Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan Kosong Kastam Januari 2024 Secara Besar-besaran

Jawatan Kosong Kastam Januari 2024

Pengumuman Pengambilan jawatan kosong Kastam Januari 2024 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Melalui portal SPA9, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran kerja yang kini dibuka.

Sebelum membuat permohonan, adalah sangat penting untuk membaca dan memahami keperluan yang ditetapkan dalam permohonan dengan teliti.

Jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat dan berminat dengan bidang yang dinyatakan di bawah. Ikuti maklumat mengenai pengambilan jawatan kosong Kastam Januari 2024 berserta tip-tip soalan temuduga.

Pengambilan Jawatan Kosong Kastam Januari 2024 Berserta Contoh Soalan Psikometrik

image 159

Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah merupakan jabatan dibawah kerajaan malaysia. Dikenali sebagai JKDM, Jabatan ini memainkan perana penting menguruskan hal ehwal barangan melibatkan cukai, import dan eksport serta beberapa perkara lain.

Kini, JKDM menyeru calon-calon yang mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dijemput untuk memohon kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

Maklumat Mengenai Jawatan Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia

  • Majikan: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
  • Lokasi Kekosongan: Sila Rujuk Iklan
  • Status Jawatan: Kontrak/Tetap

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  • Penguasa Kastam WK41

Sebagai pemberitahuan kepada semua, proses permohonan untuk jawatan kosong ini tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh JKDM melalui SPA9.

Bilakah Tarikh Permohonan Untuk Jawatan Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Dibuka Dan Ditutup?

image 160

Permohonan jawatan kosong Kastam Januari 2024 sudah dibuka dan kami galakkan calon untuk mengemukakan permohonan secepat mungkin. Ini adalah kerana, tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2024 mengikut makluman dalam iklan jawatan (rujuk iklan jawatan di bawah).

Pemohon boleh mengemukakan permohonan mengikut panduan yang dinyatakan oleh SPA9 melalui kaedah dalam talian yang telah ditetapkan.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia?

Sebagai makluman kepada calon-calon, syarat kelayakan untuk memohon jawatan kosong adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik Ijazah.
  • Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Prosedur Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kastam

Semak Iklan Rasmi

image 23
Pengambilan Jawatan Kosong Kastam Januari 2024 Secara Besar-besaran 5

Berikut adalah iklan dan pengumuman daripada SPA untuk permohonan jawatan kosong Kastam Januari 2024. Boleh rujuk pada pautan dibawah:

Untuk membantu memudahkan urusan para cara membuat permohonan kami dengan senang hati menyediakan maklumat serta tips permohonan melalui spa9 kepada anda dengan harapan memudahkan urusan permohonan anda kali ini.

Panduan Permohonan Di SPA9

Untuk membuat permohonan, berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti:

  • Layari laman web SPA.
  • Jika belum mempunyai akaun di portal SPA, daftar akaun dengan mengikuti arahan pendaftaran.
  • Log masuk ke akaun yang telah didaftarkan.
  • Rujuk pengumuman jawatan Penguasa Kastam WK41 di bahagian “Jawatan Kosong”.
  • Sila teliti syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dalam pengumuman. Pastikan untuk anda memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.
  • Klik pada pautan untuk memohon jawatan.
  • Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi dan lampirkan dokumen yang diminta.
  • Semak kembali maklumat yang telah dimasukkan.
  • Ikuti arahan untuk mengesahkan status permohonan anda..

Anda perlu memastikan bahawa maklumat anda telah dikemaskini dan terbaru. Pastikan juga bahawa dokumen yang anda sedia adalah sepadan dengan yang diminta oleh SPA9. Urusan SPA9 adalah uruasan formal pastikan anda lakukan dengan baik.

Contoh Soalan Psikometrik Bagi Permohonan Permohonan Jawatan Penguasa Kastam WK41 Januari 2024

Bagi para calon yang berminat untuk mengemukakan, pihak admin dengan sukacitanya menyediakan lampiran dan rujukan kepada pemohon untuk merujuk contoh-contoh soalan psikometrik yang bakal anda hadapi.

Berikut adalah pautan yang mengandungi contoh soalan psikometrik bagi Permohonan Jawatan Penguasa Kastam WK41 Januari 2024:

17 KOMEN

  1. Assalamualaikum..saya berminat utk menjadi pegawai kastam. .saya kelulusan diploma
    Saya telah memohon jawatan pegawai kastam di SPA 9 tetapi sehingga kini belum ada apa apa pengumuman lagi . Boleh saya tahu adakah saya layak utk menyertai pegawai kastam?

  2. Sy merupakan seorg veteran ATM yg berpencen…adakah layak utk sy menyertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia…kecendurangan sy kearah pasukan elit Jabatan Kastam…Mohon pencerahan & maklum balas dr pihak Tuan…TQ

  3. assalamualaikum dan salam sejahtera,saya ingin memohon jawatan sebagai pengawai kastam,kerana meminati pekerjaan tersebut jadi saya ingin mengulas sepatah 2 kata,saya ingin sekali mendapat pekerjaan tersebut.

    • Saya ingin bekerja ini kerana berminat badan beruniform kerana ianya blh mendisiplinkan kita
      menjadi seorang yg berdedikasi dan bertanggungjawab .

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati