Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JDT Juara Piala Malaysia 2023

JDT Juara Piala Malaysia 2023

JDT juara piala Malaysia 2023 untuk kali ke-4 selepas diswastakan! JDT berjaya membenam Terengganu FC yang dibarisi pemain terbaik. Perlawanan akhir itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dihadiri oleh 80,000 penyokong final bola sepak piala malaysia 2023.

Perlawanan 90 minit itu menyaksikan 4 gol berjaya dihasilkan dengan skor akhir JDT 3 – 1 Terengganu FC sekaligus memartabatkan JDT juara piala Malaysia 2023.

JDT Kekalkan Status Juara Piala Malaysia Kali ke-4

Tewaskan Terengganu FC Untuk Kekal JDT Juara Piala Malaysia 2023

JDT Juara Piala Malaysia 2023

Berlansung pada pukul 9 Malam perlawanan dimulakan dengan cuaca baik dan keadaan padang yang sekadar memuaskan. Perlawanan tersebut disaksikan ribuan penonton dari pelbagai negeri. Kejuaraan ini dicapai dan dilengkapi JDT untuk semua saingan di liga dan piala Malaysia.

Skor terakhir 3-1 menyaksikan bukti kegagahan JDT untuk mengekalkan kejuaraan tahun lalu selepas menewaskan Selangor 2-1.

Jaringan pertama oleh pasukan JDT pada minit awal perlawanan seawal minit 7 melalui sepakan penalti yang disudahi oleh Berghson Dos Santos,Penyerang sensasi JDT. Kemudianya tidak lama JDT mendahului Terengganu FC apabila Ivan Mamut berjaya mendapat dan menyudahi sepakan penalti pada minit ke – 21. Keputusan seri kekal sehingga separuh masa pertama.

Perlawanan diteruskan dengan pemain kembali cergas dan bertenaga keluar dari bilik persalinan. Asakan demi asakan kedua belah pihak lawan menyaksikan perlawanan yang sengit dan menarik untuk ditontokan. Kad kuning pula banyak dilayangkan kepada kedua belah pasukan.

Situasi padang yang tidak baik agak merencatkan permainan kedua belah lawan sehingga menyaksikan dua pemai JDT terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Corbin Ong dan Shane Lowry antara pemain yang tercededa dan digantikan oleh Syahmi Safari dan Feroz Baharuddin.

JDT Juara Piala Malaysia 2023
JDT Juara Piala Malaysia 2023

JDT lebih tampak bermain dengan baik sehingga pada akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit 72 berjaya menjaringkan gol hasil tandukan tajam pemain gantian , Feroz Baharuddin. Sekaligus menjadikan beliau sebagai “Super Sub”.

Selepas ketinggalan, Terengganu FC terus menerus melakukan serangan berbahaya dengan hasrat untuk menyamakan kedudukan namun gagal. Permainan sengit kedua pihak lawan dan pelbagai drama tercetus. Pada masa tambahan, luka semakin dalam untuk Terengganu FC apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT kerana kekasaran yang dilakukan oleh Liridon Krasniqi, pemain Terengganu kepada pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanafi.

JDT Juara Piala Malaysia 2023
JDT Juara Piala Malaysia 2023

Sepakan penalti disempurnakan oleh Arif Aiman dan menjauhkan jurang perlawanan. Beberapa minit kemudian wisel penamat dibunyikan dan JDT juara piala Malaysia 2023!

JDT Lengkapkan Kesemua Koleksi Piala Dan Kejuaraan Malaysia Tahun 2023

Rekod mengagumkan jdt berjaya mendapatkan kesemua kejuaraan liga dan saingan piala malaysia. Ini adalah merupakan rekod terbaru dalam bola sepak kerana ada lagi pasukan bola sepak yang berjaya merangkul kesemua kejuaraan secara 2 tahun berturut-turut.

Tahun 2023 menyaksikan JDT juara liga super, juara piala fa dan terbaru JDT juara piala Malaysia 2023.

Rangkuman Perlawanan Final Piala Malaysia 2023

Kesebelasan Utama Pasukan JDT Final Piala Malaysia

Di awal permainan JDT telah menurunkan barisan pemain yang terbaik untuk menghadapi barisan pemain Terengganu FC. JDT telah menbariskan kesebelasan pemain utama seperti berikut:

  • 33 SYIHAN HAZMI (GK)
  • 2 MATTHEW DAVIES
  • 4 AFIQ FAZAIL
  • 5 JORDI AMAT (K)
  • 6 HONG WAN
  • 9BERGSON
  • 14 SHANE LOWRY
  • 22 LA’VERE CORBIN-ONG
  • 37 HEBERTY
  • 42 ARIF AIMAN HANAPI
  • 45 FERNANDO FORESTIERI
Kesebelasan Utama Pasukan JDT Final Piala Malaysia

Kesebelasan Pasukan Terengganu FC Final Piala Malaysia

bagi menyaingi kekuatan pemain jdt pasukan Terengganu FC telah membariskan barisan pemain bintang mereka. Berikut adalah senarai kesebelasan utama pemain Terengganu FC:

  • 38 SUHAIMI HUSIN
  • 5 SHAHRUL NIZAM
  • 6 AZAM AZMI
  • 7 IVAN MAMUT
  • 10 HABIB HAROON (K)
  • 11 SONY NORDE
  • 22 ENGKU NUR SHAKIR
  • 24 SAFWAN MAZLAN
  • 32 UBAIDULLAH
  • 69 NOR HAKIM HASSAN
  • 97 NURILLO TUKHTASINOV
Kesebelasan Utama Pasukan Terengganu FC Final Piala Malaysia
JDT Juara Piala Malaysia 2023 8

Keadaan Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Bikin Hambar Perlawanan

Kedua-dua belah pihak pasukan mengakui terkesan dengan padang yang mana dalam keadaan baik selepas konsert “Coldplay” sebelum ini. Walau bagaimanapun pihak stadium telah meminta maaf dan mengakui bahawa keadaan padang tidak memuaskan tetapi perlawanan tetap diteruskan di dalam stadium tersebut.

Dengan kehadiran seramai 80,000 penyokong yang datang daripada pelbagai negeri memeriahkan keadaan stadium yang sebelum ini sudah lama sunyi sepi tanpa penyokong. Malam yang rancak untuk menyaksikan JDT juara piala malaysia 2023, walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan terengganu fc yang berjaya memberi saingan sengit kepada JDT.

Pengadil Final Piala Malaysia 2023 Didakwa Bias

Pengadil Final Piala Malaysia 2023 Didakwa Bias
Pengadil Final Piala Malaysia 2023 Didakwa Bias

Di dalam perlawanan tersebut kualiti pengadil utama perlawanan, S. Logeswaran dikritik oleh pelbagai pihak kerana beberapa keputusan yang tidak wajar yang dilakukan oleh pengadil perlawanan. Beliau berjaya menjadi tumpuan utama oleh penyokong kedua-dua pihak. Ada yang mendakwa bahawa kekasaran yang dilakukan pemain sepatutnya dikenakan kad merah namun hanya menerima kad kuning sahaja.

Selain daripada pengadil utama di kritik , pembantu pengadil juga turut sama menimbulkan rasa tidak puas hati dengan kualiti pengadilan perlawanannya. Ada juga dakwaan bahawa pengadil perlawanan sangat bias kepada pasukan jdt dan memberi beberapa kelebihan. Namun perlawanan sudah tamat maka kedua belah perpihak penyokong perlulah berlapang dada dan menerima dengan hati yang terbuka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati