Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Iklan Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) Bagi Ambilan Bulan 10

Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Peluang kerja jabatan perancangan bandar kini kembali untuk anda cuba mohon bagi permohonan anda untuk tahun ini. Ini peluang keemasan untuk bekerja dibawah sektor kerajaan dan mendapat bermacam-macam kelebihan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, yang juga dikenali sebagai PLANMalaysia, merupakan satu daripada jabatan yang berada di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). PLANMalaysia berperanan sebagai peneraju dalam perancangan bandar dan desa di Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memajukan negara ke arah kemakmuran menjelang tahun 2030.

Ikuti telegram sistem guru online untuk mendapat pelbagai informasi terkini dan bermanfaat:

Maklumat Lengkap Mengenai Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Maklumat Ringkas Jawatan

Pihak ambilan kerja jabatan perancangan bandar dan desa telah mengeluarkan satu iklan jawatan terbaru untuk semua rakyat malaysia yang masih belum berkerja dan cukup syarat kelayakan untuk memohon jawatan yang diiklankan. Ambilan ini dibawah sektor kerajaan dan pelbagai imbuhan akan dapat jika anda berjaya lulus permohonan.

Senarai Jawatan

JawatanGred
Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan DesaJ29
Butiran Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Tarikh Tutup Permohonan Bagi Jawatan ini

Berdasarkan maklumat yang kami dapatkan dari iklan yang dikeluarkan oleh pihak jabatan perancangan bandar dan desa adalah pada 31 Oktober 2023 pada hari selasa. Diminta para pemohon untuk menyegerakan permohonan anda dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda semak mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J29 – Jadual Gaji Untuk Skim Perkhidmatan Awam Bahagian Kejuruteraan

Syarat-syarat Bagi Kerja Jabatan Perancangan Desa

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon yang ingin memohon jawatan kosong:

  1. Pemohon mesti menjadi warganegara Malaysia.
  2. Usia pemohon perlu 18 tahun atau lebih.
  3. Kelayakan akademik minimum yang diperlukan adalah SPM atau yang lebih tinggi, seperti diploma atau ijazah.
  4. Sertakan surat permohonan rasmi dari Jabatan pemohon.
  5. Lampirkan salinan MyKad.
  6. Sertakan salinan Buku Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
  7. Sertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini.

Keperluan Tambahan Bagi Permohonan ini

Calon yang memohon juga seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Calon yang layak memohon jawatan ini adalah mereka yang telah memperoleh diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh senat universiti atau jawatankuasa berkaitan sebelum atau pada tarikh penutupan iklan permohonan jawatan ini, selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
  2. Memiliki pengetahuan yang relevan.
  3. Memiliki ciri kepimpinan dan kebolehan lain yang diperlukan.

Manfaat yang ditawarkan oleh peluang kerja jabatan perancangan bandar dan desa termasuk gaji dengan pelbagai imbuhan menarik, cuti tahunan, cuti sakit dan manfaat lain yang berkaitan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa

Ringkasan Tugas
Bertanggungjawab menyelaras Kajian Rancangan Struktur Perbandaran, Kajian Bandar Selamat, Kajian Petunjuk Bandar Sejahtera (MURNInet), penyelidikan dan lain-lain kajian-kajian perancangan, melaksanakan e-Pemajuan Bahagian Perancangan Bandar khasnya dalam semakan permohonan kebenaran merancang bagi perbandaran secara on-line, pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembangunan bandar.
Tugas Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Langkah Ringkas Untuk Memohon Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Langkah-langkah untuk memohon jawatan kosong di  

Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (Online) sahaja dan mestilah mengikut prosedur permohonan yang telah ditetapkan. Pemohon diminta untuk membuat semakan maklumat butiran diri, iklan jawatan dan syrat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Pastikan juga permohonan dibuat dengan betul.

Bagi para pemohon, anda boleh baca terlebih dahulu iklan,syarat-syarat dan cara permohonan dibawah:

Iklan Peluang Kerja Jabatan Perancangan Bandar

Cara Permohonan Online

  • Permohonan adalah secara online melalui portal permohonan kerja SPA 9 di Portal Rasmi SPA & Jawatan Kosong Terkini atau LAMAN UTAMA SPA 9 (Login)
  • Untuk memulakan permohonan, sila daftar masuk (log masuk), atau jika anda belum mempunyai akaun pencari kerja, daftar terlebih dahulu.
  • Sila lengkapkan borang dalam talian dengan maklumat yang tepat dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dalam iklan sebelum menghantar permohonan.
  • Pastikan bahawa maklumat yang tepat telah dimasukkan dalam borang permohonan dan anda telah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum menghantarnya.
  • Permohonan perlu diserahkan sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  • Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan anda mungkin dianggap tidak berjaya.

Nota : sesiapa tidak tahu untuk buka akaun spa anda boleh ikut {DISINI}

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai iklan peluang kerja jabatan perancangan bandar dan desa dapat membantu para calon yang memerlukan. Semoga dipermudahkan urusan untuk memohon jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati