Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Rasmi Hari Polis 2024

hari polis 2024
Tarikh Rasmi Hari Polis 2024

Hari Polis 2024 semestinya disambut oleh semua negara dan di negara kita ianya disambut pada 25 Mac pada setiap tahun. Sambutan Hari Polis diadakan bagi menunjukkan penghargaan kepada warga polis atau lebih dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan bakti yang telah diberikan dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mempertahankan keselamatan negara daripada tergugat.

Tahukah anda bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa dahulu juga dikenali sebagai:

  • Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu
  • Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu
  • Pasukan Polis Malayan Union
  • Civil Affairs Police Force (Pasukan Polis Hal Ehwal Awam)

Berkenaan Sambutan Hari Polis di Malaysia

Apakah itu Hari Polis 2024?

image 156
Tarikh Rasmi Hari Polis 2024

Hari Polis yang disambut pada 25 Mac pada setiap tahun ini adalah bagi menunjukkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas titik peluh dan lelah keringat dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada dirampas oleh mana-mana pihak.

Bila Tarikh Rasmi Hari Polis 2024?

Tarikh rasmi Hari Polis tahun ini adalah pada 25 Mac 2024. Tanggal ini telah menjadi signifikan sebagai Hari Polis pada setiap tahun.

Siapakah ketua polis negara IGP ketika ini?

Razarudin Husain atau Abd Rasid telah pun diumumkan sebagai Ketua Polis Negara (IGP) secara rasmi oleh kerajaan kita pada hari ini.

Penerangan Tentang Polis Diraja Malaysia

Mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM)

image 157
Tarikh Rasmi Hari Polis 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 137,574 anggota yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Setiap anggota dalam PDRM mempunyai tugas yang tersendiri.

PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan pasukan polis di seluruh negara iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia, Polis Diraja Thailand, Polis Diraja Brunei, Pasukan Polis Singapura, Polis Kebangsaan Filipina dan Pasukan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.

Selepas setahun Hari Kemerdekaan, pasukan polis dikenali sebagai “Polis Diraja Persekutuan’ atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘The Royal Federation of Malayan Police’ dan telah ditukar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1963.

Lambang dan Maksud Dalam Logo PDRM

image 158
Tarikh Rasmi Hari Polis 2024 5
  • Bulan dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di negara kita.
  • Mahkota melambangkan PDRM yang sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah dan menunjukkan sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
  • Keris dan parang yang melambangkan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.
  • Kepala harimau yang melambangkan kegagahan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam menghadapi ancaman musuh.
  • Bunga padi yang melambangkan makanan asas rakyat Malaysia.
  • Moto Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan keazaman anggota polis.
  • Sang Saka Biru yang membawa makna tersendiri yang menjadi kemegahan anggota polis.

Tahukah anda bahawa PDRM mempunyai lima jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jenayah Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Kumpulan Sokongan PDRM

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang besar, PDRM dibantu oleh beberapa kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Soalan FAQs Berkenaan Hari Polis 2024

Bilakah sambutan hari polis diraihkan?

Sambutan Hari Polis disambut pada 25 Mac setiap tahun.

Mengapakah hari polis disambut?

Hari Polis disambut bagi menghargai dan mengingati jasa dan khidmat bakti anggota polis dalam mempertahankan keselamatan negara.

Apakah kepentingan sambutan hari polis?

Kepentingan sambutan Hari Polis adalah untuk menghargai jasa warga polis sekali gus memupuk kesedaran orang ramai bahawa warga polis memainkan peranan yang penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraaan negara terpelihara

Apakah slogan PDRM?

Slogan PDRM ialah `Tegas, Adil, Berhemah’

Apakah tajuk lagu polis?

Lagu Polis bertajuk ‘Sedia Berkhidmat’ yang ditulis oleh Mohd Zain Abu.

Bilakah agensi polis pertana kali ditubuhkan?

Agensi pertama kali ditubuhkan pada 25 Mac 1807 iaitu 216 hari yang lalu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati