Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Hari Gawai 2024, Ucapan Hari Gawai dan Sambutan Hari Gawai

hari gawai 2024

Ada perayaan hari gawai 2024 yang bertempat di negeri sarawak . Umum mengetahui bahawa negara malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa dan kaum yang berbeza-beza dalam masa yang sama menunjukkan malaysia ini mempunyai kepelbagaian variasi budaya dan adat.

Perayaan gawai 2024 di beberapa tempat dalam negara khususnya negeri Sarawak. Negeri Sarawak kaya dengan kepelbagaian suku dan budaya. Terdapat banyak perayaan yang popular di Sarawak antaranya adalah hari gawai.

Berkenaan Sambutan Gawai 2024

Apakah itu Hari Gawai?

Tarikh Hari Gawai 2024, Ucapan Hari Gawai dan Sambutan Hari Gawai
Tarikh Hari Gawai 2024, Ucapan Hari Gawai dan Sambutan Hari Gawai 4

Hari gawai adalah merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang dayak di Sarawak pada setiap tahun. Pesta ini adalah merupakan hari perayaan yang telah ditetapkan sebagai cuti umum di negeri sarawak dan adalah majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak tahun 1957.

Hari gawai adalah merupakan hari perayaan dayak yang merupakan konsep dibawa melalui penerbit radio tan kingsley dan owen liang daripada komuniti dayak. Hari gawai juga dikenali sebagai hari Sarawak yang mana ia melibatkan semua orang sarawak sebagai hari kebangsaan tanpa mengira asal suku.

Tarikh Hari Gawai 2024

Hari gawai 2024 akan disambut pada 1 Jun 2024 bersamaan hari Sabtu. Ia adalah merupakan hari cuti umum bagi negeri Sarawak. Perayaan ini dijangkakan diadakan secara meriah seperti pesta.

Selain itu, ia juga adalah merupakan salah satu tarikan para pelancong untuk melihat sendiri adat dan budaya rakyat Sarawak.

Sambutan Perayaan Hari Gawai 2024 Masyarakat Malaysia

Ucapan Sempena Hari Gawai 2024

Tarikh Hari Gawai 2024, Ucapan Hari Gawai dan Sambutan Hari Gawai
Tarikh Hari Gawai 2024, Ucapan Hari Gawai dan Sambutan Hari Gawai 5

Contoh ucapan sempena hari gawai 2024 adalah seperti dibawah:

Selamat hari gawai 2024, semoga ikatan perpaduan rakyat malaysia terus kuat dan aman damai

Selamat hari gawai 2024, gaya guru gerai nyamai, lantang senang nguan menua

Selain itu, terdapat juga ucapan yang berbeza-beza mengikut etnik Sarawak. Berikut antara ucapan Hari Gawai yang dikongsikan mengikut etnik pribumi di Sarawak:

  • Iban – ‘Selamat Ngintu Hari Gawai Dayak’
  • Bidayuh – ‘Silamat Andu Gawai Dayak’
  • Kayan – ‘Selamat Dau Gawai Dayak’
  • Kenyah – ‘Selamat Tau Gawai Dayak’
  • Kelabit – ‘Doo Adto Irau Dayak’
  • Berawan – ‘Selamat Enchiew Gawai Dayak’
  • Saban – ‘Selamat Siew Gawai Dayak’
  • Lun Bawang – ‘ Do Aco Irau Dayak’
  • Bisaya – ‘Selamat Nyambut Adau Gawai Dayak”
  • Melanau – ‘Selamat Lau Gawai Dayak’
  • Penan – ‘Jian Dau Gawai Dayak’

Upacara Semasa Hari Gawai

Perayaan hari gawai ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada setiap 1 Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan oleh kaum Dayak. Tuak yang merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.

Tuai Gawai akan memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Tuai Gawai akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam pula upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.

Pada pagi 1 Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang akan menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Soalan FAQs Berkenaan Gawai 2024

Bagaimanakah perayaan gawai di Malaysia?

Semasa hari gawai kaum keluarga dan sanak saudara akan pulang ke rumah panjang bertemu ahli keluarga yang lain untuk meraikan sambutan Gawai Dayak.

Hari gawai juga merupakan masa terbaik untuk mengeratkan hubungan, berkenalan, bertanyakan khabar dengan sanak saudara yang lain dan mengenali susur-galur keluarga dengan lebih mendalam.

Dimanakah sambutan hari gawai?

Hari gawai kebiasaannya disambut di rumah panjang. Ia akan dirasmikan oleh ketua rumah panjang.

Apakah makanan tradisional gawai?

Ada satu hidangan yang istimewa dalam perayaan Gawai iaitu pansoh ayam atau turut dikenali sebagai manok pansoh. Ia adalah sejenis hidangan lazat tradisional Sarawak yang dimasak di dalam buluh.

Kaum mana yang menyambut gawai?

Perayaan hari gawai adalah disambut oleh kaum dayak.

Adakah rumah terbuka sempena hari gawai?

Kebiasaan pada hari kedua, setiap bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung akan bersedia bagi acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan menghidangkan makanan dan minuman di bilik atau di ruai mereka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati