Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong PERDA Jun 2024

Pengambilan Jawatan Kosong PERDA Jun 2024

Makluman berkenaan jawatan kosong PERDA Jun 2024 dengan tawaran 5 jawatan kini dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik. Permohonan jawatan di PERDA ini boleh dirujuk melalui beberapa maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Bagi anda yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan kosong PERDA Jun 2024 yang diumumkan oleh pihak PERDA sendiri di laman web rasmi mereka.

Bekenaan Jawatan Kosong PERDA Jun 2024

JAWATAN KOSONG PERDA JUN 2024

Khususnya untuk jawatan kosong PERDA Jun 2024 adalah dibuka peluang kerjaya sebanyak 5 jenis jawatan kekosongan. Bermula daripada jawatan minima PMR/PT3 dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak tidak berwaran dibawah PERDA. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong PERDA Jun 2024 yang dibuka :

JawatanKelayakan
Pegawai Tadbir N41Ijazah
Jurutera J41Ijazah
Penolong Pegawai Tadbir N29Diploma dan Setaraf
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19SPM
Pembantu Operasi N11PMR

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong PERDA Jun 2024

Berkenaan tempoh permohonan, jawatan kosong PERDA Jun 2024 dibuka bermula kini dan akan ditutup pada tarikh tutup 18 Jun 2024 dengan permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman permohonan PERDA dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Syarat Kelayakan Bagi Jawatan Kosong PERDA Jun 2024

Bagi syarat kelayakan bagi kelima jawatan telah disenaraikan oleh pihak PERDA. Anda boleh membuat semakan berkenaan dengan syarat kelayakan kerja mengikut jawatan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Syarat kelayakan akademik bagi:
    • Pegawai Tadbir N41
      • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      • Lulus peperiksaan khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
    • Jurutera J41
      • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      • Lulus peperiksaan khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
      • Keutamaan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
    • Penolong Pegawai Tadbir N29
      • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
      • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
      • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
      • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      • Lulus peperiksaan khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
      • Keutamaan kelayakan Diploma Undang-Undang atau Diploma Pentadbiran Awam
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: atau

Untuk mengetahui maklumat lengkap berkenaan rujukan iklan jawatan kosong PERDA Jun 2024 boleh rujuk di laman rasmi PERDA.

Cara Mohon Jawatan Kosong PERDA

Untuk membuat permohonan para pemohon boleh ikuti beberapa langkah untuk permohonan serta beberapa maklumat berkaitan:

  1. Taraf pelantikan bagi kesemua jawatan kosong ini adalah seperti berikut:
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah  secara pelantikan tetap; dan
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun
  2. Semua permohonan perlu dibuat secara ‘online’ melalui laman Sistem Perjawatan PERDA. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :
    • Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;
    • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    • Permohonan tidak lengkap
  3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Jun 2024 (Selasa).
  4. Jika terdapat sebarang pertanyaan/masalah, sila nyatakan di Peti Aduan Sistem:- https://tinyurl.com/aduanerecruit

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati