Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hari Hol Pahang 2024

Hari Hol Pahang 2024
Tarikh Hari Hol Pahang 2024

Tarikh Cuti Hari Hol Pahang 2024 sudah keluar! Bagi memperingati hari kemangkatan Sultan Pahang keempat, iaitu Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, Negeri Pahang telah mengisytiharkan cuti Hari Hol Pahang pada setiap tahun.

Terdapat beberapa maklumat menarik yang perlu anda ketahui dan mari ketahui tarikh rasmi Hari Hol Pahang 2024.

Berkenaan Sambutan Hari Hol Pahang 2024

Apakah itu Hari Hol Pahang 2024?

Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di negeri Pahang pada tahun 1974. Hari Hol Pahang adalah tanda memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, iaitu Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tanggal 7 Mei 1974.

Apakah Maksud Hol?

Hol merupakan kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol Pahang adalah hari untuk memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini.

Pada Hari Hol Pahang, majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan untuk memperingati kerabat diraja negeri.

Tarikh Hari Hol Pahang 2024

TARIKHHARICUTI
1 JanIsninTahun baru
10 FebSabtuTahun Baru Cina
11 FebAhadCuti Tahun Baru cina
12 FebIsninCuti Tahun Baru Cina
28 MacKhamisNuzul Al-Quran
10 AprilRabuHari Raya Aidilfitri
11 AprilKhamisCuti Hari Raya Aidilfitri
1 MeiRabuHari Pekerja
22 MeiRabuHari Hol Pahang
22 MeiRabuHari Wesak
23 MeiKhamisCuti Hari Hol Pahang
3 JunIsninHari Keputeraan Agong
17 JunIsninHari Raya Haji
7 JulaiAhadAwal Muharram
8 JulaiIsninCuti Awal Muharram
30 JulaiSelasaHari Keputeraan Sultan Pahang
31 OgosSabtuHari Merdeka
16 SepIsninCuti Hari Merdeka
16 SepIsninMaulidur Rasul
17 SepSelasaCuti Hari Malaysia
31 OctKhamisDeepavali
25 DecRabuChristmas
Tarikh Hari Hol Pahang 2024 pada 22-23 Mei 2024

Penerangan Hari Hol Pahang 2024

Terdapat segelintir masyarakat kita yang tidak mengetahui apa itu Hari Hol Pahang yang disambut pada 7 Mei setiap tahun. Hari Hol Pahang adalah cuti umum bagi Negeri Pahang sempena menyambut Hari Hol setiap tahun.

Pada 7 Mei 1974, KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telah mangkat di Istana Peninjau, Pekan pada usia Baginda 70 tahun dan telah menjadi ketua Negeri Pahang selama 42 tahun.

Oleh itu, bagi memperingati hari kemangkatan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar, Tanggal 7 Mei merupakan cuti umum Hari Hol bagi Negeri Pahang Darul Makmur dan Seluruh Jajahan dan Takluknya pada setiap tahun.

Hari Hol Pahang bertujuan untuk majlis tahlil dan bacaan Yasin sebagai tanda memperingati kerabat diraja negeri.

Pada hari Hol Pahang, kebiasaanya keluarga diraja Pahang dan rakyat akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin di Makam Diraja Pekan selain di masjid serta surau di seluruh negeri ini.

Pada tahun 2024, cuti hari Hol Pahang telah diumum pada tarikh 22 Mei 2024-23 Mei 2024.

Sejarah Ringkas Mengenai Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah

image 57
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah

Pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi’ul awal tahun 1322 Hijrah merupakan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah.

Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah. Baginda merupakan seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin dan baik hati semasa zaman pemerintahannya.

Baginda sering menjelajah ke semua pelusuk negeri, daerah, kampung-kampung bersama dengan rakyat jelata. Semasa zaman pemerintahannya baginda merupakan seorang raja yang menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada zaman pemerintahan Baginda telah ramai pendekar-pendekar yang handal yang lahir dari negeri Pahang. Baginda merupakan Raja Pemerintah yang memulakan mercu tanda pembangunan negeri Pahang kearah kemodenan. Hal ini kerana, berlakunya perubahan dari segi perkembangan politik dan sosial dengan cukup pesat meskipun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Semasa pemerintahan Baginda, kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah sangat berkembang sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu. Ibu negeri Pahang juga telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan.

Baginda juga telah mengambil beberapa langkah memajukan dan membangkitkan agama Islam di negeri Pahang. Baginda sangat prihatin akan hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang.

Baginda telah menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang pada Mac 1950. Selain itu, pada tahun 1941 Baginda juga telah menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pahang.

Raja Terkini Negeri Pahang 2024

image 58
Al-Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah

Negeri Pahang adalah salah satu Kesultanan Diraja Malaysia dan merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Hari Keputeraan Sultan Pahang merupakan hari cuti umum dan cuti pekerja di Pahang.

Al-Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah merupakan raja Pahang yang terkini pada tahun 2024. Baginda juga ialah yang di-Pertuan Agong of Malaysia pada masa kini. Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2024 pada tahun ini berikutan Sultan Muhammad V dari Kelantan menuruni takhta pemerintahan pada 6 Januari 2019.

Sultan Abdullah Ahmad Shah diputerakan pada hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV.

Paduka ayahanda baginda iaitu Tengku Ahmad Shah merupakan Tengku Mahkota Pahang pada ketika itu. Sultan Abdullah merupakan paduka anakanda keempat daripada lapan adik-beradik. Baginda merupakan putera sulung Sultan Ahmad Shah.

Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan dimasyurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan. Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja Pahang selama lima tahun apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.


Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 28 Disember 2016 sehingga baginda menaiki takhta pada tahun 2019. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.

Pendidikan awal baginda bermula di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1965. Kemudian baginda menyambung sekolah rendah di Sekolah Ahmad, Pekan dan Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta pengajian di sekolah menengah di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan dari 1970 hingga 1974 sebelum melanjutkan sekolah ke luar negara.

Pada usia 16 tahun, Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingdom dari 1975 hingga 1977. Seterusnya, Baginda juga turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun dari 1978 hingga 1979.

Pada tahun 1980 hingga 1981, baginda meneruskan pengajian peringkat diploma di Worcester and Queen Elizabeth College dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi.

Soalan FAQs Berkenaan Hari Hol Pahang 2024

Bilakah sambutan Hari Hol Pahang dibuat pertama kali?

Pada tanggal 7 Mei 1974.

Kenapa ada hari hol pahang?

Sebagai tanda memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, iaitu Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tanggal 7 Mei 1974.

Apakah tujuan hari hol pahang?

Tujuan Hari Hol Pahang adalah untuk memperingati hari kemangkatan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dan bertujuan untuk majlis tahlil dan bacaan Yasin sebagai tanda memperingati kerabat diraja negeri.

Di negeri mana ada hari hol Pahang?

Negeri Pahang.

Adakah cuti umum untuk negeri lain?

Tidak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati