Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Islam 2024 Serta Tarikh Hari Penting Islam Tahun 2024

Kalendar Islam 2024 Serta Tarikh Hari Penting Islam Tahun 2024

Memasuki tahun baharu 2024 khususnya untuk umat islam adalah penting kalendar islam 2024. Ia adalah merupakan kalendar yang diterbitkan khusus bagi aturan hari dan peristiwa penting dalam agama islam. Untuk edisi tahun 2024, kita wajar mengambil cakna akan kalendar islam 2024.

Anda boleh mengambil inisiatif dengan mengetahui berkenaan kalendar islam 2024 yang terbaru. Bagi tahun 2024 ini tahun hijrah islam adalah 1445 hijrah.

Kalendar Islam 2024 Sepanjang Tahun

Takwim Kalendar Islam 2024

Untuk tahun 2024, disediakan takwim kalendar islam 2024 yang boleh anda dapatkan sebagai rujukan untuk memastikan anda sentiasa peka dengan keadaan semasa dan bulan-bulan islam.

Dibawah ini adalah merupakan kalendar islam 2024 yang disediakan dalam bentuk petak dan lengkap dari Januari hingga Disember. Kegunaan dan tanda serta warna diletakkan untuk anda mengetahui yang mana kalendar masihi dan kalendar islam.

image 217

kalendar ini boleh digunakan secara umum dan untuk pengkhususan sebaiknya anda merujuk kalendar atau takwim solat yang disediakan oleh Majlis Agama negeri kerana mungkin anda boleh mengenal pasti sebarang perubahan mengikut keadaan.

Senarai Hari-Hari Penting Kalendar Islam 2024

Terdapat hari-hari penting dalam kalendar islam. Peranan peringatan hari-hari penting ini adalah untuk memastikan umat islam sentiasa peka dengan kehadiran hari yang penuh makna.

Berikut adalah merupakan hari penting sepanjang tahun 2024 dalam kalendar islam:

Tarikh Masihi (2024)Tarikh Hijri (1445/1446)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
8 Februari27 RejabIsrak dan Mikraj
25 Februari15 SyaabanNisfu Syaaban
12 Mac1 RamadhanAwal Ramadhan / Berpuasa
28 Mac17 RamadhanNuzul Al-Quran
10 April1 SyawalHari Raya Puasa / AidilFitri
17 Jun10 ZulhijjahHari Raya Korban / Aidiladha
7 Julai1 Muharam 1446Awal Muharam / Maal Hijrah
16 September12 Rabiulawal 1446Maulidur Rasul

Untuk tahun 2024, kita akan berpuasa pada awal bulan Mac yang mana ia merupakan bulan yang sangat awal bagi tahun 2024. Untuk raya aidilfitri pula kita akan beraya pada bulan April.

Disamping itu, tahun hijrah 1446h pula akan bermula pada 7 Julai yang mana untuk tahun ini kita boleh menyambut awal Muharram lebih awal daripada tahun lepas.

Tarikh Awal Bulan dan Kalendar Masihi 2024

Untuk makluman umat islam, pengetahuan bagi kemasukan awal bulan kalendar islam adalah penting untuk setiap umat islam. Dengan mengetahui awal bulan kemasukan kalendar islam juga akan memberi peringatan dan usaha untuk memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan sempena kemasukan bulan baru.

Untuk itu, dibawah adalah merupakan senarai tarikh awal bulan berserta kalendar masihi untuk memudahkan pengetahuan umat Islam khususnya rakyat Malaysia:

HariTarikh HijriTarikh Masihi
Khamis1 Jamadilakhir 144514 Disember 2023
Sabtu1 Rejab 144513 Januari 2024
Ahad1 Syaaban 144511 Februari 2024
Selasa1 Ramadan 144512 Mac 2024
Rabu1 Syawal 144510 April 2024
Jumaat1 Zulkaedah 144510 Mei 2024
Sabtu1 Zulhijjah 14458 Jun 2024
Ahad1 Muharram 14467 Julai 2024
Selasa1 Safar 14466 Ogos 2024
Khamis1 Rabiulawal 14465 September 2024
Jumaat1 Rabiulakhir 14464 Oktober 2024
Ahad1 Jamadilawal 14463 November 2024

Kalendar Masihi 2024 dan Bulan Islam 1445-1446H

Untuk tahun 2024 ini anda boleh membuat rujukan berkenaan kalendar masihi 2024 berserta bulan-bulan islam untuk 1445-1446H.

Kalendar dibawah telah disediakan oleh pihak JAKIM dalam usaha untuk memudahkan urusan para umat islam diluar sana. Anda boleh mengambil inisiatif dengan muat turun dan simpan untuk dijadikan rujukan sepanjang tahun:

image 218
Kalendar Islam 2024 Serta Tarikh Hari Penting Islam Tahun 2024 4

Soalan FAQs Berkenaan Kalendar Islam 2024

Apakah hari peristiwa penting dalam kalendar islam 2024?

Hari peristiwa penting adalah merupakan hari yang dikhususkan dalam ibadah agama Islam. Contoh, seperti 1 Ramadhan adalah merupakan hari pertama umat Islam memulakan puasa berdasarkan syariat.

Siapakah yang menetapkan kalendar islam?

Kalendar islam telah ditetapkan oleh khalifah kedua Islam iaitu Umar al-Khattab RA

Bilakah kalendar islam bermula?

Kalendar Islam bermula pada 16 Julai 622M

Bulan apakah yang perlu umat islam beri tumpuan?

Bulan yang perlu umat islam beri tumpuan ialah bulan Ramadhan yang merupakan bulan puasa yang penuh barakah.

Apakah kalendar islam mengikut kalendar masihi?

Tidak. Kalendar islam tidak mengikut kalendar masihi kerana ia bermula lebih lewat daripada kalendar masihi

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati