Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Petua Hilangkan Demam Panas dan Paling Mujarab

Cara hilangkan demam panas

Demam panas adalah fenomena yang kerap berlaku di kalangan manusia dan ianya mudah merebak serta penyakit berjangkit di mana ia juga diperkatakan oleh dunia sebagai demam ‘viral’. Kebiasaannya pada peringkat awal kita akan letih, badan panas, sakit kepala dan ada juga sehingga dimasukkan ke hospital.

Fenomena ini juga seringkali menimbulkan kebimbangan terutama apabila melibatkan kanak-kanak atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah oleh kerana kanak-kanak sangat berisiko untuk mendapat sawan sekiranya suhu badan meningkat dan membahayakan.

Sebelum ianya melarat, admin akan kongsikan beberapa cara hilangkan suhu demam panas dan paling cepat! Tak percaya? Jom cuba.

Demam Panas Bahaya Jika Dibiarkan!

20231209 063329 0001
7 Petua Hilangkan Demam Panas dan Paling Mujarab 9

Apakah itu Demam panas?

Demam panas merujuk kepada keadaan di mana suhu badan seseorang meningkat melebihi suhu paras normal yand adalah sekitar 37⁰C (98.6⁰C). Biasanya ini disebabkan oleh tanda tubuh terhadap penyakit atau keadaan lain dan cara ini juga tubuh bertindak melawan virus, bakteria dan lain-lain. Oleh itu, dengan meningkatkan suhu untuk membantu melawan dan menghentikan pertumbuhan mereka.

Petua Mudah Hilangkan Demam Panas

Tahukah anda bahawa petua orang-orang dahulu mempunyai banyak petua yang mereka warisi dari generasi sebelumnya yang diwariskan secara turun-temurun, walaupun zaman telah berubah minat dalam petua-petua tradisional masih sangat tinggi dalam masyarakat kini, banyak orang masih menghargai dan mengamalkan petua lama untuk pelbagai perkara dari merawat penyakit khususnya demam panas. Oleh itu, petua-petua ini menawarkan alternatif semula jadi dan mudah di akses serta keberkesanan yang menyeluruh. Jangan tunggu lagi, jom cuba!

Berikut adalah beberapa petua hilangkan demam panas. Antaranya ialah:

1. Air Kelapa Muda

2 20231208 103531 0001

Air kelapa muda adalah minuman semulajadi yang diperoleh dari kelapa yang belum masak sepenuhnya. Minuman ini dikenali kerana kandungan nutrisinya yang tinggi serta memberikan kelegaan dan kesejukan pada suhu badan. Hal ini turut dibuktikan melalui kajian saintifik yang telah menunjukkan beberapa khasiat menarik berkaitan dengan air kelapa muda.

Beberapa kajian mendapati bahawa air kelapa muda mengandungi elektrolit yang membantu dalam pemulihan keletihan dan menyimbangi cecair badan. Oleh kerana kandungan kalium yang dipercayai membantu dalam menjaga kesihatan jantung sistem imun dan pencernaan. Kegunaan air kelapa muda telah dikenali secara meluas dalam rawatan turunkan suhu badan kerana air kelapa muda bersifat sejuk dan menyegarkan yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat demam.

2. Bunga Raya

7 20231208 103531 0006

Air bunga raya atau air dari bunga raya sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat demam panas, bunga raya atau Hibiscus sabdariffa mempunyai kandungan anti-radang dan antioksidan yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin c yang boleh membantu dalam meningkatkan sistem imun badan.

Untuk membuat air bunga raya di rumah, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Bahan yang Diperlukan
  1. Limau kasturi atau limau nipis (Guna apa yang ada)
  2. Daun bunga raya
  3. Lemon
Langkah-langkah
  • Sediakan mangkuk kosong dan saiznya mengikut sukatan air
  • Masukkan air dan limau kasturi
  • Basuh daun bunga raya dan letak dalam mangkuk yang sama
  • kemudian perah lemon
  • Ambil tuala kecil, celup kemudian sponging di atas kepala

Petua ini bertujuan untuk menurunkan suhu badan atau demam panas dan bahan yang digunakan sangat berfungsi meresap bahang disebabkan kepanasan.

3. Air Beras

4 20231208 103531 0003

Air beras merupakan hasil sampingan daripada proses sangai, ia terbentuk apabila beras direndam dalam air dan kemudian air tersebut diminum setelah proses sangai selesai. Air beras walaupun sering dianggap sebagai sisa sebenarnya mengandungi beberapa nutrien yang penting.

Untuk membuat air bunga raya di rumah, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Bahan yang Diperlukan
  1. Beras
  2. Air Suam
Langkah-langkah
  • Ambil segenggam beras dan sangai
  • Sangai hingga warna menjadi keperangan. Jangan sampai hangit.
  • Selesai sangai, ambil air suam dan masukkan beras. Biarkan ia sejuk dan boleh diminum air itu.

Amalkan setiap hari dapatlah menghilangkan panas dalam badan dan turunkan suhu demam panas.

4. Air Cap Badak

6 20231208 103531 0005

Air Cap Badak atau lebih dikenali sebagai air mineral Cap Badak adalah jenama air minuman yang popular di Malaysia ia dikenali sebagai sumber air minuman yang baik dan menyegarkan badan dalam keadaan panas serta menjaga hidrasi tubuh. Oleh itu, air mineral Cap Badak sangat berpotensi menghilangkan suhu demam panas dengan cepat.

5. Makanan Pedas

5 20231208 103531 0004

Percaya atau tidak bahawa makanan pedas boleh menurunkan suhu badan. Perkara ini mungkin agak pelik tetapi benar! Makanan pedas boleh menyebabkan rasa panas dan berpeluh boleh meningkatkan suhu badan sementara tetapi pada akhirnya membantu menurunkan suhu badan.

Mekanisme di sebalik ini berkait rapat dengan tindak balas badan terhadap capsaicin, bahan yang memberi rasa pedas dalam makanan pedas. Capsaicin mengaktifkan reseptor panas di mulut dan menyebabkan reaksi badan berpeluh, apabila keluar peluh dari kulit, maka proses penyejukan badan berlaku serta membantu dalam menurunkan suhu badan secara keseluruhan.

6. Buah Lemon

3 20231208 103531 0002

Banyak manfaat buah lemon di dalam rawatan demam panas, batuk atau selsema. Antaranya jiks kita menambahkan lemon ke dalam air dapat memberikan rasa yang menyegarkan dan memberi insentif kepada seorang untuk minum lebih banyak air putih kosong semasa demam. Selain itu, ia mengandungi vitamin c yang boleh membantu dalam memperkuat sistem imun dan membantu badan melawan jangkitan, sungguhpun dipercayaibahawa lemon mempunyai sifat anti-radang yang boleh bantu mengurangkan beberapa gejala demam seperti sakit tekak atau hidung tersumbat.

Untuk membuat air lemon di rumah, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Bahan yang Diperlukan
  1. Air
  2. Lemon
  3. Bunga cengkih 5 biji
  4. Kayu manis 1 batang
Langkah-langkah
  • Hiris lemon nipis-nipis dan menjadi 3 bahagian
  • Kemudian sediakan gelas dan masukkan semua bahan
  • Tuangkan air suam dan rendam.
  • Bila dah sejuk anda boleh minum

Terdapat juga air mandian lemon, tips ini dikhususkan kepada bayi dan dewasa. Caranya mudah sahaja dengan menggunakan 2 bahan.

  • 1. Air
  • Lemon

Sediakan air 1 baldi dan hiris lemon nipis-nipis, berserta perah biar menjadi jus. Selain itu, air lemon juga boleh dijadikan sponging dikepala, apakah itu sponging? Sponging iaitu lap badan dengan air lemon di ubun-ubun kepala.

Akhir sekali, semoga tips yang admin kongsikan bermanfaat untuk semua dan perlu diingat sekiranya demam panas berterusan atau terdapat gejala yang serius adalah penting untuk mendapatkan nasihat dari doktor.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati