Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips untuk Hasilkan Nasi Ayam yang Lembut dan Wangi

Himpunan Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips untuk Hasilkan Nasi Ayam yang Lembut dan Wangi

Resipi nasi ayam, hidangan yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kegemaran rakyat Malaysia, ia menawarkan cara penyediaan yang mudah dan cepat turut menjadikannya pilihan utama di Asia Tenggara. Panduan nasi yang wangi dengan daging ayam yang lembut mencipta sajian yang memikat selera.

Kali ini, admin akan berkongsi resepi nasi ayam dengan cara yang mudah, namun menghasilkan rasa yang sedap! Sila ikuti artikel ini untuk kita teroka langkah-langkah dan bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini.

Rahsia Rasa Luar Biasa: Ikuti Resepi Nasi Ayam Mudah yang Anda Boleh Cuba Buat di Rumah

Himpunan Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips untuk Hasilkan Nasi Ayam yang Lembut dan Wangi

Apakah itu nasi ayam

Nasi ayam, dalam sajian resepi nasi ayam ini. Nasi dimasak dengan air rebusan ayam di padukan dengan ayam yang telah meresap dalam sos campuran bawang merah, bawang putih dan halia sebelum digoreng, resepi nasi ayam ini lengkap dengan kuah kicap dan sos cili, ia dapat dinikmati dengan sayur atau tanpa sayur-sayuran. Nasi ayam bukan sekadar sedap tetapi juga merupakan hidangan seimbang dan menyelerakan yang sesuai untuk disantap pada bila-bila masa sepanjang hari.

Asal usul resepi nasi ayam

Sejarah resepi nasi ayam sebenarnya bermula dengan idea asal iaitu Resepi Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam Hainan adalah hidangan yang diadaptasi dari pendatang Cina awal yang berasal dari wilayah Hainan di Selatan Cina ia berdasarkan hidangan Hainan yang terkenal yang disebut Ayam Whenchang yang merupakan salah satu daripada empat hidangan penting hainannya berasal dari dinasti Qin.

Panduan Mudah, Resepi Nasi Ayam: Lebih Sedap dan Menambah Selera!

Panduan resipi nasi ayam ini akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang mudah untuk menyediakan nasi ayam yang menambah selera dengan menggunakan bahan-bahan yang sederhana ringkas dan cara yang jelas akan dapat menikmati hidangan lazat ini dengan mudah! Ikuti panduan ini dengan teliti untuk mencapai cita rasa yang sedap dan memuaskan setiap suapan. Selamat mencuba!

1. Resepi nasi ayam sedap

Himpunan Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips untuk Hasilkan Nasi Ayam yang Lembut dan Wangi

Kredit : snfkitchen_90

Bahan untuk ayam (direbus):

Bahan-bahan:Cara penyediaan:
1 ekor ayam (dipotong 8)Bersihkan ayam, toskan air
2 ulas bawang putih, ditumbuk halusdan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2 cm halia, ditumbuk halusRebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam dibawah)
1 kiub ayamKemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu

Bahan untuk ayam (diperap):

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 orang menyusunnya
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Cara penyediaan:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris

Cara penyediaan:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Sumber : Resepi ummi

2. Resepi nasi ayam ringkas dan mudah

IMG 20240117 WA0003
Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips untuk Hasilkan Nasi Ayam yang Lembut dan Wangi 5

Sumber : Myresepi

Bahan sup:

  • Ayam Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara masak sup:

  1. Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis sehingga wangi, kemudian masukkan air.
  3. Letak air banyak pun tak apa sebab akan guna untuk masak nasi nanti.
  4. Bila air dah mendidih, masukkan ayam, sup bunjut, kiub pati ayam, garam dan perasa.
  5. Seterusnya, bila ayam kelihatan sudah putih, boleh angkat. Jangan rebus lama sebab nanti kita nak goreng pula ayam tu.
  6. Asingkan sedikit air rebusan untuk masak nasi nanti. Baki dalam periuk digunakan untuk sup.
  7. Untuk sup, taburkan sup dan bawang goreng pada akhir sekali sebelum dihidangkan nanti selepas semua bahan siap.

Bahan nasi:

  • 3 cawan beras (cuci bersih)
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bawang merah, bawang putih (kisar)
  • 2 cm halia dihiris
  • 3 rempah sekawan
  • 2 sudu mentega
  • Sehelai daun pandan disimpul
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning
  • Cara-cara1.

Cara masak nasi:

  1. Cairkan butter, tumis bawang kisar, halia dan 3 sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan juga daun pandan, beras, sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
  3. Kacau sebati dan masak di atas periuk nasi seperti biasa.

Bahan perap ayam:

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • Madu
  • Sedikit bawang merah, bawang putih, halia (kisar)

Cara perap ayam:

  1. Gaul sebati semua bahan dengan ayam yang sudah direbus, perapkan seketika.
  2. Kemudian goreng ayam seperti biasa.

Bahan sos kicap:

  • Air perapan ayam tadi
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Madu
  • Sedikit sup ayam

Cara masak sos kicap:

  1. Masak semua bahan atas api sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

Bahan sambal cili:

  • Cili besar
  • Cili padi
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Air sup

Cara masak sambal:

  1. Kisar cili besar, cili padi, tomato dan bawang putih.
  2. Tuangkan ke dalam periuk bersama sedikit air sup.
  3. Tambahkan gula, sos cili dan garam mengikut citarasa.
  4. Bila dah mendidih dan pekat, tutup api.

Akhir sekali, admin harap kongsian kali ini memberikan manfaat yang besar kepada anda semua ilmiakin bahawa maklumat yang dikongsi akan menjadi sumber pengetahuan bernilai dan selamat mencuba resipi ini di rumah!

Tips untuk Hasilkan Resepi Nasi Ayam Yang Lembut dan Wangi

Bagaimana cara memastikan daging ayam tidak menjadi keras semasa memasak?

Untuk memastikan daging ayam tidak menjadi keras elakkan daripada memasak ayam terlalu lama. Masak ayam sehingga suhu dalam mencapai 34○C sahaja dan juga pastikan untuk membalik ayam sewaktu memasak bagi memastikan ia dimasak dengan sekata

Adakah perlu merendam ayam dengan yogurt, susu atau bahan lain sebelum memasak?

Merendam ayam dalam cecair seperti susu, yogurt dan jus lemon semalaman sebelum memasak boleh membantu melunakkan daging ayam dan menjadikannya lebih lembut. Bahan perendam akan meresap ke dalam daging ayam.

Adakah lebih baik gunakan ayam jantan ayam betina untuk daging yang lembut?

Kebanyakan chef mengesyorkan ayam betina, dagingnya lebih lembut berbanding ayam jantan. Ini kerana ayam betina kurang aktif dan ototnya tidak begitu berkembang dengan ketat

Apakah jenis beras yang terbaik untuk membuat nasi ayam yang lembut?

Beras perang basmati atau beras pulut adalah pilihan terbaik kerana kandungan kanji tinggi dapat menghasilkan tekstur nasi yang lembut

Adakah perlu rendam beras terlebih dahulu sebelum dimasak? bolehkah guna air panas untuk menanak nasi ayam?

Merendam beras selama 30 minit dalam air sejuk atau suam boleh membantu untuk menghasilkan nasi yang lebih lembut, elakkan air terlalu panas kerana ia boleh memasak dan mengeraskan butiran beras

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati