Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024

deepavali 2024

Bila tarikh hari Deepavali 2024? Deepavali adalah merupakan hari penting bagi penganut kaum hindu masyarakat di malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai kepelbagai kaum menjadi sebuah negara yang terbuka dengan pelbagai sambutan perayaan yang menarik.

Dalam pada itu memasuki tahun 2024 yang belum mengetahui berkenaan tarikh rasmi hari Deepavali 2024.

Berkenaan Sambutan Deepavali 2024

Apakah itu Hari Deepavali?

Hari deepavali adalah merupakan hari perayaan bagi mereka yang menganut agama Hindu. Deepavali atau Diwali ialah merupakan hari yang menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Maksud Deepavali dalam bahasa sanskrit adalah satu pameran pelita pelita yang menunjukkan kemenangan cahaya ke atas ke kegelapan.

Tarikh Hari Deepavali 2024

Hari Deepavali 2024 adalah pada 31 Oktober 2024 bersamaan hari rabu. Ia adalah merupakan hari cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia. Cuti diberikan kepada semua sektor awam dan sektor swasta.

image 225

Untuk cuti sekolah pula, kumpulan A akan bercuti pada 30 Oktober 2024. Manakala untuk kumpulan B akan diberikan cuti 30 Oktober dan 1 November 2024. Bagi negeri Sarawak pula akan diberikan cuti pada 31 Oktobber 2024.

Berikut adalah senarai negeri yang diberikan cuti umum;

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Johor
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Sarawak
  • Sabah

Cuti Tanpa Rekod Bagi Penjawat Awam Sempena Deepavali

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari bagi perayaan Hari Deepavali iaitu pada hari berikutnya sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali.

Boleh rujuk pautan untuk mengetahui lebih lanjut:

Kemudahan cuti tanpa rekod ini berkuat kuasa mulai tahun 2018 bagi memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga.

Sambutan Perayaan Deepavali 2024 Masyarakat Malaysia

Lokasi Tumpuan Perayaan Deepavali 2024 Malaysia

image 227
Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024 5

Pada hari deepavali, terdapat banyak upacara dan cara sambutan oleh masyarakat Hindu. Hari kemenangan ini diraikan oleh penganut agama hindu seluruh Malaysia di kuil-kuil seluruh negara.

Berikut adalah merupakan kuil-kuil yang menjadi tumpuan pada Deepavali 2024:

  1. Kuil Batu Caves, Selangor. Ia sangat sinonim dengan agama Hindu kerana disana terdapat pengumpulan dari serata negeri penganut hindu di Malaysia.
  2. Kuil Seberang Jaya, Pulau Pinang selalu sesak dengan rakyat Pulau Pinang yang beragama hindu. Seawal 7 pagi lagi sudah dimulakan upacara keagamaan.
  3. Kuil Jalan Seri Kemunting, Pahang dirayakan meriah dengan kepelbagaian pakaian warna warni
  4. Kuil Alor Setar, Kedah juga menjadi tumpuan kerana kuil ini berada dalam kawasan bandar.
  5. Kuil Johor Bharu, Johor dimulakan seawal 7.30 pagi bagi upacara keagamaan dan akan diberikan manisan laddu ketika mengunjungi pada tahun lepas.
  6. Kuil di Melaka antara terkenal kerana di tempat yang bersejarah itu amat terkenal dengan keunikkannya.
  7. Kuil Seremban, Negeri Sembilan telah dicatatkan sebanyak 6000 penganut Hindu mengunjungi kuil seawal 7 pagi.

Terdapat banyak lagi kuil-kuil di Malaysia yang mendapat sambutan tinggi setiap kali Deepavali. Sambutan Deepavali juga disambut dengan menu-menu makanan tradisional oleh kaum india yang menarik antaranya laddu, maruku, tosei, kari ayam, kari kambing dan putu mayam.

Senarai Hidangan Menu Sempena Hari Deepavali di Malaysia

Terdapat menu yang menarik selalu dihidangkan oleh penganut Hindu. Di Malaysia, masyarakat India adalah majoriti Hindu. Mereka menyediakan pelbagai hidangan tradisional yang sedap serta amat dekat dengan hati rakyat Malaysia.

image 226
Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024 6

Berikut adalah antara menu hidungan sempena Deepavali:

  1. Thosai
  2. Idhlli
  3. Muruku
  4. Kuih Rawa Urundai
  5. Kuih Nei Urundai
  6. Kuih Jalebi
  7. Kuih Athirasam

Soalan FAQs Berkenaan Deepavali 2024

Bila perayaan Deepavali dimulai?

Hari deepavali dimulakan dengan menyapukan minyak bijan di atas kepala dan badan bagi menyejukkan badan dan diikuti dengan upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah ibadat.

Siapakah tokoh perayaan Deepavali?

Tokoh bagi perayaan Deepavali ini adalah dari pemuisi lagenda, Valmiki yang menulis kitab suci Ramayana. Melalui kitab itu mempunyai hikayat yang menceritakan tenamtang dewa bernama Maharaja Rama dan lain-lain. Disebabkan kitab tersebut masyarakat hindu amat sinonim dengan perayaan Deepavali dengan menyalakan lampu dan lain-lain upacara keagamaan.

Apakah aktiviti ketika Deepavali?

Semasa hari perayaan Deepavali, masyarakat Hindu akan menyediakan pelbagai hidangan tradisional seperti maruku, tosei dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga penganjuran rumah terbuka sempena meraikan kepelbagaian perayaan kaum dan bangsa di Malaysia.

Apakah amalan tradisional ketika Deepavali?

Amalan tradisional masyarakat Hindu semasa Deepavali adalah membuat Kolam, menyediakan maruku, upacara agama seperti sembahyang dan lain-lain.

Adakah diadakan rumah terbuka sempena Deepavali?

Setiap hari Deepavali ada diadakan rumah terbuka bagi memberi sokongan dan keterbukaan masyarakat yang berbilang kaum. Sambutan sangat meriah sehingga dihadiri ratusan dan bahkan ribuan pengunjung.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati