Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ayam Masak Paprik, Resepi Turun Temurun Warisan Bonda

Ayam Masak Paprik, Resepi Turun Temurun Warisan Bonda

Anda penggemar akan hidangan ayam masak pedas manis? Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi istimewa ayam masak paprik ini yang pasti akan membuatkan anda ketagih! Resepi ayam masak paprik yang akan dikongsi ini adalah satu hidangan yang sangat mudah untuk disediakan dan anda tidak perlu menghabiskan banyak masa di dapur cukup 30 minit sahaja untuk menghindangkan satu sajian ayam masak paprik yang cukup untuk dinikmati bersama keluarga atau tetamu.

Sila ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut! Resepi lengkap dengan langkah-langkah penyediaan yang jelas dan mudah diikuti akan diberikan.

Ayam Masak Paprik, Hidangan Kegemaran Keluarga di Rumah

Ayam Masak Paprik, Resepi Turun Temurun Warisan Bonda

Apakah itu ayam masak paprik

Paprik ayam masa paprik merupakan hidangan popular dari Thailand yang digemari ramai di Malaysia, hidangan ini mempunyai perisa pedas, masam dan haruman yang sungguh lazat.

Petua hasilkan ayam masak paprik sedap

Menurut chef terkenal che nom rahsia utama untuk membuat paprik ayam yang sedap adalah dengan menggunakan tiga bahan penting sos ikan, sos tiram dan daun limau purut, tanpa ketiga-tiga bahan ini rasanya tidak akan sama.

Sos ikan dan sos tiram memberikan rasa masin dan pedas yang menyengat. Sementara daun limau purut menyumbangkan aroma segar dan rasa masam yang menyegarkan. Gabungan ketiga-tiga bahan inilah yang menjadikan resepi paprik ayam dari Thailand begitu istimewa.

Panduan Lengkap : Dengan Cara Penyediaan yang Jelas dan Mudah Diikuti

1. Ayam masak paprik ala thai

Ayam Masak Paprik, Resepi Turun Temurun Warisan Bonda

Kredit : Azahana Shamsuddin

Bahan-bahan :

  • 2 keping dada ayam (dihiris nipis)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia (hiris halus)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris memanjang)
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • Bahan Sayur-sayuran:
  • Biji putik jagung (dihiris)
  • 2 tangkai kacang polong (dihiris pendek)
  • Bunga kobis (dipotong kecil)
  • 1/2 biji karot (dihiris memanjang)

Cara Memasak Ayam Masak paprik:

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  3. Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  4. Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  5. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas!

2. Ayam masak paprik simple

Ayam Masak Paprik, Resepi Turun Temurun Warisan Bonda

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (hiris)*
  • Bawang putih (ketuk)*
  • Serai (ketuk)*
  • Cili besar (kisar dgn minyak)
  • Kacang panjang
  • lobak merah
  • Cendawan tiram
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Bancuhan tepung jagung
  • Daun limau purut

Caranya:

  1. Goreng kacang panjang dan carrot, ketepikan. Kemudian tumis bahan bertanda (*). Masukkan cili besar yang dikisar dengan minyak tadi. (Boleh skip jika anak-anak tak tahan pedas).
  2. Tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan isi ayam, Sos tiram, Sos cili, perasakan dgn sedikit garam. Masukkan air. Rehat seketika.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun limau purut.
  4. Siap! Taburkan kacang panjang dan carrot semasa hidang makanan.
  5. Nota : ada rasa pedas-pedas sikit, anak-anak yang tak tahan pedas, boleh skip cili besar.

Sumber : Siti Annallyssa

3. Ayam masak paprik che nom

2 20240131 211304 0001

Kredit : Resepi Viral

Bahan-bahan :

  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • Sedikit air
  • Sedikit sos ikan (optional)
  • Sayur seperti (bunga kubis, kacang panjang dan capsicum hijau)

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat.Siap dan sedia untuk dihidangkan.
  5. Selamat mencuba!

Kredit resepi : Che Nom

Soalan FAQs Berkenaan Ayam Masak Paprik

apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam masak pabrik

Bahan-bahan asas yang diperlukan termasuk ayam sos ikan, sos tiram, daun limau purut.

berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak ayam masak paprik

Secara puratanya masa memasak ayam masak paprik adalah lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada jumlah ayam yang digunakan.

adakah perlu merendam ayam terlebih dahulu sebelum memasak paprik

Ya, merendam ayam dengan perahan limau, garam dan serbuk kunyit lebih kurang 30 minit dapat membantu mengekalkan kelembutan ayam.

apakah peranan sos ikan dan sos tiram dalam resipi ini

Sos ikan dan sos tiram penting untuk memberikan rasa masin dan pedas yang menyengat ini merupakan rahsia utama resipi

bolehkah saya gantikan cili merah dengan cili kering

Boleh tetapi rasa pedas dan warnanya mungkin berbeza guna kira-kira setengah sudu cili kering bagi setiap cili merah

berapa banyak limau purut perlu digunakan

2-3 helai daun limau purut mencukupi untuk satu resepi paprik ayam biasa

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati