Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

JAWATAN GURU TABIKA PERPADUAN JUN 2024

Makluman jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024. Ramai yang berminat untuk bekerja sebagai guru tabika, kini ia adalah peluang untuk anda dilantik bekerja sebagai guru tabika perpaduan dibawah kerajaan Malaysia.

Melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini mengumumkan kekosongan jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024. Permohonan adalah boleh merujuk permohonan secara atas talian dan mesti mengikuti syarat kelayakan dan beberapa maklumat lengkap yang lain.

Makluman JPNIN Berkenaan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

Maklumat Berkenaan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

Berikut adalah merupakan penerengan berkenaan tawaran jawatan kosong Guru Tabika Perpaduan Gred S29 yang dibuka untuk permohonan orang ramai secara manual dan online. Ikuti maklumat dalam jadual dibawah:

PerkaraMaklumat
Nama Skim PerkhidmatanGuru Tabika Perpaduan S29
AgensiJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Pahang
Jenis Skim PerkhidmatanPelaksana
GredS29
Gaji MinimumRM1,493.00
Gaji MaksimumRM5,672.00

Tempoh Permohonan Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

Untuk permohonan kali ini, dibuka permohonan untuk orang ramai berkenaan jawatan kosong Guru Tabika Perpaduan S29. Permohonan boleh dipohon dengan tempoh sekarang dan hendaklah membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 21 dan 24 Jun 2024 mengikut lokasi.

Penerangan Skop Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

Berikut adalah merupakan penerangan tugasan kerja bagi jawatan Guru Tabika Perpaduan S29:

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika.
  • Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
  • Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika.
  • Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugastugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Untuk mengetahui maklumat lanjut jawatan anda boleh merujuk laman rasmi JPNIN berkenaan jawatan yang anda ingin tahu lebih lanjut.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Pendaftaran KP19

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan mohon kerja JPNIN bagi jawatan Guru Tabika Perpaduan S29:

  • Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
  • Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon hendaklah memiliki DIPLOMA dalam Bidang berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di lokasi berkenaan sahaja.

Bagi langkah seterusnya, ketahui beberapa maklumat lanjut berkenaan tawaran kerja yang dibuka melalui pautan rasmi daripada JPNIN sendiri dibawah.

Rujuk Makluman Jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024

Bagi semakan berkenaan jawatan Guru Tabika Perpaduan Jun 2024, calon boleh pergi ke pautan rasmi yang disediakan oleh pihak JPNIN. Maklumat berkenaan hebahan kekosongan jawatan kosong di beberapa negeri boleh dirujuk melalui klik pada perkongsian berikut:

Merujuk pada iklan jawatan kosong JPNIN, terdapat 31 kekosongan untuk diisi dibawah JPNIN seluruh negeri yang terlibat secara umumnya.

Cara Mohon Kerja JPN

Berikut adalah merupakan langkah permohonan jawatan kosong di JPNIN:

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi dimana-mana Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah/ Negeri atau layari laman sesawang.
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21; dan
  • Borang permohonan yang lengkap berserta gambar terkini berukuran pasport hendaklah dikepilkan bersama-sama:
    • salinan kad pengenalan
    • salinan sijil kelahiran
    • salinan sijil berhenti sekolah
    • salinan sijil diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta transkrip akademik),
    • cetak slip pengiktirafan MQA,
    • salinan sijil SPM yang diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas atau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak (dua) 2 salinan.
  • Hendaklah dihantar kepada alamat yang berkenaan mengikut lokasi yang diinginkan.

Selepas membuat permohonan, para calon boleh membuat pertimbangan dan persediaan sekiranya terpilih untuk menjawat jawatan kosong kerja yang dimohon.

4 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati