Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cuti Umum Kedah 2024 dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah

cuti umum kedah

Berikut merupakan senarai cuti umum Kedah 2024 untuk pengetahuan umum. Kalendar cuti umum bagi negeri Kedah tahun 2024 seperti yang disiarkan di laman web rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga kalendar cuti ini dapat membantu warga negeri Kedah dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja atau percutian.

Berkenaan Kalendar Cuti Umum Kedah 2024

Apa Itu Cuti Umum Kedah 2024?

Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umum yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Secara jelasnya cuti umum adalah hari tidak bekerja dalam setahun. Oleh itu, cuti umum merupakan hari pelepasan am yang diberikan kepada pekerja daripada sektor awam, sektor swasta dan juga pelajar sekolah. Selain itu, cuti umum negeri hanya dipatuhi oleh negeri-negeri yang terlibat.

Seterusnya, cuti hujung minggu pula ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Berlainan pula cuti hujung minggu bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Cuti hujung minggu bagi 4 negeri ini ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Cuti hujung minggu bagi negeri Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Pengetahuan Tentang Cuti Umum

Cuti umum adalah penting bagi setiap negara di dunia. Semua negara di dunia mempunyai cuti umum mengikut kepentingan negara berkenaan. Berdasarkan Sheth (2018), senarai negara yang paling banyak mempunyai cuti umum adalah seperti berikut:

Kedudukan Pertama
Bilangan Cuti Umum: 28 hari
Negeri: Cambodia
Kedudukan Kedua
Bilangan Cuti Umum: 25 hari
Negeri: Sri Lanka
Kedudukan Ketiga
Bilangan Cuti Umum: 21 hari
Negeri: India, Kazakhstan
Kedudukuan Keempat
Bilangan Cuti Umum: 18 hari
Negeri: Colombia, Filipina, Trinidad, Tobago
Kedudukan Kelima
Bilangan Cuti Umum: 17 hari
Negeri: China, Hong Kong
Kedudukan Keenam
Bilangan Cuti Umum: 16 hari
Negeri: Thailand, Turkey, Pakistan
Kedudukan Ketujuh
Bilangan Cuti Umum: 15 hari
Negeri: Jepun, Malaysia, Argentina, Lithuania, Sweden
Kedudukan Kelapan
Bilangan Cuti Umum: 14 hari
Negeri: Indonesia, Chile, Slovakia
Kedudukan Kesembilan
Bilangan Cuti Umum: 13 hari
Negeri: Korea Selatan, Austria, Belgium, Norway, Taiwan, Nepal
Kedudukan Kesepuluh
Bilangan Cuti Umum: 12 hari
Negeri: Finland, Russia
Kedudukan Kesebelas
Bilangan Cuti Umum: 11 hari
Negeri: Singapura, Itali, Denmark, Perancis, UAE, Morocco, Czech Republic, Luxembourg

Cuti umum di Malaysia terdapat 2 situasi iaitu di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri. Peringkat kebangsaan merangkumi semua cuti yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan tetapi peringkat negeri ialah merangkumi cuti umum yang lain atau tambahan di negeri masing-masing.

Panduan Ringkas Mengenai Cuti Umum Kedah 2024

Jadual Cuti Umum Kedah 2024

Berikut merupakan jadual cuti umum Kedah 2024 iaitu hari kelepasan am negeri dan hari kelepasan persekutuan bagi negeri Kedah untuk dijadikan panduan semua.

hari kelepasan am kedah

Senarai Cuti Umum Kedah 2024 adalah seperti berikut:

Hari Kelepasan AmTarikh / Hari
Israk dan Mikraj8/2/2024
Khamis
Tahun Baru Cina10/2/2024
Sabtu
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)11/2/2024
Ahad
Awal Ramadhan12/3/2024
Selasa
Hari Raya Puasa10/4/2024
Rabu
Hari Raya Puasa (Hari Kedua)11/4/2024
Khamis
Hari Pekerja1/5/2024
Rabu
Hari Wesak22/5/2024
Rabu
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong3/6/2024
Isnin
Hari Raya Haji17/6/2024
Isnin
Hari Raya Haji (Hari Kedua)18/6/2024
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Kedah30/6/2024
Ahad
Awal Muharram7/7/2024
Ahad
Hari Kebangsaan31/8/2024
Sabtu
Hari Malaysia16/9/2024
Isnin
Maulidur Rasul16/9/2024
Isnin
Hari Deepavali31/10/2024
Khamis
Hari Krismas25/12/2024
Rabu
*Tertakluk kepada Pindaan (Dikemaskini Pada 1 Januari 2024)

Nota:

Jika mana-mana hari kelepasan am negeri jatuh pada hari Jumaat atau hari kelepasan am yang lain, maka hari itu digantikan dengan hari berikutnya. Selain itu, jika hari tersebut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari berikutnya hendaklah menjadi satu hari kelepasan am.

Seterusnya, jika hari kelepasan am negeri itu jatuh pada hari Sabtu, maka itu jugalah menjadi hari kelepasan am negeri dan tidak digantikan pada hari yang lain.

planning kedah
Cuti Umum Kedah 2024 dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah 9

Senarai Tempat Menarik Di Kedah

1. Lagenda Park

Lagenda Park Kedah

Lagenda Park atau Taman Lagenda yang terletak di Kuah. Ia berhadapan dengan perairan Kuah dan memberikan anda pemandangan Jetty Kuah yang sangat cantik. Selain itu, termasuk juga pemandangan gah Burung Helang terkemuka Langkawi di Eagle Square.

Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 24 jam (sentiasa dibuka)

2. Top Fast Food Toy Collection

Top Fast Food Toy Collections Alor Setar

Sebuah muzium koleksi mainan dan produk McDonald’s pertama di Malaysia. Top Fast Food Toy Collection telah mengumpul mainan Happy Meal dan produk McDonald’s seperti uniform, bekas makanan, tisu, sos paket kecil dan lain-lain lagi sejak tahun 1979. Terdapat banyak mainan-mainan dan produk-produk antik dan terkini yang dikumpulkan di sini untuk pameran.

Alamat: Top Fast-food Toy Collection, 2521, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari)

3. Ultimate Horse Training and Stud Farm

Ultimate Horse Training and Stud Farm Kedah.jpg

Ultimate Horse Training and Stud Farm adalah lokasi yang patut anda lawati jika bercuti di Kedah. Pakej menunggang kuda yang ditawarkan cukup berpatutan. Selain itu yang menariknya, untuk masuk ke dalam kawasan ini dan melihat kuda-kuda yang ada adalah percuma. Anda hanya perlu bayar sekiranya ingin menunggang kuda sahaja.

Ladang ini bukan sahaja menempatkan kuda tetapi terdapat juga haiwan-haiwan lain seperti rusa dan burung unta. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk memberi anak-anak rusa yang ada di sini meminum susu yang disediakan.

Alamat: Lot 784 Jalan Ruat Besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

4. Gunung Jerai Resort

Gunung Jerai Resort.jpg
Cuti Umum Kedah 2024 dan Senarai Tempat Menarik Di Kedah 10

Gunung Jerai Resort yang terletak di Jalan Kaki Bukit, Gurun. Hotel 3 Bintang ini menyediakan penginapan yang selesa dan berpatutan. Terdapat 75 bilik di sini yang terdiri daripada bilik superior, bilik deluxe, bilik premier, bilik executive dan 1 unit Suite. Gunung Jerai Resort menyajikan pemandangan alam semulajadi yang tidak tertanding.

Alamat: Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Utara – Selatan, 08300 Gurun, Kedah

5. Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Wilayah Utara.jpg

Di sini, anda dapat mempelajari pelbagai info saintifik dengan penuh keseronokan kerana bahan-bahan pameran yang terdapat di pusat sains ini agak interaktif. Hal ini membolehkan minda anak-anak akan menjadi lebih terbuka kerana didedahkan dengan pelbagai ilmu yang terdapat di pusat sains ini.

Alamat: Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, 06500 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (Tutup)

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Kedah 2024 dan senarai tempat menarik di Kedah ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Senarai ini boleh dijadikan panduan untuk merancang aktiviti percutian dan sebagainya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Kedah 2024

Bilakah Tarikh Hari Keputeraan Sultan Kedah?

Tarikh hari Keputeraan Sultan Kedah adalah pada 30/6/2024 iaitu pada hari Ahad. Ia merupakan cuti umum Kedah 2024.

Adakah Cuti Umum Dibayar Gaji?

Seperti yang ditetapkan di dalam Akta Pekerja 1955, pekerja yang bekerja dengan waktu normal semasa cuti umum, tambahan bayaran gaji cuti umum layak diterima iaitu 2 hari gaji pada kadar gaji normal, tidak kira tempoh waktu kerja yang dilakukan pada hari tersebut kurang dari tempoh waktu kerja biasa.

Bilakah Tahun Baru Cina 2024?

Tahun Baru Cina jatuh pada 10 Februari 2024 iaitu hari Sabtu. Oleh itu, cuti ini akan dibawa ke tarikh berikutnya memandangkan hari kedua CNY adalah pada 11 Februari (Ahad) juga merupakan cuti umum.

Berapakah Bayaran untuk yang Bekerja Pada Hari Cuti Umum?

Bagi sebarang kerja lebih masa untuk mana-mana lima (5) hari cuti umum tersebut, majikan wajib membayar upah tambahan tiga kali (3x) ganda daripada upah biasa pekerja tersebut.

Apakah Cuti Umum Wajib?

5 hari cuti umum wajib itu adalah:
1. Hari Pekerja (1 Mei)
2. Hari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
3. Hari Keputeraan YDP Agong (5 Jun)
4. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
5. Hari Malaysia (16 September)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati