Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah dan Cepat

Cara Hilangkan Love Bite

Love Bite (gigitan cinta) adalah merupakan ciuman lebam. Ramai yang mencari cara hilangkan love bite kerana ia meninggalkan kesan tanda yang tidak sesuai untuk dinampakkan pada umum. Jika kesan Love Bite ini dinampakkan di khalayak ramai ia akan memberi kesan kepada diri individu dan akan merasa tidak yakin serta malu.

Kebiasaannya kesan love bite terjadi apabila momen yang penuh ghairah dengan pasangan mereka yang telah berkahwin. Banyak cara hilangkan love bite dengan mudah serta dengan beberapa kaedah yang berkesan. Oleh itu, anda boleh rujuk cara-cara dan kaedah yang betul untuk cara hilangkan love bite.

Kesan Love Bite Pada Leher yang Kena Anda Ketahui

Apakah Itu Love Bite?

Cara Hilangkan Love Bite

Love bite iaitu gigitan cinta atau dikenali ciuman lebam yang disebabkan oleh penarikan dan ciuman pada kulit yang mana keadaannya merosakkan salur darah di bawahnya. Kesannya mengakibatkan tinggalnya tanda seperti lebam yang warnanya cukup berbeza daripada kebiasaannya seperti merah hingga ungu. Kebiasaannya love bite diberikan pada bahagian leher pasangan.

Tanda yang tinggal daripada kesan love bite ini mungkin menampakkan kesan yang janggal kepada diri individu, tapi tidak perlu gusar dan khawatir kerana kesannya adalah bersifat sementara dan akan pudar dengan masa yang singkat. Jika anda ingin cara hilangkan lebat dengan cepat anda boleh temui segera!

Kesan Apabila Terkena Love Bite

Memberi love bite kepada pasangan mungkin bukanlah satu tindakan yang merbahaya dan mendatangkan kemudaratan. Love bite memainkan peranan dalam hubungan suami isteri. Namun adalah perlu untuk disarankan dalam melakukan love bite secara berhati-hati.

Lumpuh Kerana Love Bite

Ini adalah kerana pernah terjadi situasi yang di mana seorang wanita yang menerima love bite menjadi lumpuh. Pelik kerana bagaimana love bite boleh menjadikan seseorang itu lumpuh? Menurut daripada dailymail, seorang wanita berumur 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan jantung yang diakibatkan daripada love bite daripada kekasihnya. Wanita itu dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak lagi mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor telah mengesahkan wanita tersebut telah terkena serangan sakit jantung. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Selepas membuat beberapa pemeriksaan, doktor telah menjumpai bawah terdapat kesan Love Bite di badannya dan dari kesan itu doktor dapat simpulkan bahawa ia mengakibatkan serangan sakit jantung.

Kesan daripada love bite yang terjadi itu telah menyebabkan pembuluh darah rosak dan boleh mengakibatkan pembentukan darah beku. Kesan darah yang beku mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan serangan strok.

Hilangkan Love Bite Segera Untuk Elak Malu

Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah dan Pantas

Terdapat banyak cara hilangkan love bite dengan beberapa petua yang sesuai untuk anda amalkan. Dalam kes kesan merah yang ditinggalkan daripada love bite kebiasaannya ia cenderung untuk hilang dengan lebih cepat dan sebenarnya tidak ada cara yang segera dan mudah untuk menghilangkan tanda merah ini di leher dalam masa yang singkat seperti beberapa minit atau sejam dua.

Ini adalah kerana proses penyembuhan sangat memerlukan masa. Biarpun terdapat banyak petua mengenai cara menghilangkan kesalahan dalam sekelip mata tetapi dari sudut saintifik masih belum dibuktikan lagi.

Oleh itu terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk merawat serta hilangkan kesan love bite agar ia tidak terlalu ketara dan dalam masa yang sama mempercepatkan proses penyembuhan:

1. Tekan Kesan Love Bite Dengan Sudu Sejuk

Cara Hilangkan Love Bite

Berguna untuk anda gunakan dalam usaha menghilangkan kesan love bite dengan hanya menggunakan sudu dalam suhu yang sejuk. Cara ini sangat mudah dan membantu memperlambatkan pengaliran darah dari kapilari yang rosak serta mampu untuk mengecilkan saiz kesan love bite anda.

Caranya adalah dengan meletakkan sudu di dalam peti selama 30 minit lalu anda boleh tekankan sudu tersebut pada bahagian yang mempunyai kesan merah dan biarkan selama 10 minit. Boleh ulangi beberapa kali selama 48 jam yang pertama atau sehingga kesan tersebut kelihatan tidak ketara. Boleh juga anda menggunakan ais daripada peti sejuk dan aplikasikan dengan cara yang sama.

2. Guna Gel Lidah Buaya (Aloe Vera)

Penggunaan gel lidah buaya dipercayai dapat mengurangkan lebam, keradangan serta pembengkakan kulit dan juga kesakitan. Hal ini telah dijelaskan oleh para doktor dan terdapat cara yang anda boleh ikuti dengan oleskan secara nipis gel lidah buaya tersebut pada kulit yang mempunyai kesan love bite.

Seandainya kulit anda berubah menjadi sensitif atau iritasi pada kulit anda boleh menghentikan penggunaannya.

3. Sapukan Ubat Gigi yang Mengandungi Peppermint

Cara Hilangkan Love Bite
Cara Hilangkan Love Bite

Gunakan ubat gigi yang mengandungi bahan daripada pudina dan peppermint untuk membantu merangsang aliran darah semasa digunakan serta mempercepatkan penyembuhan kesan love bite. Cara hilangkan love bite ini adalah mudah dengan anda mengambil sedikit ubat gigi tersebut dan sapukan serta tingalkan dalam 15 minit. Kemudian lap denga berhati-hati untuk elak iritasi kulit. Boleh ulang beberapa kali sekiranya masih mempunyai kesan.

4. Letakkan Isi Buah Nenas Pada Kesan Love Bite

Dengan menggunakan buah nenas juga dapat mengurangkan kesan love bite. Caranya adalah sangat mudah anda boleh kupas nenas dan kemudian lekatkan isi buah nenas tersebut di kawasan yang terdapat love bite. Penggunaan buah nanas ini adalah perlu berhati-hati ini adalah kerana nanas adalah merupakan sejenis buah yang berasid.

5. Urut Secara Ringan Untuk Menghilangkan Kesan

Dengan kaedah mengurut atau menggosok adalah merupakan salah satu cara hilangkan love bite. Urutan secara perlahan selama beberapa minit setiap hari boleh membantu menghilangkan kesan love bite dengan kadar masa yang cepat. Apabila anda melakukan urutan adalah perlu untuk anda melakukannya secara ringan sahaja untuk mengelakkan kecederaan yang lain.

6. Tutup Kesan Love Bite Dengan Alat Solek

Ini adalah cara hilangkan love bite dengan mudah serta sangat efisien kerana ia hanya memerlukan alat solek dan pelembap. Kemudiannya anda boleh gunakan color collector dengan tangan anda pada kawasan love bite tersebut. Boleh juga untuk anda mengenakan sedikit foundation yang sesuai dengan warna kulit anda. Anda boleh menggunakan apa-apa alat solekan yang sesuai dengan warna kulit anda untuk menutupi kesan merah tersebut.

Demikianlah cara hilangkan love bite dengan mudah serta menjimatkan kos dalam masa yang sama. Menghilangkan kesan love bite adalah sangat diperlukan kerana ianya adalah penting untuk memastikan diri anda sentiasa yakin dan tidak berasa janggal.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati