Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Mencegah dan Merawat Diabetes dengan 11 Herba Tradisional

diabetes 2
Mencegah dan Merawat Diabetes dengan 11 Herba Tradisional 16

Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula darah (blood sugar) yang terlalu tinggi. Hal ini adalah kerana organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membawa gula (glukosa) berlebihan ke dalam sel badan bagi penukaran kepada tenaga. Akibatnya, kandungan gula menjadi tinggi dalam darah pesakit diabetes.

herba-diabetes

Diabetes Penyakit Kronik

Hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 melaporkan prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. Malaysia mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

gula darah

Jenis-Jenis Diabetes

Tahukah anda, penyakit diabetes boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Diabetes Jenis 1Diabetes Jenis 2
Berpunca daripada kondisi autoimun iaitu sistem keimunan menyerang dan menghapuskan sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin.Berpunca akibat badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula darah.
Keadaan autoimun mungkin disebabkan faktor genetik, persekitaran dan jangkitan virus.Keadaan ini dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti obesiti, pemakanan tidak seimbang dan tidak aktif selain disebabkan oleh faktor genetik dan umur.

Bahaya Diabetes

Penyakit ini meningkatkan risiko kerosakan dan gangguan pada kulit, mata, jantung, saraf, ginjal dan kaki. Diabetes juga dipercayai menjadi penyebab kepada kanser tertentu. Oleh itu, pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat harus diamalkan bagi mengelakkan diri daripada menghidap penyakit ini.

Bagi penghidap diabetes pula, penyakit ini boleh dikawal dengan ubat antidiabetes (jenis tablet), suntikan insulin dan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan kaedah alternatif dan komplementari untuk mengawal diabetes.

diabetes insulin

Kaedah Merawat Diabetes

Kaedah alternatif dan komplementari semakin mendapat tempat dalam kalangan pengamal perubatan dan pesakit diabetes. Perubatan alternatif adalah terapi yang diamalkan untuk menggantikan perubatan moden manakala komplementari pula adalah terapi yang diamalkan bersama dengan perubatan moden.

Kajian-kajian lepas telah menunjukkan sayur dan herba tradisional seperti peria katak, mas cotek, halba, pegaga, hempedu bumi, mengkudu, daun kari, aloe vera, daun mangga, ginseng dan misai kucing mampu mengawal diabetes. Antara kelebihannya adalah seperti berikut:

  • meningkatkan rembesan insulin oleh pankreas.
  • meningkatkan sensitiviti insulin.
  • memelihara sel-sel pankreas daripada tekanan oksidatif.
  • menggalakkan pengambilan gula oleh sel-sel badan.
  • mempercepatkan pemindahan gula dari darah ke dalam sel badan untuk dijadikan tenaga.
  • mengurangkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah.
  • merencat penghasilan gula oleh hati.

Cara-Cara Pengambilan

peria katak

Peria katak: Secara lazimnya, ianya dimasak sebagai lauk. Namun, sayur ini juga boleh dikisar menjadi jus minuman atau diambil secara mentah sebagai ulam.

1 1

Mas cotek: Daunnya diambil, dikeringkan dan direbus. Air rebusannya diminum.

2

Halba: Dinasihatkan untuk mengambil lebih kurang 5-30g tiga kali sehari atau 15-90g sekali sehari.

3

Pegaga: Boleh dijadikan sebagai sebagai ulam-ulaman atau jus minuman. Kini zat pegaga juga mudah didapati dalam bentuk kapsul di pasaran.

4

Hempedu bumi: Meminum air rebusan atau memakan daunnya yang segar sebagai ulaman. Boleh didapati dalam bentuk kapsul yang dijual di pasaran.

5

Mengkudu: Diambil dengan cara memakan buahnya atau boleh juga dikisar untuk mendapatkan jusnya.

6

Daun kari: Memakan pucuk daun kari sebagai ulam selama tiga bulan tanpa perlu memasak atau merebusnya.

7

Aloe vera: Ekstrak aloe vera boleh diperoleh dengan membelah aloe vera tersebut. Ekstrak yang berupa gel boleh dicampur dengan air masak dan kemudian diminum.

8

Daun mangga: Boleh direbus terlebih dahulu. Air rebusan ditapis dan diminum pada waktu pagi sebelum sarapan. 

9

Ginseng: Ianya direbus untuk mendapatkan airnya yang dijadikan teh herba.

Untitled design

Misai kucing: Daun misai kucing diambil dan direbus. Air rebusan dibuat sebagai minuman teh pada waktu pagi.

Peringatan

Sebelum mengamalkan 11 herba ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu. Ini adalah kerana meskipun herba-herba ini terbukti mengawal paras gula dalam darah, namun dikhuatiri menyebabkan kesan sampingan lain. Selain itu, bergantung kepada nasihat doktor, anda mungkin perlu mengubah dos ubat moden agar paras gula tidak turun terlalu rendah (hipoglisemia) apabila mengamalkan rawatan alternatif.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin menggunakan rawatan alternatif selain perubatan moden dalam mengawal diabetes. Selamat mencuba!

Soalan FAQs Berkenaan Diabetes

Apakah itu diabetes?

Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula darah (blood sugar) yang terlalu tinggi.

Apakah organ yang menghasilkan insulin?

Pankreas merupakan organ yang bertanggungjawab menghasilkan insulin.

Nyatakan fungsi utama insulin.

Insulin embawa gula (glukosa) ke dalam sel badan bagi penukaran kepada tenaga.

Senaraikan herba yang boleh merawat diabetes.

Herba tradisional seperti peria katak, mas cotek, halba, pegaga, hempedu bumi, mengkudu, daun kari, aloe vera, daun mangga, ginseng dan misai kucing mampu merawat diabetes.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum mengamalkan herba-herba ini?

Kita perlu mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu untuk mengetahui risiko atau kesan sampingan yang boleh berlaku.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati