Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10 Khasiat Kunyit Hidup dan Cara Minum Air Kunyit yang Betul

newww
10 KHASIAT KUNYIT HIDUP UNTUK KESIHATAN DAN CARA PENYEDIAAN JUS KUNYIT

Kunyit hidup, atau nama saintifik dikenali sebagai Curcuma longa, merupakan tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai “turmeric” dalam bahasa Inggeris. Kunyit hidup telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di kalangan pelbagai budaya di Asia, sebagai tumbuhan semulajadi yang mempunyai berbagai-bagai khasiat terutamanya untuk kesihatan manusia.

Di negara India, kunyit dikenali sebagai “Indian Gold” kerana kelebihannya yang banyak daripada sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Komponen utama daripada kunyit adalah kurkumin yang memiliki sifat antiradang, antioksida, antibakteria, dan antikanser yang dapat memperbaiki serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh manusia.

Kelebihan Kunyit Untuk Kesihatan

Berbagai-bagai kajian saintifik telah dijalankan untuk mengkaji manfaat kunyit bagi kesihatan manusia. Kajian tersebut tidak tertumpu dalam bidang perubatan, ia turut merangkumi bidang kosmetik, farmaseutikal, biokimia, agronomi, pertanian dan industri makanan.

Apakah itu Pokok Kunyit?

kunyit hidup 3
  • Nama saintifik : Curcuma longa
  • Famili tumbuhan: Zingiberaceae
  • Morfologi : Ketinggian melebihi 1 meter, rizom berwarna kuning, bersisik, memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau dan meruncing di hujung. Tumbuhan ini mengeluarkan bunga di celah-celah daun muda. Warna rizom kunyit ini berbeza dengan kunyit hitam yang jarang-jarang ditemui.

10 Khasiat Kunyit Hidup

  1. Menunjukkan sifat antiradang yang baik
  2. Dapat mengurangkan rasa kesakitan dan bengkak
  3. Membantu membunuh sel-sel kanser
  4. Memperbaiki kesihatan kulit
  5. Mengurangkan risiko diabetes
  6. Mengurangkan depresi dan kemurungan
  7. Memperbaiki fungsi otak
  8. Mengurangkan masalah asma
  9. Mengurangkan kesan alergi
  10. Membantu sistem pencernaan
bb
10 Khasiat Kunyit Hidup dan Cara Minum Air Kunyit yang Betul 5
Kebaikan Kunyit untuk Jantung
Kunyit hidup telah dikaji kaya dengan komponen kimia yang dikenali sebagai kurkumin. Kurkumin merupakan sebatian asas kepada aktiviti perubatan daripada kunyit hidup. Kurkumin yang terdapat dalam kunyit membantu mengurangi keradangan, mengawal tekanan darah, dan menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyumbatan arteri.
Kebaikan Kunyit untuk Buah Pinggang
Kurkumin daripada kunyit juga memiliki sifat antiradang dan antioksida yang dapat membantu melindungi buah pinggang daripada kerosakan. Pengambilan kunyit yang konsisten dan teratur dapat meningkatkan fungsi buah pinggang, mengurangkan risiko penyakit buah pinggang, serta menjaga keseimbangan elektrolit dan cairan dalam tubuh manusia, yang penting untuk kesihatan buah pinggang.

Cara Mendapatkan Kunyit Hidup

Anda boleh membeli kunyit hidup di mana-mana pasar atau kedai runcit kerana ia mudah didapati dan harganya juga adalah murah. Bagaimanapun, anda boleh menanam pokok kunyit di rumah kerana ianya mudah tumbuh sepanjang tahun.

Berikut adalah video tutorial cara menanam pokok kunyit di rumah anda sahaja:

Cara Penyediaan Jus Kunyit

Cara-cara penyediaan jus kunyit adalah seperti berikut:

  1. Kunyit hidup (rizom) hendaklah di­bersihkan kulitnya terlebih dahulu
  2. Rizom direndam dalam air bersama sedikit garam selama satu jam
  3. Kemudian, kunyit dikisar dengan lima gelas air.
  4. Campuran ditapis dan masukkan dalam botol kaca
  5. Masukkan sedikit asam keping dan madu
  6. Jus disimpan dalam peti sejuk
  7. Amalkan suku cawan jus kunyit setiap pagi atau malam sebanyak dua kali seminggu. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
kunyit hidup
Jus kunyit

Kunyit hidup adalah lebih tinggi khasiat daripada serbuk kunyit yang telah diproses. Anda harus rajin mengamalkan jus kunyit untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Bagaimanapun, jika anda memiliki masalah kesihatan yang kronik, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum mengamalkan jus kunyit sebagai minuman harian.

Soalan FAQs Berkenaan Kunyit Hidup

Bagaimanakah kita boleh mendapatkan kunyit hidup?

Anda boleh membeli di pasar dan kedai runcit ataupun menanam sendiri di rumah.

Apa nama saintifik kunyit hidup?

Nama saintifik kunyit hidup adalah Curcuma longa.

Adakah baik jika meminum jus kunyit hidup?

Ya, kerana jus kunyit hidup mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, seperti menyembuhkan luka, mengurangkan keradangan, membunuh sel kanser dan banyak lagi.

Apakah jenis pokok kunyit?

Pokok kunyit adalah sejenis tumbuhan herba daripada Famili Zingiberaceae, mempunyai bunga, daun, tangkai dan rizom.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati