Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Garis Panduan Pakaian Seragam Sekolah 2024 Baharu Oleh KPM

Pakaian Seragam Sekolah 2024

KPM telah umum pakaian seragam sekolah 2024 dimana murid akan dikenakan panduan pemakaian sekolah yang berbeza-beza dalam 5 hari waktu pembelajaran di sekolah. Arahan ini adalah menyeluruh kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mengambil maklum mengenai rintihan dan permasalahan berkenaan uniform sekolah, Menteri Kanan Pendidikan, Yb Fadhlina Sidek membuat penetapan baharu bahawa kini dibenarkan untuk mengenakan pakaian sukan sekolah, seraham dan kokurikulum mengikut hari.

KPM Umum Panduan Pakaian Seragam Sekolah 2024

image 166

Mengambil maklum bahawa sekolah perlu suatu pembaharuan, Pihak KPM telah mengeluarkan satu panduan untuk pemakaian seragam sekolah 2024.Ini adalah berikutan permasalahan dan kemudahan untuk semua pihak ibu bapa dan sekolah.

Langkah ini disambut baik dan ia dijangka akan memberi pelbagai kelebihan dari segi pelbagai aspek pembelajaran dan pengurusan persekolahan sepanjang tahun.

Pakaian Seragam Sekolah 2024 untuk 5 Hari Pembelajaran Sekolah

Berikut adalah merupakan cadangan dan arahan daripada KPM merngenaikan pemakaian seragam sekolah 2024:

  • 2 hari pakaian seragam
  • 1 hari pakaian kokurikulum
  • 2 hari pakaian sukan

Mohon kepada para ibu bapa dan penjaga mengambil maklum beberapa perkara. Berikut adalah merupakan berita lanjut berkenaan pemakaian baju sukan dan seragam sekolah yang diumumkan oleh KPM, Fadhlina Sidek, untuk sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula bulan Mac ini.

Panduan Pakaian Sekolah dan Baju Sukan Sesi Persekolahan 2024/2025

image 167

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu.

YB Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di institusi KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi telah ditentukan untuk pemakaian seragam kokurikulum sekolah.

Surat Pekeliling Berkenaan Pakaian Seragam Sekolah 2024

Pihak KPM akan memaklumkan surat pekeliling berkenaan pakaian sekolah, katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024. Untuk pemakaian baju sukan telah dibuat KPM sejak 3 Mei tahun lalu susulan situasi cuaca panas melanda negara untuk mengelakkan sebarang kesan buruk dan jejaskan kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

Sejak 11 Januari lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mengumpul pandangan dan input daripada semua pihak berhubung garis panduan pemakaian murid ke sekolah, sama ada tidak perlu memakai pakaian seragam untuk sesi persekolahan akan datang atau perlu.

KPM Dalam Perbincangan untuk Penetapan Pakaian Seragam Sekolah 2024

KPM telah mengambil pendekatan yang lebih terbuka untuk memudahkan pengurusan pembelajaran di sekolah. Mengenai perbincangan pakaian seragam adalah patut untuk mempunyai pembaharuan yang mana perlu disesuiakan seperti:

  • Suhu sekolah
  • Kawasan sekolah
  • Program sekolah

Mengikut faktor diatas KPM perlu membuat garis panduan yang sesuai dan menepati sistem pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh KPM akan perlu dibuat semakan supaya tujuan untuk memudahkan dan menyenangkan pengurusan di sekolah tercapai.

Sebab dan Kelebihan Penetapan Pakaian Seragam Sekolah 2024

Berdasarkan perancangan KPM yang baharu ini berkenaan seragam sekolah ianya menarik untuk diketengahkan. KPM akan membuat panduan yang sangat sesuai dan perlu untuk kelestarian sekolah-sekolah di Malaysia. Terdapat beberapa sebab kenapa KPM perlu membuat penetapan pakaian seragam. Berikut adalah mungkin sebab-sebabnya:

  1. Cuaca panas negara Malaysia. Faktor cuaca merupakan kenapa KPM bertindak untuk membuat penetapan baharu. Seperti sebelum ini cuaca panas melampau sehingga dibenarkan bebas untuk murid mengenakan pakaian sukan.
  2. Mendengar keluhan ibu bapa. KPM juga mengambil cakna pendapat guru dan ibu bapa dalam isu ini.
  3. Inovasi sistem pembelajaran sekolah. Dengan penetapan pakaian sekolah ini ia akan mewujudkan dimana pemakaian seragam adalah boleh berbeza-beza semasa di sekolah. Sekaligus mewujudkan stigma baharu bahawa sekolah tidak perlu mengenakan pakaian satu jenis sahaja.

Kelebihan Sekiranya Ditetapkan Pakaian Seragam Sekolah 2024

Terdapat beberapa kelebihan yang pelajar, ibu bapa dan guru dapat melalui perancangan KPM ini. Berikut adalah kelebihan pemakaian seragam sekolah 2024:

  • Ibu bapa boleh menyediakan pakaian seragam dengan teratur dalam minggu sekolah. Dengan kepelbagaian baju seragam, ibu bapa sempat untuk membasuh baju dan menyediakan baju sekolah memandangkan mempunyai jarak 5 hari seminggu untuk setiap jenis baju.
  • Pakaian tidak mudah kotor. Sinonim sebelum ini pakaian putih baju sekolah adalah mudah kotor, melalui pakaian seragam ko-kurikulum dan baju sukan akan mengurangkan ketidaknampakkan kesan kotor.

Diharapkan KPM membuat perancanga rapi dan pastikan pihak sekolah bersedia dengan garis panduan baharu yang akan dilaksanakan nanti.

7 KOMEN

  1. Setuju utk lebih keterbukaan pihak KPM terhadap IbuBapa, guru juga murid. Cuma harapa diberi kuasa kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menentukan hari2 pemakaian berkenaan agar lebih lihat keseragaman dan kebersamaan dalam membentuk disiplin murid. Jika diberi kebebasan tiada keragaman dan kemungkinan ada murid yg langsung tidak memakai uniform sekolah yg merupakan identiti dalam membentuk perasaan cinta akan sekolah. Ini akan kelihatan lebih caca-marba dan ikot suka hati. Sekadar pandangan. Terima kasih.

  2. Solusi pemakaian yang logik seiring dengan zaman.
    Terima kasih untuk BAP 2023 & 2024
    Juga….Minta diusahakan BHM(Bantuan Hadir Mesyuarat)PIBG supaya tiada lagi ibubapa yang mencipta alasan macam-macam untuk ponteng sidang PIBG.
    Atau….Wajibkan Catatan Kehadiran Ibu Bapa ke AGM PIBG didalam Report Card pelajar.Majoriti ibubapa kuat komplen di medsos tapi masa AGM PIBG tak pernah hadir…Come on guys

  3. Cadangan pemakaian seai 2024/2025.

    2 hari uniform

    1 hari pakaian ko

    2 hari pakaian sukan

    Perlu diperhalusi. Sekolah mempunyai buku peraturan yang perlu diubah dan dilupuskan yang lama. Dan mencetak yang baru. Ini satu kerugian.

    Tidak semua ibubapa mampu menyediakan pakaian ko lengkap. Sepertimana sekarang tidak wajib. Ikut kemampuan. Harga mahal cecah ratusan ringgit.

    Pendidikan jasmani seminggu sekali bagi setiap kelas. Kebetulan jadual PJ pada hari berpakaian uniform. Jadi murid tidak pakai uniform dan berpakaian sukan. Berkemungkinan murid hanya memakai sehari sahaja uniform pada hari isnin.

    Sukar bagi guru mendisiplinkan pemakaian pakaian murid nanti. Kerana akan timbul pakaian yang tidak seragam seperti sekarang.

    Isi panas bukan satu isu kekal kerana Malaysia berada dalam iklim tropika, khatulistiwa. Hujan dan panas sepanjang tahun.

    Pemakaian uniform dapat mendisiplnkan murid tentang kebersihan diri dan ketrampilan lebih kemas.

    Pengawas sukar dikenali asbab sehari atau dua hari sahaja berpakaian baju pengawas.

    Sekadar pandangan.

    • “Ini satu kerugian.” semua perkara lambat laun berubah jugak. kalau peraturan berubah daripada zaman 90an ke zaman seterusnya diubah dan dicetak baru buku peraturan, dikira membazir juga ke puan?
      Pandangan anda tidak relevan. saya ingin mengulas sedikit pandangan puan. “Harga mahal cecah ratusan ringgit.” Sejak bila baju pj sampai ratusan ringgit? baju sekolah biasa lagi mahal. tudung, kain, baju lagi. lagipun baju itu bukan dibeli setiap tahun. “Kebetulan jadual PJ pada hari berpakaian uniform.” tidak benar, mungkin sekolah puan je kut seperti itu. nanti hadir pibg ya. “Berkemungkinan murid hanya memakai sehari sahaja uniform pada hari isnin.” menyusahkan murid betul. hari jumaat anak puan pakai baju apa? mesti baju melayu dan baju kurung. “Hujan dan panas sepanjang tahun.” dahtu takkan nak gubal pemakaian beribu kali setahun sebab cuaca tak menentu? “Pengawas sukar dikenali asbab sehari atau dua hari sahaja berpakaian baju pengawas.” pakai la tag nama, apa susah. perkara boleh diselesaikan.

      sekian ulasan dan pandangan saya. Ini hanya sekadar pendapat. terima kasih.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati