka untuk lelaki ianya adalah 6.5 sahaja. Jadi persoalan mengenai bolehkah seorang lelaki mengenakan kasut perempuan adalah disanggah kerana saiz adalah berbeza diantara lelaki dan perempuan.

Adakah jenis kaki yang berlainan?

ya, kaki mempunya jenis berbeza juga. Berbeza adalah merujuk pada jenis kaki yang lurus dan lebar. Di pasaran juga ada diperkenalkan kasut yang lurus dan lebar. Untuk ketahui kelebaran kaki anda, anda boleh mencuba kasut yang lurus dan lebar , anda akan ketahui kaki anda jenis apa. Penting untuk memastikan kaki anda jenis lebar atau lurus sahaja, pemakaian kasut yang salah akan memberi kesan pada kaki anda.

Bagaimanakah untuk menukar saiz kasur AS kepada kasut UK?

Seperti jadual yang kami sediakan diatas, anda boleh merujuk dan menentukan jenis kasut terlebih dahulu adakah ia menggunapakai saiz US atau UK. Setelah mengenal pasti, anda boleh merujuk maklumat di atas dan tentukan jika saiz 9 US adalah sama dengan 8.5 UK.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati