Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya

cirit birit 1
7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya 6

Setiap orang daripada kita semestinya pernah mengalami cirit birit. Terutamanya di bulan puasa ini, cirit birit adalah perkara biasa. Tidak mengira umur, sesiapa sahaja boleh mengalami cirit birit sama ada cirit birit biasa atau tahap teruk. Jika anda mengalami cirit birit anda mungkin tersalah makan, atau campuran makanan yang anda makan tidak sesuai dengan keadaan perut anda pada masa itu atau beberapa lagi penyebab cirit birit lain seperti jangkitan. Artikel kali ini bertujuan untuk menerangkan apakah itu cirit birit, punca cirit birit, tanda-tanda cirit birit pada dewasa dan kanak-kanak serta makanan yang boleh menghentikan cirit birit serta merta.

Apakah itu Cirit Birit?

Cirit birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair. Oleh itu definasi cirit birit adalah apabila kita mengeluarkan najis yang lembut atau berbentuk cecair melebihi tiga kali setiap hari. Ia berlaku apabila usus kita tidak dapat menyerap cecair yang kita makan atau minum dengan sebaiknya atau usus kita mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga usus akibat keradangan atau jangkitan kuman.

Penyakit cirit birit merupakan masalah kesihatan yang lazim dan biasa dialami setiap orang. Kebanyakan orang akan mengalami kekerapan cirit birit iaitu setidak-tidaknya sekali atau dua kali setahun. Cirit birit bukanlah penyakit yang serius. Ia akan hilang dalam tempoh 1-2 hari dengan sendirinya. Komplikasi kepada cirit birit adalah dehidrasi. Jika anda mengalami cirit birit anda terdedah kepada dehidrasi.

Punca-punca Cirit Birit

Jangkitan kuman seperti bakteria, parasit dan virus boleh menyebabkan cirit birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Pada 2009, WHO telah mengisytiharkan cirit birit adalah penyebab kematian kedua di kalangan kanak-kanak and penyebab kematian sebanyak 1.5 juta kanak-kanak di dunia. Penyakit cirit birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah :

1. Jangkitan kuman seperti virus, bakteria dan parasit
2. Alahan makanan
3. Ubat-ubatan
4. Pengawet makanan
5. Bahan kimia dalam makanan
201003786 2964829443806908 6810046260817328283 n
7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya 7

Tanda-tanda Cirit Birit Teruk

Cirit birit didefinasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Cirit birit yang teruk akan menyebabkan gejala berikut :

  1. Sakit perut yang kuat
  2. Loya dan muntah
  3. Demam
  4. Kekembungan
  5. Rasa lemah (akibat kekurangan air) adalah tanda bahaya.

Jika anda kerap cirit birit, tubuh anda mengalami kekurangan air atau dehidrasi. Kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) juga menyebabkan :

  1. Rasa haus
  2. Tidak bertenaga
  3. Kurang buang air kecil
  4. Pening kepala
  5. Kulit menjadi kering
80119174 2997113070322173 2206468280711905280 n
7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya 8

Tanda-tanda Cirit Birit Pada Kanak-kanak

Kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi jika mengalami cirit birit. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
  • Demam panas
  • Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
  • Mulut kering atau menangis tanpa air mata
  • Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
  • Perut, mata atau pipi yang cengkung
  • Kulit yang tidak tegang atau tidak kembali ke asal sekiranya dicubit.

Jika cirit birit yang bertambah teruk ia boleh mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan jika najis mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Makanan Menghentikan Cirit Birit

Jika anda ingin cepat sembuh dan menghentikan cirit birit dengan serta merta, ada beberapa makanan yang dapat membantu mengurangkan simptom cirit-birit.

Antara makanan yang boleh menjadi ubat cirit birit ialah:

Makanan Menghentikan Cirit Birit
1. Pisang: Buah ini mengandungi potasium yang dapat membantu menggantikan sebarang nutrisi yang hilang daripada badan.
2. Sup ayam: Mulakan makanan yang banyak air boleh mengelakkan dehidrasi
3. Bubur nasi: Makanan yang lembut, dan suam sesuai untuk cirit birit. Makan dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan sistem pencernaan terbeban.
4. Oat: Makanan lembut boleh mengawal najis cair dan membantu pencernaan.
5. Yogurt (probiotik): Jika mengalami cirit-birit yang kronik, contohnya pesakit IBS, boleh amalkan suplemen probiotik.
6. Air kelapa : Pengambilan cecair yang banyak amat penting untuk memastikan pesakit cepat sembuh.
7. Minuman isotonik: Minuman yang menyeimbangkan elektrolit dalam darah. Penghidap cirit-birit perlu minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
178698083 3827803387269168 81369783491074971 n
7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya 9

Kebanyakan kes cirit ­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit ­birit, anda boleh lakukan perkara berikut:

1. Minum banyak air.
2. Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
3. Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
4. Elakkan kafein dan alkohol.
128564710 1701760376655560 3503029565350278034 n
7 Makanan yang Menghentikan Cirit Birit Secepat Mungkin Dan Rawatannya 10

Soalan FAQs Berkenaan Cirit Birit

Apakah itu cirit birit?

Cirit-birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair.

Apakah tanda cirit birit sudah tahap bahaya?

Jika najis mengandungi darah dan demam panas

Siapakah berisiko mengalami cirit birit?

Semua peringkat umur.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati