Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Barang Dibawah Taksiran Cukai HVGT dan LVGT Tahun 2024

cukai hvgt dan lvgt

Ada apa dengan cukai hvgt dan lvgt? Pasca pembentangan bajet 2024 yang lalu kerajaan telah mempunyai perancangan cukai hvgt dan lvgt yang merupakan pengenalan cukai yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai jalan untuk mewujudkan sistem cukai yang efisien.

Untuk tahun 2024, cukai lvg telah mula secara menyeluruh pada 1 Januari 2024. Lvg dikenakan hanya kepada barangan import yang dibeli dari luar negara dan melibatkan laluan udara, jalan dan laut. Cukai ini diwujudkan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Untuk cukai HVGT pula akan bermula pada 1 Mei 2024.

Berkenaan Cukai HVG dan LVG

Cukai HVG VS LVG

Mungkin masih ramai rakyat Malaysia yang masih berteka teki mengenai jenis cukai HVGT dan LVGT. Kedua cukai ini adalah berbeza dan mempunyai cara pelaksanaan yang berbeza. Ia juga dilihat mempunyai kaedah yang sama tetapi kaedah mungkin berbeza. Berikut adalau merupakan penerangan mengenai cukai HVGT dan LVGT:

Apakah itu HVG?

Cukai HVGT adalah merupakan High Value Goods Tax atau cukai Barang Bernilai Tinggi. Ia adalah cukai dikenakan untuk barangan mewah seperti tiket besar seperti jet peribadi, kapal layar, barang kemas dan kereta mewah. Cukai akan dikenakan untuk pembelian barangan mewah seperti kereta melebihi RM200,000, jam tangan melebihi RM20,000 dan barangan kemas bernilai RM10,000 keatas.

Apakah Itu LVG?

image 188

Cukai LVGT adalah Low Value Goods Tax atau cukai barang bernilai rendah. Ia adalah merupakan cukai yang dikenakan untuk semua barang tidak termasuk rokok dan lain yang berkaitan yang dijual harga tidak melebihi RM500 dan dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan darat, laut dan udara.

Perbezaan Cukai HVG dan LVG

Terdapat perbezaan diantara cukai HVGT dan LVGT yang perlu anda ketahui. Jenis kedua-dua cukai ini adalah berbeza kerana satu cukai barangan nilai rendah dan barangan nilai tinggi. Berikut adalah merupakan perbezaan antara cukai HVGT dan LVGT:

JenisCukai HVGCukai LVG
Tarikh pelaksanaan1 Mei 20241 Januari 2024
Peratusan5% – 10%10%
Harga yang dikenakan cukaiRM10,000 keatasBawah RM500
Contoh baranganJam tangan mewah, kereta mewah, tiket jet peribadi, kapal layar dan lain-lainBarangan selain rokok dan berkaitan yang melibatkan barangan import luar negara
Golongansasaran M40, T20Semua peringkat

Senarai Barangan Cukai HVGT dan LVGT

Disenaraikan contoh-contoh barangan yang bakal dikenakan cukai untuk keduanya. Barangan adalah mungkin berbeza mengikut peratusan cukai yang dikenakan. Untuk cukai HVG mempunyai jenis barangan mewah yang berbeza-beza dikenakan peratusan cukai. Bagi cukai LVGT pula ia adalah pengiraan berdasarkan 10% semua barang dibawah RM500.

Berikut adalah merupakan senarai barangan cukai HVG dan LVG:

Senarai Barangan Cukai HVGT

image 187
Senarai Barang Dibawah Taksiran Cukai HVGT dan LVGT Tahun 2024 4

Berikut adalah merupakan senarai barangan yang akan dikenakan cukai barangan bernilai tinggi:

  • Tiket Jet Peribadi
  • Tiket Kapal Layar
  • Kereta Mewah
  • Barangan Kemas
  • Jam Tangan Mewah
  • dan lain-lain

Untuk perincian yang lebih jelas, kerajaan akan umumkan mekanisme yang betul dan rasmi dari semasa ke semasa.

Senarai Barangan Cukai LVGT

Berikut adalah merupakan senarai barangan cukai barangan bernilai rendah yang akan dikenakan kepada pembeli:

  • Jam tangan
  • Kasut
  • Baju
  • Seluar
  • Dompet
  • Beg
  • Barangan elektronik
  • dan lain-lain

Untuk jenis barangan bagi cukai LVG adalah bersifat umum yang mana selagi ianya dibawah RM500 dan melibatkan barangan jual beli secara import yang melalui laluan darat, laut dan udara akan dikenakan cukai sebanyak 10%. Anda juga boleh melihat contoh yang ada pada platform e-commernce seperti Lazada, Shopee dan lain-lain.

Soalan FAQs Berkenaan Cukai HVGT dan LVGT

Adakah sama cukai HVGT dan LVGT?

Tidak sama. Yang mana kedua-dua cukai jenis ini tidak sama dari segi penetapan peratusan.

Bilakah dilaksanakan cukai HVGT?

Cukai HVGT akan dilaksanakan bermula pada 1 Mei 2024.

Bilakah dilaksanakan cukai LVGT?

Cukai LVGT telah pun bermula sekarang dan ianya bermula sejak 1 Januari 2024.

Adakah terdapat pelepasan cukai bagi jenis cukai HVGT dan LVGT?

Untuk setakat ini, kerajaan belum mengumumkan menhenai pelepasan cukai ini kepada individu dan ianya tertakluk jenis barangan sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati