
Ramai tidak tahu macam mana cara beli internet Digi dengan mudah. Pentingnya untuk memperoleh maklumat yang cukup sebelum memilih pakej internet yang sesuai. Internet merupakan keperluan harian setiap manusia. Oleh kerana itu, internet memberikan akses mudah dan cepat, namun hasrat akan terbatas sekiranya tidak tahu macam mana beli internet dengan mudah.
Jadi, perkongsian kali ini adalah berkenaan cara beli internet digi dengan mudah hanya beberapa langkah sahaja. adalah beberapa maklumat yang perlu anda ketahui, sila lanjutkan bacaan.
Beli Internet Digi Untuk Dapatkan Akses Internet
Isi Kandungan
Apakah Itu Digi?

Digi adalah salah satu penyedia internet yang terkenal di Malaysia, Digi menawarkan pelbagai pilihan pakej internet yang sesuai dengan keperluan pengguna, termasuk pakej harian, mingguan dan bulanan. Digi juga menawarkan akses ke jaringan 5G secara percuma yang memberikan kelebihan internet yang lebih cepat dan responsif.
Pakej Internet Digi yang Tersedia
Terdapat beberapa pakej internet yang ditawarkan oleh Digi:
- Pakej Data Khas Pelajar
Pakej ini menawarkan 15GB data Internet berkelajuan tinggi, sosial tanpa had yang merangkumi aplikasi Tiktok Instagram, Twitter dan Facebook serta 1GB hotspot dengan harga RM20 saja untuk 30 hari. - Pakej Rahmah
Pakej ini menawarkan internet laju selama 180 hari dengan kuota sebanyak 30GB. Pakej ini juga menyediakan rebat tunai selama 12 bulan untuk langganan Spotify Premium. - Pakej Prepaid NEXT
Pakej ini menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps dan kuota Internet sehingga 45GB 5GB/4G termasuk kuota asas dan promosi kuota tambahan sehingga 4 Disember 2023.- Pakej ini juga Menawarkan pakej 5G dengan 85GB internet pantas pada harga RM48 sebulan.
- Terdapat pelbagai pilihan pakej seperti RM3 untuk 1.5GB, RM5 untuk 3GB, RM8 untuk 6GB, RM10 untuk 10GB, dan lain-lain. Tambahan pula, terdapat pakej untuk panggilan, muzik tanpa had, strim video tanpa had, dan data hospot.
- Pakej Pascabayar
Terdapat pakej PowerJimat yang menawarkan telefon 5G baru dari Samsung Vivo dan lain-lain dengan penjimatan terjamin. Pelanggan yang layak boleh mendaftar melalui cawangan Digi Store, cawangan Digi Store Express, pengedar sah Digi atau Digi Store online. Pakej ini juga termasuk kontrak 12 bulan dengan tawaran seperti 12 bulan rebat tunai untuk Spotify Premium.
Panduan Lengkap Beli Internet Digi
Cara Beli Internet Digi Dengan Mudah
Untuk membeli pakej internet Digi, anda boleh menggunakan beberapa cara, termasuk melalui aplikasi MyDigi, kod dial up dan melalui SMS.
Berikut adalah 3 cara beli internet digi yang boleh anda ikuti langkah-langkah seperti dibawah :
Cara Beli Internet Digi Melalui Aplikasi MyDigi
- Buka aplikasi MyDigi dan pilih ‘Buy Add Ons’.

- Tekan tab ‘Monthly active’

- Pilih pakej internet yang diinginkan

- Pilih kaedah pembayaran

- Tekan ‘Confirm‘

- Anda akan menerima pengesahan pembelian melalui SMS

Cara Beli Internet Melalui Kod Dial-Up.
Untuk membeli internet melalui kod dial-up dari Digi, Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka telefon di handphone Anda
- Taip *116#
- Tekan butang call hijau
- Sila pilih pilihan Anda, contohnya pilih 3.
- Pilih 1, Tekan Send.
- Tahniah, langgan internet Digi berjaya.
Cara Beli Internet Digi Melalui Sms
Untuk membeli internet Digi melalui SMS, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Hantarkan teks ke nombor 20000
- Dengan menggunakan format ON (Nama pakej), contohnya ON ‘InternetMonthly’.
Pastikan untuk memeriksa dengan teliti format dan nombor tujuan yang benar sesuai dengan pakej internet yang Anda inginkan.
Beli Pakej Internet Mana Yang Sesuai?
pada pandangan saya, berdasarkan pilihan pakej internet Digi yang sesuai dan murah, Anda dapat mempertimbangkan Pakej Rahmah. Pakej ini menawarkan 30GB Internet dengan harga RM30 dan memiliki masa aktif selama 180 hari.
Untuk membeli Pakej Rahmah dengan mudah, Anda dapat mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke aplikasi MyDigi
- Pilih Beli Add Ons
- Pilih Internet
- Pilih On Demand
- Pilih Pakej Rahmah untuk menyelesaikan pembelian
Pilihan ini dapat memberikan akses internet yang cukup besar dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Bagaimana Jika Internet Habis?
Ketika kuota Internet habis, Anda biasanya akan terputus dari layari internet. Jika Anda ingin membeli pakej internet tambahan, Anda dapat ikuti langkah-langkah yang telah saya kongsikan sebelum ini. Sama ada menggunakan aplikasi MyDigi, kod dial up atau melalui SMS.
Jadi sekiranya anda mempunyai masalah dalam urusan cara beli internet digi, anda juga boleh hubungi segera pihak Digi untuk mendapatkan pertolongan.
- Layari laman web Digi
- Telefon nombor 016-221 1800
TikTok / shopee