Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh, Kronologi dan Fakta Kes

zayn rayyan

Malaysia digemparkan mengenai Zayn Rayyan dibunuh selepas dilaporkan hilang di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada selasa lalu. Walaubagaimanapun, kanak-kanak itu ditemui telah tidak bernyawa oleh penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn Rayyan. Kanak-kanak itu ditemui terbaring di sungai yang jaraknya sekitar 200 meter dari blok kediamannya.

Pihak polis telah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat yang telah ditemui. Menurut ketua polis daerah Petaling Jaya, Assistant Commissioner, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid yang berada di sekitar lokasi kejadian telah mengesahkan penemuan mangsa.

Kanak-kanak tersebut telah dilaporkan hilang pada selasa dan menerima laporan polis pada selasa sekitar jam 6:36 petang. Selepas 2 hari kehilangan pihak polis telah mengesahkan bahawa Zayn Rayyan dibunuh.

Berkenaan Zayn Rayyan Budak Autisme Hilang

Siapakah Zayn Rayyan?

Zayn Rayyan Dibunuh

Biodata Zayn Rayyan. Nama penuh Zayn Rayyan Abdul Matiin Bin Zaim Ikhwan merupakan seorang kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap dan berumur 6 tahun. Beliau adalah merupakan anak kepada seorang ibu Ismanira Abdul Manaf,28 tahun dan seorang bapa Zaim Ikhwan,28 tahun. Beliau tinggal di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Zayn telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2). Dilaporkan bahawa Zayn Rayyan baru sahaja memasuki alam persekolahan pada tahun ini, hal ini mendapat perhatian oleh netizen sebelum ini kerana ibunya Ismanira selalu berkongsi berkenaan Zayn Rayyan di Facebook group autisme malaysia.

Makusud nama Zayn Rayyan dalam islam adalah ‘Perhiasan Syurga Rayyan’.

Kehilangan Zayn Rayyan

Kehilangan Zayn Rayyan
Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh, Kronologi dan Fakta Kes 7

Zayn Rayyan telah dilaporkan hilang pada hari selasa yang ketika itu masih mengenakan seragam sekolah rendah berjalan bersama ibunya sebelum tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Ibunya berjalan dengan tangan penuh memegang barangan yang baru dibeli manakala Zayn telah berjalan di belakang ibu.

Selepas ibunya menoleh ke belakang, Zayn sudah tiada dan tiada kedengaran apa bunyi tapak kaki anaknya berlari. Selepas pada itu pihak Zayn telah melaporkan kepada pihak polis pada pukul 6:36 petang selasa pada hari kejadian.

Zayn Rayyan Dibunuh
Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh, Kronologi dan Fakta Kes 8

Selepas 24 jam dilaporkan hilang kanak-kanak lelaki autism berusia 6 tahun ini belum ditemui dan usaha pencarian telah dibuat dengan keadaan ketika itu amat sukar kerana hujan terlalu lebat dan keadaan air lembab hingga menjejaskan keberkesanan deria bau anjing pengesan. Pencarian diteruskan berpusat 700 meter dari lokasi Zayn hilang masih di sekitar apartment tersebut.

Gerakan mencari Zayn Rayyan di sekitar kawasan apartmen diketuai oleh PDRM, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penduduk setempat yang telah diadakan dengan menggunakan pelbagai alternatif yang ada termasuk juga bantuan 4 hingga 5 pengamal perubatan islam diminta oleh bapa Zayn.

Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Zayn Rayyan Dibunuh
Berkenaan Zayn Rayyan Dibunuh, Kronologi dan Fakta Kes 9

Selepas 24 jam Zayn dilaporkan hilang dan usaha membuat pencarian giat dijalankan oleh PDRM, Bomba serta penduduk setempat. Pada hari dilaksanakan usaha pencarian, penduduk setempat telah menjumpai mangsa terbaring di sungai dari jaraknya kira-kira 200 meter kediamannya.

Pihak polis telah mengambil maklum hal berikut dan telah menutup laluan belukar tersebut. Hasil penyiasatan pihak polis mengesahkan bahawa ada kesan jerut pada leher Zayn yang mana dia mungkin mati di tempat lain.

Mangsa juga mungkin tidak mati ditempat mayatnya ditemui dan dipercayai sudah meninggal dalam tempoh 48 jam. Pihak polis segera melakukan usaha mengesan suspek yang dipercayai terlibat pihak polis juga mendakwa bahawa suspek dipercayai mengetahui selok-belok kawasan penemuan mayat.

Kematian Zayn Akan Ditempatkan Di Syurga

Dengan khabaran kematian kanak-kanak autisme ini membuatkan ramai hati rakyat Malaysia berasa pilu dan sedih. Namun kita dapat pastikan bahawa kematian Zayn adalah ditempatkan di syurga bagi orang islam kerana beliau adalah merupakan anak istimewa anak syurga.

Kronologi Kes Kehilangan dan Kematian Zayn Rayyan

Untuk memahami berkenaan kes kehilangan Zayn yang telah berakhir dengan penemuan mayatnya terbaring di sungai dan didapati telah dibunuh dan terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Kronologi Kes Kematian Zayn Rayyan

Berikut adalah kronologi kes kehilangan Zayn Rayyan yang boleh diketahui di sebalik kejadian berlaku:

5 Disember (Hari Selasa)

Pada Pukul 12.30 Tengahari – Telah dilaporkan hilang selepas selesai bermain di taman berdekatan rumahnya. Ibunya telah mendakwa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di tingkat dua yang itu tiba-tiba hilang selepas mengekorinya dari belakang. Kali terakhir dikesan ketika memasuki kawasan belukar berhampiran.

Keluarga mangsa telah membuat naik status kehilangan Zayn di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada pihak polis. Penduduk setempat juga mencari mangsa di kawasan sekitar dan menganjurkan solat hajat.

Pada pukul 6.36 – Pihak polis telah mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak autisme tersebut. Menurut pihak polis tidak menemukan sebarang petunjuk berkaitan kehilangan mangsa. Pihak polis menjelaskan lagi mangsa difahamkan lari arah lain dan keluarganya mencari di kawasan lain. Walaubagaimanapun, misi pencarian kemudian diteruskan di lokasi kanak-kanak tersebut hilang dengan bantuan pihak berkuasa serta orang ramai.

6 Disember (Hari Rabu)

Pukul 10 Malam – Tubuh Zayn Rayyan telah ditemui di sebatang anak sungai kira-kira dari 200 meter kediamannya. Pihak polis telah berkata lokasi penemuan mayat itu adalah merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan oleh unit anjing pengesan K9 pada selasa.

Mayat mangsa terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi melakukan proses bedah siasat.

7 Disember (Hari Khamis)

Pada pukul 4.30 petang – Hasil bedah siasat, Ketua Polis Selangor, Datuk Pengerusi Omar Khan mengesahkan mangsa telah dibunuh. Pihak polis terus melakukan usaha mengesan suspek dan akan memaklumkan segera jika terdapat penemuan baharu. Pihak polis juga mengatakan bahawa suspek mengenali selok-belok kawasan kediaman tersebut.

Pada pukul 7 Malam – Jenazah Zayn Rayyan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam seksyen 9 kota damansara.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati