Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hari Kaamatan 2024 : Tarikh Rasmi, Sambutan dan Bahan Pendidikan

kaamatan 2024

Anda sudah bersedia hari Kaamatan 2024? Pesta Kaamatan adalah salah satu acara budaya yang penuh makna dan keindahan yang dirayakan oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah, Malaysia. Pesta ini bukan hanya sekadar pesta penuaian padi, tetapi juga merupakan perayaan penting yang menghormati semangat padi, yang dikenali sebagai “Bambazon,” serta meraikan kebaikan dan keberkatan yang diberikan oleh Tuhan.

Untuk Kaamatan 2024, ramai yang akan terlibat dan membuat persiapan rapi kerana sambutannya adalah sangat meriah dan mendapat sokongan kerajaan Malaysia yang meraikan kepebagaian bangsa dan agama sebagai perpaduan semua.

Berkenaan Sambutan Pesta Kaamatan 2024

Pengenalan Pesta Kaamatan

kaamatan 2024

Pesta Kaamatan, yang juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan atau “Magavau” dalam bahasa Kadazan, adalah perayaan yang berakar dalam budaya Kadazan-Dusun di Sabah, Malaysia. Acara ini bukan sekadar pesta penuaian padi, tetapi juga merupakan ungkapan penghormatan kepada “Bambazon,” semangat padi yang dianggap sebagai sumber kelimpahan dan berkat.

Pesta Kaamatan adalah warisan budaya yang telah dijunjung tinggi oleh masyarakat Kadazan-Dusun selama berabad-abad.

Tarikh Rasmi Sambutan Pesta Kaamatan 2024

Pesta Kaamatan biasanya diadakan selepas selesai menuai padi, menjadikannya sebuah perayaan yang sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Perayaan ini mempunyai sejarah yang cukup lama, tetapi baru mendapat pengiktirafan rasmi sebagai cuti umum di Sabah sejak tahun 1960, berkat usaha daripada Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Untuk sambutan Kaamatan 2024 pula, tarikh rasminya adalah pada 30 Mei sehingga 31 Mei tahun 2024. Ianya juga adalah cuti umum untuk negeri sabah dan labuan selama 2 hari.

TarikhHariPerayaan
30 – 31 Mei 2024Khamis-JumaatPesta Kaamatan 2024

Perancangan Program Sambutan Kaamatan 2024

Persembahan Tradisional

kaamatan 2024 2

Antara sambutan utama dalam Pesta Kaamatan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini adalah simbolik budaya masyarakat Kadazan-Dusun dan dimainkan oleh lelaki dan perempuan yang memakai pakaian tradisional mereka. Ia diiringi dengan paluan gong dan dijiwai oleh alunan rentak yang khas. Tarian Sumazau ini dianggap sebagai suatu ungkapan rasa syukur kepada Tuhan dan semangat padi.

Sambutan di sekolah, guru-guru di sekolah Sabah boleh membuat persiapan dan perancangan program yang sesuai di peringkat sekolah sahaja.

Lirik Lagu Pesta Kaamatan 2024

Terdapat lagu khas yang boleh dinyanyikan semasa hari Kaamatan 2024 berlansung. Lagu ini adalah simbolik kepada suasana pesta tersebut. Lagu “Tadau Tagazo Do Kaamatan” oleh Dtk James Ongkili akan dimainkan distesen-stesen radio.

Berikut adalah lirik lagu Tadau Tagazo Do Kaamatan:

Tadau tagazo do Kadazan 
Kopivosian do tombpinai ngaavi
Tadau tagazo do Kaamatan
Kounsikaan do tokou savi-avi

Kopivosian do tombpinai ngaavi 
Kounsikaan do tokou savi-avi 
Mohoing tanak kusai tondu ngaavi 
Kadazan tokou do savi-avi

Chorus:
Tompinai doid nombo nopo 
Kanou lumamai tokou 
Doid nombo tokou 
nopo Ontok tadau tagazo tokou

Tadau tagazo do Kaamatan 
Tadau tokou do kounsikaan 
Koimazaan sompomogunan 
Koubasanan tokou tikid toun

Tadau tokou do kopivosian 
Koubasanan tokou tikid toun 
Kanou tompinai kopivosian 
Tadau tagazo do Kaamatan

Hidangan Tradisional dan Minuman di Pesta Kaamatan

Pada hari Pesta Kaamatan, hidangan tradisional dan minuman khas turut disediakan. Salah satu hidangan yang popular adalah “tapai” atau “Kinomol,” ia merupakan sejenis arak tradisional. Tapai dibuat daripada beras (nasi) atau ubi kayu yang diperam selama beberapa minggu dalam sebuah tempayan besar atau dikenali sebagai “tajau.”

Biasanya, ragi ditambahkan untuk mempercepatkan proses fermentasi dan memberikan rasa khas kepada tapai. Minuman ini menjadi salah satu lambang Pesta Kaamatan dan menjadi penambah semangat dalam merayakan pesta ini.

Bahan Untuk Kegunaan Sambutan Kaamatan 2024 di Sekolah

Kertas Kerja Program Pesta Kaamatan

Untuk pengacaraan program pesta Kaamatan oleh guru boleh melalui dengan persiapan rapi dan kemas. Anda boleh merujuk pada contoh kertas kerja Program pesta Kaamatan sebagai rujukan. Berikut adalah beberapa aspek utama yang mungkin boleh dijadikan contoh untuk anda:

PerkaraPenerangan
ObjektifTujuan utama program ini adalah untuk memupuk kerjasama dan menerapkan semangat perpaduan di kalangan warga sekolah, khususnya pelajar yang berbangsa dari Kadazan, Dusun, atau Murut, dengan harapan agar mereka lebih menghargai keunikan pelbagai identiti kaum di negara kita.
Tarikh & tempatBoleh pertimbangkan tarikh dan tempat yang bersesuaian dengan keadaan. Untuk tarikh seeloknya rancang seminggu sebelum tarikh hari kaamatan.
Penyertaan (Kumpulan sasaran)Guru boleh tetapkan kumpulan sasaran penyertaan. Contoh, semua pelajar sekolah terutama bangsa kadazan dan lain-lain.
AktivitiGuru boleh pertimbangkan untuk mengadakan persembahan seperti tarian dan nyanyian tradisional, pertandingan permainan tradisional dan pertandingan mewarna.

Untuk mendapatkan perancangan lengkap kertas kerja pesta kaamatan di sekolah anda boleh mendapatkan contoh kertas kerja pesta kaamatan yang lengkap segera disini.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati