Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam

rumah peranginan persekutuan
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 14

Kerajaan Malaysia sentiasa mengutamakan kesejahteraan penjawat awam yang berkhidmat dengan setia. Oleh itu, telah diwujukan inisiatif yang menyediakan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu yang mempunyai 3 jenis penginapan yang berbeza di seluruh Malaysia dan luar negara.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu adalah sebahagian daripada kemudahan percutian yang diperuntukkan khas untuk penjawat awam dan keluarga mereka. Yang paling istimewa adalah inisiatif ini adalah khas kepada penjawat awam sahaja untuk dinikmati.

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara tempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu yang menyediakan pelbagai jenis penginapan, kami mengalu-alukan anda untuk terus merujuk maklumat lebih lanjut.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu Untuk Semua Penjawat Awam

Isi Kandungan

Apa Itu RPPP, RPPE dan RT

Seringkali terkeliru dengan jenis rumah peranginan yang ditawarkan kerajaan Malaysia oleh orang ramai. Untuk pengetahuan semua, kerajaan telah menyediakan tiga jenis untuk digunakan oleh penjawat awam sebagai inisiatif peranginan awam. Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan:

Rumah Peranginan Persekutuan Premier (RPPP) dan Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif (RPPE)

Unit-unit penginapan yang disediakan oleh Kerajaan untuk kegunaan penjawat awam Persekutuan dan Negeri. Tujuannya adalah untuk memberikan mereka peluang untuk berehat daripada rutin harian dan menikmati masa berkualiti dengan keluarga.

Rumah Tamu (RT)

Penginapan sementara yang disediakan untuk penjawat awam Persekutuan dan Negeri. RT biasanya digunakan oleh mereka yang baru dilantik atau ditukar tugas sementara menunggu penempatan yang tetap.

Kelayakan untuk Mohon Rumah Peranginan Persekutuan

Untuk permohonan inisiatif ini, kerajaan telah menggariskan mengikut kelayakan bagi permohonan RPP dan RT. Permohonan adalah berbeza dan mengikut ketetapan khas. Berikut adalah kelayakan yang anda boleh ketahui:

KelayakanPenerangan
Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan NegeriSemua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri layak untuk memohon penginapan di mana-mana RPP (Rumah Peranginan Persekutuan) kecuali RT (Rumah Transit) yang hanya tersedia untuk anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
Anggota Perkhidmatan Badan BerkanunBoleh memohon penginapan di RPP jika terdapat kekosongan. Permohonan perlu dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh menginap.
PesaraMesti memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia berdasarkan gred jawatan terakhir sebelum persaraan layak untuk penginapan di RPP. Walau bagaimanapun, balu atau waris pesara tidak layak untuk mohon. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang masih berkhidmat.

Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan

Tempahan Online Melalui Laman Web BPH

Cara Membuat Tempahan RPP Secara Dalam Talian
Anda hanya boleh membuat tempahan RPP secara dalam talian melalui laman web SBBPH. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Pendaftaran Pengguna Baru

rumah peranginan persekutuan
  • Jika anda belum mendaftar, di bawah bahagian “PENDAFTARAN PENGGUNA,” klik pada pautan berwarna biru yang menyatakan ‘klik di sini’.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
  • Anda akan menerima notifikasi yang mengesahkan bahawa pendaftaran akaun anda berjaya.
  • Semak e-mel anda untuk mendapatkan kata laluan yang dihantar.

2. Log Masuk dan Pilih Jenis Unit

  • Gunakan Log Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang telah diterima melalui e-mel.
  • Di bawah seksyen “LOG MASUK,” isi ruangan MyID dan Kata Laluan, kemudian klik butang “Daftar Masuk.”
  • Setelah berjaya log masuk, anda akan melihat dashboard. Pilih sama ada “RPP Premier/Eksekutif” atau “Rumah Transit” untuk mengetahui senarai RPP yang layak dipohon berdasarkan jawatan anda.

3. Pilih Unit RPP

rumah peranginan persekutuan
  • Misalnya, jika anda memegang jawatan gred 32, senarai rumah peranginan dan jenis unit yang boleh dipilih akan dipaparkan.
  • Sistem juga akan menunjukkan jenis bilik yang bersesuaian dengan kelayakan dan gred, serta kadar sewa masing-masing.
  • Klik butang “PILIH” untuk memilih unit yang anda inginkan.

4. Pilih Tarikh dan Tempah

  • Masukkan tarikh untuk memeriksa ketersediaan dan klik “PILIH.” Perhatikan bahawa had jarak tarikh adalah 14 hari sahaja.
  • Tarikh yang anda pilih akan ditunjukkan. Tarikh yang berwarna hitam menunjukkan ketersediaan, manakala yang berwarna kelabu menandakan tiada ketersediaan.

5. Semak dan Tempah

  • Semak semua butiran sekali lagi dan klik “TEMPAH SEKARANG” untuk meneruskan ke langkah seterusnya.

6. Terma dan Syarat

  • Setelah membaca Terma dan Syarat, tandakan semua kotak dan klik “Setuju.”

7. Bayaran dan Pengesahan

rumah peranginan persekutuan
  • Buat bayaran ke akaun yang dinyatakan (tulisan merah) dan muat naik slip pembayaran. Klik “Choose File” dan pilih slip pembayaran untuk dimuat naik.
  • Perhatian: Tempahan akan dibatalkan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari. Anda akan menerima e-mel notifikasi dari BPH mengenai status pembayaran serta baki hari sebelum pembayaran dilakukan.

8. Surat Kelulusan

rumah peranginan persekutuan
  • Selepas semua butiran telah disemak, anda akan diberikan pautan kepada “SURAT KELULUSAN RPP.” Klik dan cetak surat tersebut untuk dibawa semasa mendaftar masuk pada hari percutian nanti.

Senarai Rumah RPP Ikut Kawasan/Negeri

Terdapat tiga jenis rumah yang anda boleh pilih dan diami. Setiap jenis mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut adalah senarai RPP yang anda boleh semak lokasinya berserta alamat:

Rumah Peranginan Premier

rumah peranginan persekutuan
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 15
rpp premier
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 16
rpp premier 2
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 17
NegeriAlamat
Pahang-Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
(The Lodge), Jalan Lady Maxwell, 49000 Bukit Fraser, Pahang
-Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
Wilayah Persekutuan Labuan-Rumah Peranginan Persekutuan Labuan, Jalan Sawangan Cina, Membedai, 87009 Wilayah Persekutuan, Labuan
Negeri Sembilan-Rumah Peranginan Persekutuan, Port Dickson
KM 18, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
-Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan, Port Dickson, (Regency Tanjung Tuan Beach Resort), KM 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Singapura-Rumah Peranginan Persekutuan Singapura, No. 2, Holt Road, Singapura 1024
England (United Kingdom)-Rumah Peranginan Persekutuan London (Hyde Park Gate), 58/59, Hyde Park Gate Kensington, London SW7 5ED, United Kingdom
-Rumah Peranginan Persekutuan London (York House) 2, York House, Apy 15, Church Street, Kensington, London W8 4EY, United Kingdom
– Rumah Peranginan Persekutuan Transit, Middlesex, 9, Wykeham Close Sipson, Middlesex, West Drayton UB7 0LH, United Kingdom

Rumah Peranginan Eksekutif

rpp eksekutif 1
rpp eksekutif 2
rpp eksekutif 3
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 18
NegeriAlamat
Pahang-Rumah Peranginan Persekutuan, Bukit Fraser Jalan Girdle, 49000 Bukit Fraser, Pahang
-Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
SelangorRumah Peranginan Persekutuan, Morib KM 47,
Jalan Morib, 42700 Banting, Selangor
TerengganuRPP Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir, Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang Terengganu
Pulau PinangRumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang, No. 9, Jalan D.S. Ramanathan (Jalan Scott) 10350, Pulau Pinang
KedahRumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi (Federal Villa), Lot 612, Mukim Kedawang, Pantai Tengah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Negeri SembilanRumah Peranginan Persekutuan Port Dickson,
Km 18 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Rumah Transit

rumah peranginan persekutuan
Negeri / KawasanAlamat
Putrajaya-Presint 11, Putrajaya (semi-detached), No.30 & 32, Jalan P11/1, Presint 11, PUTRAJAYA
-Presint 11 Zon 6B (apartmen), Blok C Presint 11, Zon 6B, Jalan P11j, 62200 PUTRAJAYA
Kuala Lumpur-KKKA Jalan Duta, Kuala Lumpur, Pejabat Cawangan Senggara Jalan Duta, 24, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Jalan Dutamas 3, 56000 KUALA LUMPUR
-KKKA Jalan U-Thant, Kuala Lumpur, Pejabat Senggara Jalan U-Thant, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan U-thant, Jalan 1/76, Off Jalan Kg. Pandan, 50600 KUALA LUMPUR
JohorKKKA KIK Tanjung Kupang, Pejabat Senggara KIK Tanjung Kupang, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KIK, Jalan Bukit Kuching, 81560 Tanjung Kupang, JOHOR
Wilayah Persekutuan-Rumah Transit Labuan, Bahagian Pengurusan Hartanah Cawangan Labuan, Jalan Sawangan Cina, 87009 Membedai, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Negeri Sembilan-Rumah Transit KLIA, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) KLIA, 71800 Nilai, NEGERI SEMBILAN
-Rumah Transit Port Dickson, KM 18, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, NEGERI SEMBILAN

Info Berkaitan Rumah Peranginan Persekutuan

Tempoh Penginapan RPP

Had maksimum tempoh penginapan yang dibenarkan untuk RPP dalam negara adalah tujuh (7) hari, manakala untuk RPP di luar negara, tempoh maksimum adalah empat belas (14) hari. Tempoh maksimum penginapan yang dibenarkan untuk RT adalah empat belas (14) hari.

Pemohon perlu membuat permohonan lanjutan untuk melanjutkan penginapan di RPP/RT sebelum tarikh daftar keluar asal, untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Walau bagaimanapun, kelulusan hanya akan diberikan selepas pembayaran sewa dibuat.

Satu hari penginapan dianggap bermula dari waktu daftar masuk, iaitu pada jam 2.00 petang (kecuali jam 3.00 petang untuk RPP yang diuruskan oleh Operator), sehingga jam 12.00 tengah hari pada hari berikutnya.

Waktu daftar masuk dan daftar keluar adalah seperti berikut:

  • RPP/RT yang diuruskan oleh BPH
    • Waktu Daftar Masuk: dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang
    • Waktu Daftar Keluar: pada jam 12.00 tengah hari
  • RPP yang diuruskan oleh Operator
    • Waktu Daftar Masuk: pada jam 3.00 petang
    • Waktu Daftar Keluar: pada jam 12.00 tengah hari

Operator boleh mengenakan caj tambahan jika penginapan melibatkan waktu di luar jadual yang ditetapkan.

Had Bilangan Tetamu Yang Dibenarkan

Untuk penginapan RPP telah dibenarkan oleh kerajaan untuk membawa tetamu berdasarkan ketetapan yang telah digariskan. Penting bagi para penjawat awam untuk cakna akan bilangan tetamu yang dibawa menginap di RPP.

rumah peranginan persekutuan
Cara Login & Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) yang Mempunyai 3 Jenis Disediakan Kepada Penjawat Awam 19

Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya jumlah tetamu yang menginap melebihi jumlah yang telah dibenarkan. Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • RM 10.00 – bagi setiap dewasa;
  • RM 5.00 – bagi setiap kanak-kanak (yang berumur tidak melebihi 12 tahun).

Bagi RPP yang dikendalikan oleh Operator, had jumlah tetamu dan kadar bayaran tambahan yang dikenakan adalah tertakluk kepada keputusan oleh pihak Operator.

Nota : Mana-mana penginap yang didapati membawa masuk jumlah tetamu yang melebihi daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan yang termasuk disenaraihitamkan dan laporan mengenai perkara tersebut akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Urusan Pembantalan Tempahan

Pemohon boleh mohon untuk membatalkan tempahan dengan notis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh menginap. Walau bagaimanapun, bayaran balik akan dikenakan dengan potongan sebanyak 50 peratus (%) daripada jumlah keseluruhan bayaran sewa atau sekurang-kurangnya RM50.00, mengikut yang mana lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, terdapat situasi yang mana bayaran tidak akan dikembalikan seperti situasi berikut:

  1. Pemohon membatalkan tempahan kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh menginap;
  2. Pemohon memendekkan tempoh penginapan dalam masa kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh menginap; atau
  3. Pemohon gagal untuk mendaftar masuk pada tarikh yang telah diluluskan.

Bayaran sewaan dan deposit yang terlibat dalam pembatalan akan diproses dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas notis pembatalan diterima melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Pembatalan tempahan penginapan akan membawa kepada pembatalan kemudahan yang berkaitan dan bayaran deposit akan dikembalikan sejajar dengan tuntutan bayaran deposit.

Pengecualian daripada dasar pembatalan boleh dipertimbangkan jika pembatalan dilakukan secara bertulis atas alasan urusan rasmi dan disertai dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Kelulusan atau pengecualian tertakluk kepada persetujuan Pengurusan BPH.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut

Bagi sebarang persoalan dan pertanyaan daripada anda, boleh terus hubungi terus ke alamat dan talian seperti dibawah:

Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan 
Bahagian Pengurusan Hartanah 
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok F6, Kompleks F 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000 Putrajaya.

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Tip Sebelum Membuat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Buat Perancangan Awal dan Pemilihan RPP Berdasarkan Kelayakan

Sebelum anda membuat tempahan rumah peranginan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Rancang tarikh percutian anda dengan baik dan pastikan anda memahami terma dan syarat tempahan. Ketersediaan rumah peranginan boleh berubah dengan cepat, jadi penting untuk membuat tempahan dengan awal sebelum terlambat.

Selain itu, semak kelayakan anda untuk menginap di rumah peranginan. Biasanya, anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, termasuk kakitangan badan berkanun, adalah layak untuk menginap di rumah peranginan. Pastikan anda memahami siapa yang boleh menginap bersama anda, sama ada ahli keluarga atau individu lain. Penting juga untuk memastikan bilangan tetamu yang dibenarkan sahaja bersama anda.

Rujuk Terma dan Syarat Serta Kaji Pemilihan RPP

Sebelum membuat tempahan, adalah penting untuk membaca terma dan syarat dengan teliti. Ini termasuk tempoh penginapan maksimum, bayaran tambahan jika bilangan tetamu melebihi yang dibenarkan, dan polisi pembatalan. Memahami terma dan syarat ini akan membantu anda mengelakkan sebarang kekeliruan atau kekecewaan pada kemudian hari.

Pilihan lokasi juga merupakan faktor penting. Pilih lokasi rumah peranginan yang paling sesuai dengan keperluan percutian anda. Beberapa lokasi mungkin lebih sesuai untuk percutian keluarga. Pastikan anda membuat pilihan yang sesuai dengan objektif percutian anda.

Semak senarai kemudahan dan perkakasan yang disediakan di rumah peranginan. Ini termasuk kemudahan seperti dapur, WiFi, kolam renang, dan sebagainya. Pastikan kemudahan ini memenuhi keperluan anda dan sesuai dengan percutian anda.

Dengan merancang dengan teliti dan memahami terma dan syarat, anda boleh memastikan pengalaman penginapan di rumah peranginan persekutuan menjadi lebih menyeronokkan dan bebas stres. Jadi, buat perancangan dengan baik sebelum anda memilih rumah peranginan untuk percutian anda yang seterusnya.

Soalan FAQs Berkenaan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Apakah rumah peranginan persekutuan?

Rumah peranginan persekutuan adalah penginapan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk ahli perkhidmatan awam persekutuan dan negeri serta tetamu mereka.

Siapakah yang layak untuk menginap di rumah peranginan persekutuan?

Anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, termasuk kakitangan badan berkanun, pesara kerajaan, dan keluarga mereka, adalah layak untuk menginap di rumah peranginan persekutuan.

Bagaimana cara membuat tempahan untuk rumah peranginan persekutuan?

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi BPH sahaja.

Berapa had tempoh penginapan di rumah peranginan persekutuan?

Tempoh penginapan bergantung kepada jenis rumah peranginan, kebiasaannya tidak melebihi tujuh (7) hari dalam negara dan empat belas (14) hari di luar negara.

Bolehkah saya membatalkan tempahan?

Ya, tempahan boleh dibatalkan dengan notis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh menginap. Walau bagaimanapun, bayaran balik tertakluk kepada polisi pembatalan yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya memperpanjang tempoh penginapan?

Tempoh penginapan boleh diperpanjang, tetapi kebenaran perlu diberikan oleh pengurusan dan tertakluk kepada kekosongan.

Apakah yang berlaku jika saya membawa tetamu lebih 5 orang?

Bayaran tambahan akan dikenakan jika jumlah tetamu melebihi yang dibenarkan. Bayaran ini adalah berdasarkan kadar yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya mengadakan program atau majlis di rumah peranginan?

Program atau majlis perlu mendapat kelulusan dan hanya boleh dijalankan untuk tujuan rasmi. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi pengurusan BPH.

Apakah kemudahan yang disediakan di rumah peranginan persekutuan?

Kemudahan bervariasi mengikut lokasi, tetapi ia boleh termasuk dapur, bilik mandi, kolam renang, WiFi, dan banyak lagi. Butiran lanjut boleh diperoleh semasa tempahan.

Bagaimana cara saya membuat pembayaran untuk tempahan?

Pembayaran boleh dibuat melalui kaedah yang dinyatakan semasa tempahan, seperti Electronic Fund Transfer (EFT) atau kaedah pembayaran yang lain.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati