Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Khasiat Chia Seed, Cara Minum Chia Seed untuk Kurus Berserta Pantang Larangnya

6 Khasiat Chia Seed, Cara Minum Chia Seed untuk Kurus Berserta Pantang Larangnya!

Pengambilan chia seed di dalam diet harian, kini menjadi trend kesihatan yang popular dalam kalangan masyarakat. Apa yang lebih menarik, pelbagai produk berdasarkan chia seed kini semakin meluas dan dapat ditemui dengan lebih mudah di pasaran.

Kali ini admin akan kongsikan apakah sebenarnya kebaikan dan manfaatnya kepada kesihatan berserta panduan mengamalkan chia seed untuk turunkan berat badan. Sila ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut!

Memahami Kegunaan Chia seed, Bijirin kecil Bahkan Mengandungi Banyak Khasiat

20240119 064813 0000

Apakah itu chia seed

Chia seed ia merupakan sejenis biji hitam kecil yang dihasilkan daripada tumbuhan Salvia Hispanica, sebahagian daripada keluarga “mint” yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Menurut legenda, Puak Artecs dan Maya menggunakan benih chia seed sebagai sumber tenaga.

Fakta mengenai chia seed

Biji chia seed mempunyai sifat anti radang dan mempunyai manfaat yang menakjuban untuk kesihatan. Biji chia ssed mengandungi tahap antioksidan dan phytonutrien yang tinggi. Malah ia mengandungi 30% lebihan antioksidan daripada beri biru, ia terdiri daripada asid Alpha-Lipoic.

Khasiat Chia Seed untuk Kesihatan

IMG 20240119 060809 516 2

Chia seed dipercayai memiliki beberapa manfaat kesihatan salah satunya adalah:

1. Menurunkan berat badan

Dengan mengambil biji chia seed sebanyak 25 hingga 38 gram setiap hari, ia dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Di samping itu kandungan tryptophan dalam biji chia seed turut membantu melancarkan sistem pencernaan dan membentuk tubuh yang lebih langsing.

2. Merawat masalah sembelit

Biji chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik dan ia melalui serat jenis larut dan tidak larut. Fungsinya serat makanan dapat membantu mengurangkan kolestrol, keradangan dan sembelit, 2 sudu biji chia seed ini dapat memberikan lebih daripada sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.

3. Makanan Bagus untuk jantung dan kurangkan kalestrol

Kandungan serat dalam biji chia seed membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah ia memberikan perlindungan yang berkesan terhadap risiko penyakit jantung. Tambahan pula, khasiat lemak asid omega-3 dalam chia seed turut memberi sumbangan positif.

4. Mencegah insulin resistance dan kencing manis

Biji chia seed memberikan impak positif terutama bagi individu yang menghadapi masalah diabetes tipe 2, kaya dengan serat, omega-3, protein dan antioksidan. Biji chia seed telah terbukti dapat membantu mencegah peningkatan kadar gula darah serta mampu meningkatkan sentivitas insulin sehingga kadar gula darah lebih terkawal dan tetap stabil.

5. Bagus untuk ibu mengandung

Biji chia seed memberikan khasiat optimum untuk kesihatan terutamanya semasa hamil. Dalam konteks kehamilan, biji chia seed embantu pertumbuhan janin, memberi kekuatan dan kesihatan kepada ibu mengandung kerana ia kaya dengan nutrien penting untuk tumbesaran jani dan mengatasi masalah pencernaan ibu mengandung.

6. Meningkatkan sel darah merah

Bagi yang mengalami gejala anemia, di mana tubuh mengalami kekurangan sel darah merah. Penyelesaian terbaik adalah memberi tumpuan kepada makanan tinggi zat besi,pilihan biji chia seed boleh membantu meningkatkan jumlah darah merah.

Panduan Mengamalkan Chia Seed untuk Kurus

Tips kenyang lebih lama atau waktu puasa

Admin akan kongsikan tips kenyang lebih lama waktu puasa dan bertenaga di bulan puasa! Baik, biji chia seed sememangnya boleh serap 10 kali ganda air dah apabila kita minum chia seed, kita akan rasa hydration lebih lama.

Cara kegunaannya:

Rendam chia seed dalam segelas air, tunggu kembang dan minum, iaitu satu sudu guna dengan 200 ml air dan Amalkan dua kali sehari.

Pantang larang bila makan chia seed

Pantang larang makan chia seed termasuk:

Jangan mengambil terlalu banyakPengambilan chia seed secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan penghadaman seperti cirit-birit dan kembung perut. Disarankan untuk mengambil sekitar 1 hingga 2 sudu makan chia seed sehari dan mematuhi pengambilan yang disyorkan.
Jangan mengambil terlalu banyakChia seed menyerap cecair dengan cepat, jadi penting untuk meminum air yang mencukupi semasa mengambil chia seed. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk mengimbangi penyerapan cecair.
Dapatkan nasihat doktor atau ahli pemakananJika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau sedang mengambil ubat-ubatan. Penting untuk berbincang dengan doktor atau ahli pemakanan sebelum mula mengambil chia seed, mereka dapat memberikan nasihat yang sesuai berdasarkan keadaan kesehatan anda

Oleh itu, Anda boleh menikmati manfaat kesihatan dari chia seed secara optimum. Sekiranya anda mengikuti panduan pengambilan chia seed dengan bijak dan mematuhi pantang larang yang dinyatakan!

Soalan FAQs Berkenaan Chia Seed

Bilakah waktu terbaik mengamalkan?

Waktu terbaik untuk mengamalkan chia seed adalah sebelum sarapan pagi kerana ia mengandungi fiber yang tinggi dan boleh membantu anda berasa kenyang lama.

Apakah manfaat chia seed minum sebelum tidur?

Ambil chia seed sebelum tidur juga boleh membantu anda tidur lebih lena, kandungan tryptophan pada chia seed dapat menghasilkan hormon serotonin yang penting untuk tidur berkualiti

Apakah keburukan chia seed?

Antara keburukannya sekiranya mengambil chia seed secara berlebihan:
1. Terdapat individu akan mengalami sembelit kerana mengandungi fiber yang tinggi
2. Cirit birit
3. Kembung perut

Bolehkah chia seed diambil setiap hari?

Chia seed selamat diambil setiap hari dalam jumlah yang sedikit, disarankan 1-2 sudu makan sehari adalah jumlah yang sesuai. Jangan berlebihan!

Apakah perbezaan biji chia seed dan biji selasih?

Antara perbezaan biji chia seed dan biji selasih adalah:
● Biji selasih mempunyai sedikit rasa manakala biji chia seed langsung tidak mempunyai rasa
● Biji chia seed mempunyai campuran warna hitam, putih serta kelabu dengan bentuk yang agak leper dan bujur manakala biji selasih tampak lebih bulat dan berwarna hitam

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati