Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apa itu Labour Day, Tarikh Hari Buruh dan Sejarah Hari Buruh

labour day

Mungkin ramai yang sudah mengenali apakah itu Labour Day atau dikenali Hari Pekerja. Ia adalah hari dimana diberikan cuti untuk semua pekerja dalam dunia menikmati hari tanpa bekerja. Labour Day juga adalah hari para pekerja buruh dan lain-lain sektor dihargai kerana mereka mendapat hak mereka selaku seorang pekerja.

Terdapat beberapa maklumat yang menarik berkenaan Labour Day ini dimaja sejarahnya mungkin ramai yang mengetahui.

Berkenaan Labour Day Malaysia dan Cuti Hari Pekerja

Apakah Itu Labour Day?

image 231
Apa itu Labour Day, Tarikh Hari Buruh dan Sejarah Hari Buruh 5

Labour Day atau Hari buruh adalah merupakan nama bagi cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei. Ia juga dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang mana ia adalah hari mengingati kejayaan ekonomi dan sosial dalam pergerakan pekerja.

Bilakah Tarikh Labour Day atau Hari Pekerja?

image 232
Apa itu Labour Day, Tarikh Hari Buruh dan Sejarah Hari Buruh 6

Tarikh Labour Day atau Hari Buruh ini telah ditetapkan pada 1 Mei setiap tahun kerana pada tahun 1884 oleh Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan parti buruh pada tahun 1872.

Sebelum itu, telah tercetus mogok dan peristiwa besar dalam dunia buruh dimana para pekerja membuat protes keranan masa bekerja adalah lama. Hal itu membuatkan desakan mereka diterima dan perlahan-lahan ditetapkan waktu bekerja bagi sehari adalah 8 jam mengikut waktu pejabat rasmi.

Adakah Cuti untuk Labour Day?

Makluman kepada anda, Labour Day atau Hari Pekerja adalah diperuntukkan cuti oleh kerajaan Malaysia. Ia adalah merupakan cuti yang termasuk dalam 5 hari kelepasan awm yang wajib bagi majikan untuk memberi cuti kepada pekerja mereka berdasarkan peruntukan seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Seandainya pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan adalah perlu diberikan mengikut seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.

Akta Pekerja di Malaysia dan Kepentingan Akta Pekerja Malaysia

Apakah Itu Akta Kerja 1955?

image 233
Apa itu Labour Day, Tarikh Hari Buruh dan Sejarah Hari Buruh 7

Akta kerja 1955 adalah merupakan akta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk para pekerja majikan bagi mengikuti peraturan-peraturan dalam urusan kerja mesti lakukan selaras dengan akta kerja 1955.

Sekiranya mana-mana majikan yang ingkar akan fungsi dan penetapan akta kerja 1955 pindaan 2022 boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Fungsi Penenalan Akta Kerja 1955

Fungsi dan Objektif utama pindaan Akta Kerja 1955 adalah untuk :

  1. Meningkatkan dan menambah baik perlindungan serta kebajikan golongan pekerja di negara Malaysia.
  2. Memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini adalah selari dengan standard antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
  3. Untuk memudahkan Malaysia merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan yang pada ketika ini kerap memasukkan fasal berhubung dengan standard minimum perburuhan sebagai salah satu daripada terma perjanjian yang negara perlu dipatuhi.

Intipati Dari Akta Kerja 1955

Berikut adalah merupakan intipati utama pindaan Akta Kerja 1955:

  • Perluasan liputan akta kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji;
  • Peningkatan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari;
  • Pemberian cuti paterniti selama 7 hari;
  • Pengurangan waktu kerja kepada 45 jam seminggu;
  • Pengasingan cuti sakit hospitalisasi;
  • Kemudahan aturan kerja fleksibel;
  • Larangan diskriminasi dalam pekerjaan;
  • Larangan buruh paksa;
  • Kewajipan mendapatkan kebenaran awal daripada Ketua Pengarah JTKSM sebelum menggajikan pekerja asing;
  • Larangan pemberhentian pekerja wanita semasa hamil;
  • Kewajipan pembayaran gaji melalui institusi kewangan;
  • Keperluan mempamer notis pencegahan gangguan seksual;
  • Kewajipan kontraktor untuk buruh menyediakan kontrak bertulis;
  • Penetapan formula pengiraan gaji bagi kerja tidak cukup bulan;
  • Peruntukan berkaitan “anggapan pekerja” dan “anggapan majikan” ;
  • Peningkatan penalti am kepada RM50,000; dan
  • Pindaan-pindaan kecil lain yang bersangkutan.

Soalan FAQs Berkenaan Labour Day dan Hari Pekerja

Apakah kepentingan Labour Day?

Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan para pekerja di Malaysia.

Bagaimana sekiranya bekerja semasa hari pekerja?

Pekerja boleh masuk kerja dengan suka rela dan sekiranya diminta oleh majikan pada hari tersebut hendaklah dibayar lebih daripada biasa.

Adakah kelebihan bagi cuti hari pekerja?

Kelebihan cuti pekerja mungkin diadakan pelbagai inisiatif kerajaan untuk golongan pekerja dan terdapat tawaran promosi jualan istimewa.

Apakah boleh membuat laporan sekiranya pekerja dianiaya?

Anda boleh membuat laporan sekiranya anda bekerja dan dianiayai oleh pihak majikan. Boleh terus laporkan kepada persatuan buruh untuk undang-undang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati