Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Madani Henjut Rakyat Umur 35 Tahun Pergi PLKN

Kerajaan Madani Henjut Rakyat Umur 35 Tahun Pergi PLKN

Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk meneruskan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mereka yang bakal terlibat adalah golongan umur 18 tahun sehingga umur 35 tahun pergi PLKN di cawangan seluruh Malaysia.

Berkenaan berita PLKN dilaksanakan semula adalah merupakan satu berita yang menimbulkan nostalgia di kalangan orang ramai dan juga ramai terkejut dengan berita “umur 35 tahun pergi PLKN”. Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah ia benar atau salah? Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai PLKN seluruh negara.

PLKN Dilaksanakan Semula Bermula Tahun 2023

Kerajaan Madani Henjut Rakyat Umur 35 Tahun Pergi PLKN

Kenyataan Rasmi Daripada Kerajaan Malaysia

Pengumuman mengenai pelaksanaan semula PLKN telah dirasmikan bermula 9 oktober lalu apabila memberi kata putus mengenai desas desus PLKN bakal dikembalikan.

Menurut kenyataan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan telah menjawab pertanyaan di dewan rakyat.

Antara perancangan PLKN akan menerapkan latihan asas ala ketenteraan sebanyak 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10% yang diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun. Lokasi latihan yang dicadangkan adalah di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 Kem Wataniah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)” jelas beliau pada 9 oktober 2023 di dewan rakyat.

Senarai Lokasi PLKN Yang Terlibat

Menteri pertahanan juga turut menjelaskan bahawa PLKN 3.0 ini diadakan seluruh negara di lokasi di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 kem wataniah angkatan tentera malaysia serta kem latihan polis diraja malaysia. Plkn kali ini adalah berfokuskan latihan asas seperti ketenteraan sebanyak 90 peratus dan melalui modul kenegaraan pula ditetapkan sebanyak 10% serta diwajibkan kepada remaja lepasan spm.

PLKN 3.0 : Pelaksanaan, Modul, Tempoh dan Lain-lain

Program Latihan Untuk Mendidik Masyarakat

Kerajaan Madani Henjut Rakyat Umur 35 Tahun Pergi PLKN

PLKN kini hadir dengan pelaksanaan baharu yang telah dikeluarkan oleh kerajaan malaysia. Program PLKN kali ini terlibat dengan tiga jenis lokasi yang bakal diisi oleh para calon PLKN di seluruh malaysia. Lokasi yang terlibat kali ini adalah merupakan daripada kem ketenteraan, kem wataniah serta satu kem pusat latihan polis (PULAPOL) yang boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang juga boleh menampung 4000 orang dalam setahun.

Modul Latihan yang Diperkenalkan

PLKN 3.0 kali ini akan menggunakan modul kombinasi latihan ala ketenteraan sejumlah 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10% selain lokasi latihan yang akan menggunakan kem-kem latihan daripada kerajaan seperti kem wataniah Angkatan Tentera Malaysia(ATM) serta kem latihan polis diraja malaysia (PDRM). Modul ini telah dijelaskan oleh menteri pertahanan datuk seri muhammad hassan di dalam dewan rakyat yang lalu.

Latihan Ala Ketenteraan90%
Modul Kenegaraan10%

Peserta yang Terlibat PLKN 3.0

Menurut kerajaan, bagi fasa 1 akan membabitkan pelajar tingkatan 4 melalui silibus kpm yang mengandungi silibus kokurikulum seperti bomba, kadet polis dan pengakap akan diterapkan untuk peringkat itu.

Oleh itu tingkatan 5 akan dikecualikan untuk menjalani latihan di fasa satu bagi memberi laluan kepada para pelajar membuat persediaan yang rapi untuk peperiksaan spm. Namun kerajaan telah menegaskan bahawa pelajar yang telah kamu spm bakal menyertai fasa 2 di kem latihan tentera wataniah yang sedia ada.

Jelas di sini bahawa pelaksanaan plkn terdapat dua fasa iaitu fasa 1 fasa sekolah iaitu yang membabitkan mereka yang bersekolah manakala fasa 2 adalah selepas fasa sekolah iaitu selepas peperiksaan spm.

Tempoh Serta Tarikh Rasmi PLKN 3.0

Bagi tempoh pelaksanaan plkn untuk fasa 2 hanya menjalani selama 45 hari. Walaubagaimanapun, untuk tarikh rasmi pelaksanaan plkn 3.0 ini masih belum diputuskan lagi dan akan diumumkan dalam satu tempoh yang akan datang.

Berkenaan Mereka yang Umur 35 Tahun Pergi PLKN

Penjelasan Penyertaan Mereka yang Berumur 35 Tahun

Tular di media sosial pembabitan mereka yang umur 35 tahun pergi PLKN 3.0. Perkara ini telah menjadi perdebatan hangat di kalangan ramai kerana menganggap golongan yang berumur 35 tahun pergi PLKN adalah suatu umur yang tidak layak dan sesuai untuk menyertai program khidmat yang sangat disesuaikan dengan golongan remaja bukan golongan dewasa.

Walaubagaimanapun, sememangnya ada pengesahan berkenaan mereka yang berumur 35 tahun pergi PLKN melalui klausa daripada “National Service Training” berkenaan latihan khidmat negara yang melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun seperti yang disebutkan di dalam bahagian tiga kurungan (a) seperti gambar di bawah.

Umur 35 Tahun Pergi PLKN

Jelas di sini bahawa melalui peruntukan terdapatnya undang-undang yang membolehkan mereka yang daripada golongan 18 tahun sehingga 35 tahun adalah boleh dipanggil menyertai PLKN. namun anda tidak perlu rungsing dan risau kerana kerajaan malaysia belum menetapkan apa-apa berkenaan mereka yang berumur 35 tahun secara tetap untuk menyertai PLKN.

Apa Beza Kem Kenteteraan Korea dan PLKN?

Mendengarkan kisah mengenai umur 35 tahun pergi plkn telah menimbulkan beberapa pihak untuk menyamakan PLKN tersebut adalah sama dengan latihan ketenteraan di negara korea. Sebenarnya amat jauh sekali dan tidak sama bahkan jauh daripada situasi sebenar.

Beza antara PLKN dan latihan sistem kerahan tenaga khidmat tentera korea selatan adalah dari segi kewajipan serta tempoh pelaksanaan. Di malaysia PLKN hanya perlu menjalani selama 45 hari manakala di negara korea tempoh pelaksanaan ialah perlu berkhidmat ketenteraan selama lebih 20 bulan mengikut kem. Selain itu, penyertaan program di korea adalah wajib dan tidak boleh dielakkan oleh sesiapa sekalipun bagi mereka yang bergerak lelaki, manakala PLKN adalah berdasarkan beberapa syarat dan ianya terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Demikianlah perbezaan yang jauh sekali dan tidak sama jika disamakan program PLKN yang bakal diperkenalkan adalah seperti program di korea.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati