Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama

Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama
Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama 6

Ramai yang mengenali acar kerana acar boleh dianggap sebagai hidangan tradisional masyarakat Malaysia sejak dari dahulu lagi. Hidangan acar amat terkenal dihidangkan di mana-mana kenduri sebagai lauk pauk yang sihat untuk dihidang kepada para tetamu.

Jom kita amalkan pemakanan acar dengan kerap yang mana ianya memberi pelbagai khasiat dan penyediaannya adalah mudah dengan resipi-resipi yang kami sediakan untuk anda. Boleh rujuk maklumat lebih lanjut mengenai kelebihan dan cara penyediaan acar yang pelbagai.

Kelebihan dan Kebaikan Hidangan Acar

Apakah itu Acar?

image 452
Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama 7

Acar adalah merupakan sayur-sayuran yang ditapai serta diproses melalui rendaman dalam air yang mengandungi campuran garam dan cuka. Di dalam acar juga dicampur sayur yang digunakan sebagai bahan jeruk seperti timun. lobak merah cili dan juga bawang merah. 

Kebiasaan sayuran direndam dalam larutan garam dan juga selama beberapa hari atau sehingga seminggu, Ianya bertujuan bagi menghasilkan bakteria yang baik dipanggil sebagai bakteria asid laktik. Asid laktik inilah yang menghasilkan perasa masam dan segar pada jeruk.

Manfaat Acar untuk Kesihatan

Pemakanan acar adalah jenis pemakanan yang sihat yang mana ianya terkandung banyak khasiat. Makanan yang berasaskan sayuran ini mempunyai khasiat yang begitu banyak seperti dibawah:

  • Air: 91.4 gram.
  • Serat: 1.2 gram.
  • Gula: 1.06 gram.
  • Natrium: 1.2 gram.
  • Fosforus: 14 mg.
  • Beta-karotena: 81 mcg.
  • Magnesium: 4 mg.
  • Folat : 4 mg.
  • Vitamin C: 1 mg.
  • Kolin: 3.6 mg.
  • Vitamin K: 47 mcg.

Acar timun ini juga mengandungi Probiotik yang berasal daripada bakteria asid laktik. Selain itu, dengan menggunakan cili dan juga lobak merah anda akan mendapat tambahan vitamin C yang baik untuk kesihatan. 

Himpunan Lengkap Resepi Acar Sedap dam Rangup

Terdapat banyak resepi mengenai arca yang menarik untuk anda lakukan dan mencuba nya di rumah. Dengan pelbagai inovasi dan kreativiti yang telah dilakukan oleh masyarakat kita adanya resepi yang mudah untuk kita amal dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja!

Berikut adalah perkongsian mengenai himpunan resepi acar untuk anda:

Resepi Acar Timun Rangup

image 450
Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama 8

Perkongsian resepi acar yang sangap mudah dimana hanya perlu 10 minit untuk siap!. Berikut adalah cara-carannya.

Sediakan 3 jenis bahan:

  • Bahan A:
    • Secekup biji sawi
    • Halia dimayang (potong nipis)
    • Cili merah dan hijau (dibelah tanpa putus)
    • Bawang kecil dan bawang putih (dibuang kulitnya, biarkan sebiji-sebiji).Kemudian dipotong memanjang nipis.
    • Timun, tidak perlu dibuang kulitnya (dipotong beberapa bahagian kemudian bahagian yang dipotong dikerat kepada 4 bermakna di tengahnya itu dibuang jangan digunakan)
    • Lobak (dibuang kulit dan potong memanjang macam lidi mancis)
  • Bahan B:
    • Cili kering yang telah direbus dan dicuci bersih
    • Halia
    • Bawang merah
    • Bawang putih
    • Kunyit hidup
  • Bahan C:
    • Cuka
    • Serbuk perasa (pilihan)
    • Gula
    • Garam jika perlu baru tambah kerana sudah ditambah di bahan A.

Cara penyediaan:

  1. Bahan A digaul bersama garam secukup rasa, kemudia biarkan sebentar bagi keluarkan air dari timun. Lalu toskan air tersebut.
  2. Bahan B dikisar dengan halus dan ditumis sehingga garing.
  3. Masukkan bahan C dan dimasak sehingga pekat.
  4. Akhir sekali, boleh masukkan bahan A lalu digaul rata sebelum tutup api dapur gas.
  5. Acar siap untuk dihidang dan rasanya rangup!

Resepi Acar Timun Sarawak Tahan Lama

image 449
Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama 9

Bahan-Bahan:

  • 1kg timun – potong 4-5 bergantung pada saiz timun. (buang empulur tengah dan hiris panjang. Rendam dengan garam dan air ais- Jangan hiris terlalu nipis)
  • 2 batang lobak merah – potong nipis dan hiris panjang.

Bahan Kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sdm udang kering – rendam dulu
  • 2 biji buah keras

    (A)
  • 1-2 sudu cili giling
  • 1/3 sudu serbuk kunyit
  • Minyak secukupnya untuk menumis

    (B)
  • Garam sedikit
  • Gula pasir dan gula merah secukup rasa
  • Cuka anggaran 1 sudu makan – bergantung pada cuka
  • 1 sdm cili sos
  • 1 biji cili merah – hiris halus

    (C)
  • Sedikit bijan – sangai kuning

Tip penyediaan:

  • Timun yang telah di rendam tadi di toskan kemudian di perah menggunakan kain kasar yang bersih. Perah jangan terlalu kering kerana nanti ianya akan di jemur lagi.
  • Tabur atas talam dan jemur selama 1-2 jam bergantung pada cuaca. (jangan jemur terlalu kering)
  • Manakala lobak merah juga di jemur sehingga layu sahaja.
  • Apabila sudah siap semua di jemur baru bermula sesi menumis

Cara-Cara:

  1. Tumis bahan A sehingga garing dan masuk bahan kisar. Tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  2. Kecilkan api dan masukkan bahan B, kacau sebati dan rasanya secukupnya.(Lebihkan manis dan ada rasa masam sedikit)
  3. Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati dan biarkan ianya masak dan pekat. (kalau terlalu pekat tambah air sedikit)
  4. Rasakan lagi manisnya, sekiranya kurang manis tambah lagi gula merah sehingga cukup rasa dan tutup api. Masukkan bahan C dan kacau sebati.
  5. Hidangan anda siap!

Resepi Acar Timun Mentah

image 453
Himpunan Resepi Acar Timun Rangup dan Acar Timun Sarawak Tahan Lama 10

Terdapat perbezaan bagi jenis resepi ini. Berikut adalah cara penyediaannya dibawah:

Bahan-Bahan:

  1. Lobak merah
  2. Cili merah
  3. batang Timun
  4. 1/2 biji bawang besar
  5. 3 sudu besar cuka makan
  6. 1 sudu besar gula
  7. 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  • Potong setengah batang timun dan juga lobak merah secara memanjang. Timun itu perlu dibuang bijinya supa terasa rangup apabila dimakan.
  • Hiriskan bawang merah secara nipis-nipis serta sedikit cili merah.
  • Sediakan air campuran gula, garam dan cuka.
  • Satukan semua bahan sayur tadi dan gaul biar sekata lalu biarkan selama 30 minit atau lebih baru dimakan.
  • Hidangan siap untuk dihidang!

Soalan FAQs Berkenaan Acar

Apakah bahan utama pembuatan acar?

Bahan utamannya adalah timun dan cuka.

Untuk berapa orang hidangan ini?

Hidangan ini sesuai untuk 4-5 orang

Bagaimanakah rasanya?

Ia terasa masam dan manis.

Bolehkah ia disediakan dengan mengurangi gula?

Ia boleh. Anda boleh mengambil langkah yang sesuai dengan anda.

Berapa lamakah ia boleh bertahan?

Sekitar 3 hari kebiasaannya bergantung pada kaedah penyimpanan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati