Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Hari Thaipusam 2024 dan Cuti Thaipusam 2024

Tarikh Hari Thaipusam 2024 dan Cuti Thaipusam 2024

Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum serta pelbagai sambutan budaya. Hari Thaipusam 2024 adalah merupakan salah satu sambuta perayaan budaya yang ada dalam Malaysia.

Kemakmuran negara Malaysia telah mencerminkan dan menunjukkan rakyat Malaysia amat mengalu-alukan perbezaan. Memasuki tahun baharu, Ramai yang mula mencari tarikh hari Thaipusam 2024. Berikut adalah merupakan perkongsian mengenai tarikh, ucapan dan upacara hari Thaipusam.

Berkenaan Hari Thaipusam 2024

Tarikh Hari Thaipusam 2024

Tarikh rasmi hari Thaipusam 2024 adalah pada 25 Januari 2024. Hari Thaipusam adalah merupakan hari menunaikan nazar bagi penganut Hindu. Untuk pengetahuan, tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Maksud Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka ia adalah satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Senarai Cuti Thaipusam 2024 Seluruh Negeri

image 128
Tarikh Hari Thaipusam 2024 dan Cuti Thaipusam 2024 4

Cuti hari Thaipusam 2024 adalah merupakan hari kelepasan Am bagi beberapa negeri seperti dibawah:

  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • *Kedah (baru diluluskan pada 3 Januari 2024)

Info terbaru diterima, kerajaan Kedah dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi telah meluluskan dan mempersetujui berkenaan hari thaipusam 2024 sebagai hari kelapasan Am negeri Kedah. Ia telah diputuskan pada 3 Januari 2024.

Sambutan Hari Thaipusam 2024

Ucapan Hari Thaipusam 2024

image 129
Tarikh Hari Thaipusam 2024 dan Cuti Thaipusam 2024 5

Berikut adalah merupakan contoh ucapan hari Thaipusam:

Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu. Semoga sambutan perayaan ini dapat disambut dalam suasana gembira dan harmoni.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam. Perpaduan dan keharmonian ini adalah tanda kemegahan sebenar Malaysia. Semoga ia diraikan dengan penuh gembira oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam terutama sekali kepada penganut agama Hindu yang meraikan perayaan ini.

Wishing a Happy Thaipusam to all Malaysian residents. The motive of Thaipusam festival is to pray to God to receive his grace so that bad traits are destroyed. Let’s all let go of our bad traits and progress towards a healthy lifestyle.

We wishes all Hindus a Happy Thaipusam. Be well, celebrate with joy.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam buat seluruh warga (tem[pat kerja) dan rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya. Semoga semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum akan terus kekal menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan di negara kita.

Selamat Menyambut Thaipusam Bagi Mereka Meraikannya Selamat Bercuti Diucapkan kepada Semua Rakyat Malaysia. Moga Diberikan Kesihatan Yang Baik, Dilimpahkan Rezeki Dan Dilindungi Tuhan

Upacara Sambutan Hari Thaipusam di Malaysia

Perayaan hari Thaipusam adalah merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah oleh masyarakat Hindu di Malaysia.

Upacara dimulakan di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor yang merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam ini bermula dengan upacara perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya iaitu Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari lokasi Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Perayaan ini berlansung di pelbagai lokasi kuil Hindu di beberapa negeri seperti:

  • Di George Town, Pulau Pinang ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.
  • Di Ipoh, negeri Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong, Ipoh.
  • Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.
  • Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

Kemeriahan sambutan ini disambut baik oleh masyarakat hindu dengan harmoni. Semoga bumi Malaysia terus kekal aman damai bersama pelbagai kaum dan agama.

Soalan FAQs Berkenaan Hari Thaipusam 2024

Berapa banyak cuti umum yang ada di Malaysia 2024?

Banyak cuti umum di Malaysia lebih 20 jenis cuti umum yang ada.

Adakah Thaipusam bercuti di KL?

Ya, di KL termasuk hari kelepasan am juga.

Apakah sambutan Thaipusam?

Hari kesyukuran bagi umat india di Malaysia.

Mengapa Thaipusam bukan cuti umum di Singapura?

Kemungkinan kerajaan belum wartkan sebagai cuti umum.

Adakah cuti thaipusam di Malaysia?

Ada, bahkan hampir seluruh negeri diberikan cuti kelepsan am

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati