Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA?

MOHON JADI RELA

Bagaimana cara untuk mohon jadi RELA? Untuk pengetahuan anda, negara kita mempunyai pelbagai anggota seragam dan salah satunya adalah RELA. Umum mengetahui bahawa RELA adalah merupakan anggota sukarelawan yang banyak membantu dalam negara.

Kewujudan RELA ini juga telah lama ditubuhkan sejak dari zaman 90-an. Jadi mungkin ramai yang berminat untuk mohon jadi RELA. Oleh itu, ikuti perkongsian kami kalini berkenaan RELA dan cara mohon jadi RELA.

Penerangan Mengenai Anggota RELA dan Syarat-Syarat Jadi RELA

Apakah itu RELA?

image 64

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah merupakan pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan bagi membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri.

RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’. Pada awalnya RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Selain itu, nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan diperkenalkan sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Peranan Anggota RELA

Semenjak pasukan RELA dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, Pihak RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa. Berikut adalah peranan RELA dalam negara:

  • Menjaga keselamatan
  • Menjaga keamanan
  • Menjaga kesejahteraan
  • Menjaga keharmonian
  • Menjaga kesatuan
  • Menjaga perpaduan negara

Berapakah Gaji Anggota Rela?

Diketahui bahawa RELA adalah merupakan sebuah pertubuhan sukarelawan dan melakukan kerja-kerja amal. Sistem gaji yang diguna oleh RELA adalah bayaran mengikut tugasan jam. Ianya berbentuk elaun perkhidmatan.

Elaun yang diperuntukan adalah sebanyak RM8 semasa bertugas. Selain itu, RELA juga mempunyai elaun latihan bagi mereka yang mengikuti kursus dan latihan. Ada juga tawaran kerja sebagai sambilan dan kontrak yang dibayar mengikut gaji.

Pemakaian Seragam Anggota RELA

RELA mempunyai pelbagai jenis seragam yang dikenakan mengikut pangkat dan taraf jawatan. Berikut adalah jenis seragam anggota RELA:

1.Pakaian Bush Jacket Bagi Pegawai Gred 29 – 41

image 59
Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA? 8

2.Pakaian Kerja Bagi Pegawai Gred 19 – 28

image 60
Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA? 9

3. Pakaian Kerja Gunasama Gred 40 dan kebawah

image 61
Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA? 10

4. Pakaian Operasi Bagi Semua Anggota RELA

image 62
Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA? 11

5. Pakaian Separuh Seragam

image 63
Berapa Gaji RELA dan Bagaimana Nak Mohon Jadi RELA? 12

Kelebihan Jadi Anggota RELA dan Cara Mohon Jadi RELA

Syarat-syarat Menganggotai RELA

Berikut adalah merupakan syarat-syarat menjadi anggota RELA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bukan dari seorang anggota Angkatan Tentera; dan
  • Bukan dari seorang mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Panduan Mohon Jadi Rela

Bagi anda yang berminat menjadi anggota RELA, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ketahui. Berikut adalah proses dan prosedur mohon jadi RELA:

  1. Boleh mohon borang melalui pejabat RELA berdekatan dengan anda.
  2. Anda perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota RELA.
  3. Pihak RELA akan membuat semakan rekod permohonan dengan agensi sahabat Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
  4. Keputusan anda akan dinilai oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa.
  5. Anda akan menerima maklum balas sekiranya anda terpilih untuk menganggotai RELA.

Selepas urusan mohon jadi RELA anda diterima, anda akan menjalani beberapa siri latihan seperti latihan kawad, ketenteraan dan lain-lain melibatkan urusan perekrutan anggota RELA.

Faedah Keahlian RELA

RELA ada menyediakan pelbagai faedah dan kelebihan kepada anggota mereka. Berikut adalah faedah yang diterima oleh anggota RELA:

  • Caj rawatan dan kemudahan wad adalah percuma bagi anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
  • Perlindungan insurans kepada anggota sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas;
  • Latihan percuma di pusat-pusat latihan.
  • Elaun latihan dan bertugas RM8 sejam disediakan.
  • Uniform diberikan secara percuma
  • Keahlian anggota adalah percuma.

Soalan FAQs Berkenaan Mohon Jadi RELA

Adakah layak jadi RELA jika umur bawah 18 tahun?

Tidak layak, calon mestilah melepasi tapisan umur.

Tugas anggota RELA sama dengan polis atau tidak?

Tidak, skop tugasan kerja RELA adalah berbeza dengan polis.

Bagaimana untuk mohon jadi RELA?

Boleh kemukakan permohonan bertulis di pejabat RELA berdekatan dengan anda.

Pada tahun berapakah RELA ditubuhkan?

Telah ditubuhkan pada tahun 1972 bagi menjaga keselamatan penduduk.

Berapakah kadar elaun tugas dibayar?

Elaun tugas adalah dibayar RM8 bagi satu jam kerja.

12 KOMEN

  1. Saya lahir thun 1979.masih kena ambil kh msuk rela.sbb sya berminat msuk ini.sya pernh bg nma mhu msuk melalui kmpung turid taud tetapi tidak ada respon..

  2. Dulu pernah menjadi anggota rela, kemudian setahun kemudian masuk tentera dan skrg sudah berpencen.masih bolehkan saya menyertai pasukan rela pula sekaranv

  3. Boleh Mohon RELA Di Pejabat RELA.. Dekat Pejabat Nanti Perlu Isi Borang Permohonan Menjadi RELA… Dokumen Yang Diperlukan IC Photostat, Gambar Passport Dan Lesen Kenderaan..

    • Kerja rela tak apa apa hanya ada gaji 8 sejam itu saja.jika terjadi apa apa di jalan raya ketika pergi kerja dan balik mati katak saja. tak kwsp tak mari kerja tak ada gaji syarat masa kerja kalah kakitangan kerajaan.

      • Meskipun gaji kecil dan bergantung pada masa bertugas tapi kami senang. Kami tak menyusahkan korang tapi sebaliknya korang yang menyusahkan diri korang dengan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
        Lagi satu 89%anggota RELA dibekalkan dengan disiplin,Hormati menghormati dan ada nya semangat sepasukan. Dan belum ada lagi terdengar kes anggota RELA terbabit DADAH.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati