Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Sedih Gaji Imam Murah Dibayar, Netizen Minta Pengurusan Masjid Ditukar

Gaji imam murah
Sedih Gaji Imam Murah Dibayar, Netizen Minta Pengurusan Masjid Ditukar 6

Tular di media sosial isu gaji imam murah yang menjadi tumpuan orang ramai. Ramai yang tidak berpuas hati kerana gaji imam murah dibayar oleh pengurusan masjid. Bahkan bayarannya tidak akal kerana hanya dibayar tiga angka sahaja sebulan. Bagaimana seorang imam boleh menguruskan kehidupan dengan gaji yang dibayar sekecil itu? 

Isu Gaji Imam Murah dan Penjelasannya

Perkongsian Cerita Sebenar Dari Imam

Pemilik akaun Facebook yang bernama, Amin Sarif Telah menggemparkan negara Malaysia dengan kenyataannya mengenai gaji seorang imam yang digaji oleh masjid yang beliau menjadi imam. Beliau telah menjelaskan bahawa masjid beliau bukanlah masjid yang terkenal seperti masjid MADAD dan masjid-masjid lain.

415348273 7217433018278231 4101211411438843553 n
Gaji imam murah

Beliau berkata kutipan masjid akan dikemaskini sehingga bulan jun dan beliau bukanlah sebahagian pengurusan masjid dan tidak mempunyai hak dalam pengurusan. Namun, beliau berbicara dan mengajak masyarakat untuk menilai sendiri. Beliau tegaskan bahawa beliau hanya ditugaskan untuk memimpin solat lima waktu secara berjadual. 

Ramai yang sangka menjadi imam adalah mudah kerana hanya bertugas waktu solat dan mempunyai banyak masa lapang tapi apabila hal masjid kebiasaannya orang ramai akan mencari imam. Beliau menyenaraikan bahawa orang ramai memerlukan imam apabila:

  • Ada orang meninggal dunia
  • Ada orang susah memerlukan bantuan
  • Dan lain-lain lagi

Beliau mengatakan bahawa imam cuba memenuhi keperluan masyarakat. Namun, siapa yang akan memenuhi keperluan seorang imam? Ramai yang menyangka bahawa gaji beliau adalah RM3000 sedangkan hanya 3 angka sahaja. Bahkan 1000 pun tidak cecah apabila tiba tahun baru nanti. 

Beliau meletakkan gambar papa kenyataan mengenai kutipan derma bagi masjid dan meter masyarakat untuk menilai sendiri. Persoalan disini adalah adakah patut gaji imam murah dan tidak dapat memenuhi keperluan harian? 

image 493
Gaji imam murah

Mindset Netizen yang Suruh Ikhlas Imam Tidak Perlu Gaji Mahal

Berikutan tular Mengenai posting tular beliau banyak netizen yang memberi sokongan dan dorongan serta nasihat bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Namun, terdapat juga netizen yang menyuruh imam untuk tidak memperkirakan gaji yang diberikan oleh masjid dan disuruhnya pula untuk berlaku ikhlas.

image 494

Kononnya kerana bekerja kerana Allah dan tidak memerlukan gaji yang tinggi. Ini adalah tidak patut kerana seorang imam juga adalah manusia biasa dan memerlukan duit bagi meneruskan kehidupan harian. Kita perlu mengambil kira juga aspek kehidupan seorang imam dan komitmen, Imam juga berhak mendapat hak imam sendiri.

Masalah Dalam Institusi Masjid Punca Gaji Imam Murah

Berkenaan isu gaji imam murah juga ditimbulkan kerana adanya ahli jawatankuasa yang tidak mempunyai perancangan yang rapi serta penetapan yang jelas bagi keperluan seorang imam. Bagaimana seorang imam itu dibayar dengan harga yang murah gajinya walhal beliau memainkan peranan penting bagi institusi masjid.

Tugas imam adalah ibarat ketua kampung yang bertanggungjawab kepada masyarakat setempat. Betul dakwaan mengenai seorang imam menguruskan pelbagai urusan daripada perkara kehidupan sehingga perkara kematian.

Terdapat juga pendapat bahawa ahli jawatankuasa yang dipegang oleh golongan tua tidak menguruskan dengan baik serta terlepas pandang dengan perkara-perkara penting. Ada juga yang mengatakan bahawa golongan tua adalah keras dan tidak mengikut neraca yang betul.

Contohnya apabila terdapat kutipan masjid yang tinggi namun tidak digunakan bahkan dibiarkan disimpan sahaja sedangkan derma orang ramai adalah perlu digunakan untuk kepentingan dan kebaikan bersama. 

Ulasan dan Pandangan Dari Seorang Pempengaruh, Cikgu Fadhli Salleh

Berikutan posting yang viral daripada seorang imam, cikgu Fadhli Salleh tampil untuk memberi pandangan. Pertamanya, beliau merasa sedih kerana adanya gaji imam murah.

Cikgu MFS juga mengatakan bahawa hanya pihak pengurusan masjid yang menentukan kegunaan duit derma orang ramai. Elaun imam yang rupanya tidak siapa tahu RM1000 amatlah menyedihkan dan beliau memberi persoalan kenapa dibayar dengan murah pada orang yang menjaga agama.

image 495

Program yang dianjurkan dan diajak artis untuk nyanyian sanggup dibayar puluhan ribu walaupun hanya datang untuk 3 hingga 4 jam sebagai hiburan. Sedangkan seorang imam yang lima waktu sehari dan pimpina orang ramai, urusan talil, kematian dan lain-lain hanya dibayar di bawah seribu sebulan.

Kalau imam, ustaz letak bayaran, dikata tunggang agama. Bila diam dan redha berapa diberi, dianiaya golongan ini bagai mereka tak berhak apa pun. Diberi nilai yang tak cukup dan tidak sepadan.Bila ada satu dua imam/ustaz berbunyi, terus kena dicop tidak ikhlas. Mentaliti ini kena ubah, ujar beliau.

Berilah saguhati dan sumbangan lebih pada imam, ustaz, penceramah yang sudi ajar kita ilmu akhirat, yang cuba sedaya mungkin pimpin kita ke syurga Allah taala.

Saranan dan Cadangan Dari Cikgu Mohd Fadhli Salleh

Cikgu Mohd SallehJuga mengatakan bahawa telah tiba masa untuk kita mengangkat kedudukan seorang imam bilal siap masjid di seluruh negara malaysia. Perlu diwujudkan skim gaji yang khusus serta selaras bagi golongan ini. Perlu juga ada kenaikan tahunan serta elaun dan juga slip gaji yang diakui bagi mereka untuk membuat pinjaman pembelian rumah kereta dan lain-lain.

Skim gaji ini dibayar terus oleh kerajaan pusat/kerajaan negeri. Contoh :

  • Gaji imam : RM2,000
  • Elaun pelbagai : RM500
  • Kenaikan tahunan : RM100 setahun
  • Elaun tambahan : minima RM100, maksima RM500 berdasarkan kutipan bulanan tabung masjid. Diperkirakan melalui tabung masjid.

Ulasnya lagi perlu memuliakan pekerjaan yang menjaga agama allah ini dan berikan mereka hak yang sepatutnya seorang sesuai dengan kos sara kehidupan semasa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati