Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Batuk Kokol dan Kenali 8 Tanda Berbahaya

batuk kokol

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita satu kes kematian yang telah direkodkan di Sabah yang dipercayai membabitkan kes wabak batuk kokol ataupun pertusis. Sehubungan itu rakyat Malaysia perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan batuk kokol merbahaya ini.

Ikuti maklumat lengkap mengenai batuk kokol, simpton-simpton dan pencegahannya.

Batuk Kokol Berpotensi Mengalami Radang Paru-Paru, Otak dan Sawan

Apakah itu Batuk Kokol?

apakah itu batuk kokol?

Bagi yang belum tahu batuk kokol atau pertusis ini adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit disebabkan oleh bakteria bordetella pertusis yang akan menjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia, namun bayi golongan yang paling berisiko untuk mengalami komplikasi yang serius apabila mereka dijangkiti.

Apakah Perbezaan Batuk Kokol Dengan Batuk Biasa?

Batuk kokol sangat berbeza dengan batuk biasa dan ianya mempunyai kriteria tersendiri seperti whooping, dimana andai kata selepas kita batuk, kita akan tarik nafas yang begitu dalam yang menunjukkan bunyi ‘whooping‘.

Seterusnya, mempunyai batuk berpanjangan ia juga boleh menyebabkan kelesuan dan keradangan pada paru-paru. Perlu diingat, bahawa batuk ini ia boleh menyebabkan kematian. Sekiranya menghadapi keradangan pada paru-paru dan oksigen tidak sampai cukup pada seluruh badan khususnya pada otak.

Apakah Tanda-Tanda Batuk Kokol?

Batuk kokol ini disebarkan melalui batuk, selsema (bersin) dan juga titisan cecair orang yang dijangkiti serta menyentuh permukaan tercemar yang dijangkiti bakteria pertusis. Antara gejala batuk kokol pada peringkat awal :

  • Pesakit akan mengalami gejala ringan seperti demam biasa,batuk, selsema, mata merah.
  • Batuk untuk tempoh satu hingga dua minggu dan diikuti dengan demam batuk kering yang berpanjangan pernafasan berbunyi nyaring suara menjadi garau.
  • Batuk menjadi semaikin teruk sehingga bunyi nada tinggi seperti ‘whoop‘, Oleh demikian ia dikenali sebagai ‘whooping cough’.
  • Kesukaran bernafas
  • Muntah selepas batuk.
  • Sakit dada ketika batuk
  • Batuk akan sangat teruk kepada bayi umur atas 6 bulan sehingga boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas atau tak sempat untuk ambil nafas sehingga muka bayi boleh berubah berwarna biru .
20231206 203539 0001
Batuk Kokol dan Kenali 8 Tanda Berbahaya 5

Sekiranya keluarga, anda atau anak anda mempunyai gejala batuk kokol ini, segeralah pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan. Untuk kita sahkan sama ada ianya benar-benar batuk kokol dan asingkan daripada orang lain serta dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Apakah komplikasi penyakit batuk kokol?

Komplikasi ringan :

  • Pendarahan selaput mata (konjunktivitis)
  • Jangkitan telinga tengah
  • Hilang selera makan menyebabkan dehidrasi

Komplikasi serius :

  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Kurang bekalan oksigen ke otak disebabkan batuk berterusan mengakibatkan:
    • Sawan
    • Fungsi otak tidak berfungsi (Encephalopathy)
    • Kematin

Apakah rawatan yang sesuai bagi masalah penyakit ini?

  1. Pastikan diri anda telah di vaksin dengan vaksin pertusis tersebut.
  2. Pengambilan antibiotik seperti Erythromycin, Clarithromcyin atau Azithromcyin mengikut nasihat dan saranan doktor.
  3. Kanak-kanak kecil dan bayi mungkin dimasukkan ke hospital kerana golongan ini berisiko untuk kena jangkitan paru-paru dan juga untuk keadaan jadi lebih serius. Oleh itu, memerlukan pemerhatian yang teliti daripada doktor.

Pencegahan Awal Bagi Penularan Penyakit Batuk Kokol

Selain rawatan mengurangkan gejala dan antibiotik oleh doktor langkah pencegahan awal adalah seperti berikut berikut:

  1. Minum air secukupnya : seperti air putih, jus dan sup sangat disarankan.
  2. Makan dalam kuantiti yang sedikit : untuk elak muntah selepas batuk.
  3. Pastikan udara bersih : Elak dari asap rokok dan tempat pembakaran.
  4. Pakai face mask dan amalkan penjarakan fizikal terutamanya semasa berkenalan.
  5. Amalkan cuci tangan dengan betul terutamanya menjaga anak kecil: sebelum memegang bayi, selepas menukar lampin sebelum menyusu atau memberi makanan kepada anak.
20231206 203539 0000 1
Batuk Kokol dan Kenali 8 Tanda Berbahaya 6

Apakah peranan ibu bapa dalam mencegah penularan jangkitan?

  • Pemahaman tentang penyakit: Ibu bapa perlu memahami penyakit berjangkit batuk kokol dan mengenali gejala serta komplikasi yang terkait dengannya.
  • Pencegahan melalui vaksin : lbu bapa memiliki tanggungjawab dalam memahami kepentingan vaksin dan imunisasi pelalian, imunisasi pelalian ia merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat dan ibu bapa harus menghadiri anak mereka untuk menerima vaksin pertusis dan pastikan semua anak-anak dalam komuniti mendapat pelalian yang lengkap mengikut jadual.
  • Pengamalan di rumah : Ibu bapa perlu mengamalkan adab batuk menutup mulut ketika batuk dan mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan virus dan elakkan membawa kanak-kanak yang sakit ke tempat awam termasuk pusat jagaan harian atau sekolah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati