Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong RISDA Disember 2023

Jawatan Kosong RISDA Disember 2023

Permohonan jawatan kosong RISDA Disember 2023 telah dibuka untuk orang ramai. Pihak RISDA mencari individu yang berminat serta berbakat bagi menyembang tenaga kerja di bawah organisasi mereka. Sehubungan itu, pihak RISDA menyeru kepada anda semua untuk segera melakukan permohonan.

Melalui pengumuman jawatan kosong RISDA Disember 2023 ini akan memberi ruang dan peluang untuk anda dalam membuat permohonan di bawah sektor kerajaan dan mereka yang berjaya akan ditempatkan segera di lokasi yang telah ditetapkan. Dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tawaran kerja ini dengan lebih lanjut di bawah.

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA Disember 2023

RISDA Buka Pengambilan

image 448

Risda adalah merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan hal ehwal yang melibatkan urusan pekebun kecil mendapat peruntukan dan manfaat serta memastikan penghasilan industri pertanian mereka berkembang maju dan menguntungkan negara malaysia.

Selaku agensi yang memainkan para penting pihak RISDA sentiasa memerlukan pekerja yang berkaliber serta amanah dengan tanggungjawab. Kini jawatan kosong RISDA Disember 2023 dibuka kepada umum bagi memastikan kelancaran progress harian kerja mereka berjalan lancar.

Maklumat Lengkap Berkenaan Jawatan Kosong

Untuk anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tawaran jawatan kosong yang dibuka oleh RISDA boleh merujuk kepada jadual di bawah:

Jawatan-PERSONEL MySTEP (PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
-PERSONEL MySTEP (PEMBANCI)
KelayakanLepasan SPM
Kadar UpahRM1,700
PenempatanBahagian Pentadbiran,
Bahagian dasar dan Perancangan Strategik,
Ibu Pejabat Risda
Tempoh Lantikan1 Tahun
Kemduahan yang DisediakanCuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan PERKESO

Tarikh Tutup Permohonan

Pengambilan disember ini dibuka bermula 21 disember 2023 dan permohonan akan ditutup pada 29 disember 2023 .

Sehubungan itu diminta kepada para pemohon yang berminat untuk membuat permohonan adalah perlu mengemukakan permohonan beserta resume dan dokumen-dokumen penting yang diperlukan oleh pihak majikan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Bagi membuat permohonan adalah perlu para calon memastikan untuk menepati syarat-syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Mempunyai Sijil Digital Vaksinasi Covid-19
  4. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
  5. Keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dan kemahiran dalam perisian Microsoft Office
    (Word, PowerPoint, Excel ) dan menggunakan sistem Data (SPSS)

Panduan Membuat Permohonan Jawatan Kosong

Siaran Iklan Rasmi RISDA

image 447
Jawatan Kosong RISDA Disember 2023 4

Pihak RISDA telah menyediakan pautan siaran iklan rasmi untuk dijadikan rujukan yang sahih dan perlu diikuti oleh calon bagi membuat permohonan kerja yang mengikuti etika yang ditetapkan. Anda boleh membuat semakan dengan lebih lanjut melalui fakta yang kami sediakan di bawah:

Perenggan 10 Cara mohon kerja kosong

Tawaran jawatan kosong RISDA Disember 2023 kali ini dibuka di laman permohonan kerjaya my future job yang boleh anda lakukan permohonan secara atas talian sahaja dengan mengikuti cara-cara seperti kami sediakan di bawah:

  1. Sila layari laman myfuturejob yang rasmi
  2. Anda perlu log masuk sekiranya sudah mempunyai akaun dan bagi yang tiada akaun anda boleh mendaftar akaun baharu terlebih dahulu.
  3. Buat carian dengan menaip RISDA.
  4. Kemudian paparan peluang pekerjaan RISDA akan dipaparkan.
  5. Semak terlebih dahulu senarai jawatan kosong yang disediakan.
  6. Setelah anda berpuas hati sila klik mohon untuk langkah yang seterusnya.
  7. Pastikan maklumat butiran diri serta resume dan dokumen telah dimuat naik ke dalam akaun rasmi anda.
  8. Anda boleh membuat pengesahan permohonan dengan mengikuti arahan yang telah diberikan

Hubungi Pihak RISDA

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

  • En Zulkifli Bin Adnan
    No Tel Pejabat : 03-42564022 (ext : 565)
  • En Wan Muhammad Hazem Bin Moh Yusoh
    No Tel Pejabat : 03-42564022 (ext : 606)

Permohonan jawatan kosong RISDA Disember 2023 anda kini telah selesai. Urusan seterusnya adalah menunggu maklum balas daripada pihak majikan dan anda boleh membuat persiapan yang lebih rapi bagi urusan temuduga dan pengambilan kerja. Diharapkan permohonan anda berjaya dan diucapkan selamat maju jaya!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati