Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024

Jawatan kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024 telah dibuka untuk bulan Januari 2024. MMP adalah merupakan majlis yang menguruskan hal perubatan negara sangat memainkan peranan dalam perkara yang melibatkan kesihatan dan perubatan.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal tersebut, pihak MPM terpanggil untuk membuka jawatan kosong bagi mendapatkan tenaga kerja ambilan Januari 2024.

Bagi jawatan kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024 telah dibuka untuk calon yang mana pihak majikan menyeru rakyat Malaysia serta para calon yang berminat untuk mengemukakan permohonan dengan kadar segera.

Berkenaan Penerangan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024

Maklumat Mengenai Tawaran Kerja yang Dibuka

image 70

Ada beberapa jawatan yang sedang dibuka oleh Majlis Perubatan Malaysia ini yang bertujuan untuk memenuhi tuntutan tenaga kerja bagi bulan Januari 2024. Para pemohon boleh merujuk senarai jawatan yang boleh dimohon kerja.

Jadual dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024:

Jawatan KosongSkop Kerja
Pegawai Tadbir (BDHA)– Menyelaras penyampaian dan penyaluran maklumat rasmi MPM kepada pihak luar.
– Menguruskan pertanyaan dan maklum balas media berkenaan isu-isu berkaitan MPM di media sosial dan emel rasmi.
Pegawai Tadbir (BPPP)– Menyemak dokumen permohonan yang telah diterima untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.
– Menyelaras dan menguruskan urusan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.
Pembantu Tadbir– Membantu menguruskan urusan protokol majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.
– Membantu menguruskan persiapan dan urusan logistic bagi majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.

Tempoh Permohonan Kerja MPM

image 71
Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024 4

Peringatan kepada para calon untuk membuat permohonan dengan kadar segera dan menepati kaedah permohonan. Anda perlu menghantar permohonan sebelum 12 Januari 2024. Para calon boleh membuat semakan berkenaan iklan tawaran kerja yang disediakan dibawah.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah merupakan senarai syarat yang perlu anda ketahui bagi membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Mempunyai kelayakan minima SPM dan Ijazah Sarjana Muda berdasarkan jawatan yang dipohon.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
  6. Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  7. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
  8. Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum

Prosedur Mohon Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia Januari 2024

Rujuk Iklan Rasmi Majlis Perubatan Malaysia

Para calon diminta untuk membuat semakan terlebih dahulu berkenaan iklan jawatan kosong dalam urusan pengambilan pekerja kali ini. Peringatan bagi membuat semakan kerana melalui iklan ini disenaraikan jawatan kosong berserta maklumat lengkap yang para calon memboleh meneliti dan mengetahui syarat-syarat kelayakan serta maklumat yang lain.

Cara Permohonan Kerja oleh Para Calon

Kepada calon yang berminat, anda boleh kemukakan resume bergambar kepada pihak Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dengan tajuk emel PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MySTEP MPM sebelum atau pada 12 Januari 2024 (Jumaat). Hanya calon yang layak akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Berikut adalah cadangan untuk anda menyediakan beberapa dokumen seperti dibawah untuk urusan permohonan:

  • Kad pengenalan diri
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Sijil Kelulusan Akademik (sijil/Diploma/ljazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  • Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima)
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

Permohonan anda hendaklah dihantar melalui emel rasmi Majlis Perubatan Malaysia. Diharapkan para pemohon boleh membuat permohonan dengan baik dan pastikan anda membuat semakan bagi resume dan dokumen yang ingin dilampirkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati