Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong PPZ Januari 2024

Jawatan Kosong PPZ Januari 2024

Makluman terkini jawatan kosong PPZ Januari 2024 dibuka untuk permohonan orang ramai. Untuk pengetahuan kepada semua, Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan kadar segera dan secara atas talian sehingga tempoh permohonan akan ditutup.

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian untuk memohon jawatan kosong PPZ Januari 2024 yang menawarkan pelbagai tawaran kerja yang menarik serta menawarkan gaji yang berpatutan untuk anda mulakan kerjaya di bawah majikan yang terkenal.  

Pengumuman Jawatan Kosong PPZ Januari 2024

PPZ adalah pusat pungutan zakat yang memainkan peranan penting bagi wilayah persekutuan dalam urusan menjaga kebajikan para asnaf dan berkepentingan dalam menjaga umum serta menguruskan hasil pungutan zakat daripada masyarakat dengan baik secara profesional.

image 496

Peluang kerjaya telah dibuka oleh PPZ melalui iklan jawatan kosong di PPZ Januari 2024 yang bakal menempatkan pengisi-pengisi jawatan baru dalam urusan pentadbiran pihak PPZ . Tanpa berlengah masa para calon boleh meneliti beberapa maklumat seperti yang disediakan dari bawah sehingga cara permohonan yang paling calon boleh ikuti.

Maklumat Tawaran Kerja di PPZ

Pengambilan jawatan kosong PPZ Januari 2024 mempunyai tawaran kerja yang banyak seperti yang kami sediakan dalam maklumat jadual di bawah. Selepas dari itu para pemohon boleh menyemak maklumat lebih lanjut dan mengetahui cara permohonan bagi pengambilan bulan Januari:

  • Jawatan Kosong:
    • PENOLONG EKSEKUTIF / EKSEKUTIF PEMBANGUNAN WEB DAN APLIKASI
    • EKSEKUTIF ZAKAT
    • PENOLONG EKSEKUTIF/ EKSEKUTIF MEDIA BAHARU
    • EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT
    • EKSEKUTIG HUBUNGAN STRATEGIK
    • KERANI AM
  • Taraf Jawatan :
    • Tetap/Kontrak
  • Majikan :
    • Pusat Pungutan Zakat WP

Para calon boleh meneliti terlebih dahulu beberapa maklumat bagi membuat permohonan. Pastikan anda mengikuti rapat perkembangan daripada pihak majikan dan dapatkan maklumat permohonan rasmi seperti yang kami sediakan dibawah.

Tempoh Permohonan Dibuka

Bagi permohonan PPZ perlu membuat permohonan dengan kadar segera dan hendaklah dibuat permohonan sebelum 12 Januari 2024 yang mana permohonan akan ditutup pada tarikh tersebut. Oleh itu para calon perlu membuat permohonan dengan penghantar ke alamat yang telah disediakan.

Syarat Kelayakan Permohonan Kerja PPZ

Bagi membuat permohonan terdapat syarat kelayakan untuk mohon kerja bagi jawatan kosong PPZ Januari 2024 yang para pemohon perlu penuhi. Berikut adalah senarai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PPZ: 

  • Kelulusan sekurang-kurangnya SPM, Diploma dan Ijazah.
  • Berpengetahuan dan berpengalaman dalam perkeranian.
  • Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint).
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.
  • Komited dan bekerja dalam pasukan.
  • Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

Panduan Permohonan Jawatan Kosong PPZ Januari 2024

image 497
Jawatan Kosong PPZ Januari 2024 4

Sebelum membuat permohonan diminta kepada para pemohon untuk membuat semakan iklan jawatan kosong PPZ Januari 2014 yang mana boleh dibuat dengan semakan dengan lebih lanjut dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh PPZ . Berikut adalah pautan untuk iklan jawatan kosong PPZ :

Bagi langkah permohonan pula, para pemohon perlu menghantar permohonan sebelum 12 Januari 2024 dan bertindak kadar segera dengan maklumat diri dan rujukan permohonan yang diiktiraf. Anda juga boleh membuat permohonan dengan cara formal dan pastikan resume anda adalah lengkap dan kemaskini terbaru.

Kaedah Permohonan Bagi Jawatan PPZ

Calon-calon yang berminat sila sediakan permohonan yang lengkap dangan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada alamat dibawah:

Unit Sumber Manusia,
Pusat Pungutan Zakat MAIWP,
Wisma PPZ 68-1-6, 
Dataran Shamelin Jalan 4/91, 
Taman Shamelin Perkasa 
56100 Kuala Lumpur 

atau email ke
[email protected]

Diminta kepada para calon untuk membuat permohonan kerja dengan betul berdasarkan langkah-langkah yang disarankan. Untuk calon yang berjaya dipanggil, perlu membuat persiapan yang cukup. Pastikan urusan temuduga anda berjalan lancar dan dapat berlalu dengan baik.

Terdapat bebebrapa perkara yang boleh anda ambil cakna:

  • Maklumat mengenai Pusat Pungutan Zakat
  • Kefahaman yang jelas mengenai tawaran jawatan yang dipohon.
  • Perlu menggunakan komunikasi yang baik dan formal.
  • Tunjukkan keyakinan diri yang baik dan jitu.

Semoga dipermudahkan urusan anda semua para pemohon!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati