Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan MPM Januari 2024

pengambilan jawatan MPM Januari 2024

Info terbaru berkenaan pengambilan MPM Januari 2024 yang dibuka kepada umum umum bagi permohonan kadar segera. Diminta kepada para calon untuk sentiasa cakna akan makluman pengambilan kerja yang telah dikeluarkan oleh Majlis.

Pada para calon yang berminat untuk membuat permohonan bagi pengambilan MPM Januari 2024 ini diminta kepada calon untuk membuat semakan beberapa maklumat yang penting serta siaran iklan rasmi yang kami lampirkan di bahagian bawah.

Berkenaan Pengambilan Jawatan MPM Januari 2024

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu Akta 225 ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM ini telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

pengambilan jawatan MPM Januari 2024
Pengambilan Jawatan MPM Januari 2024 4

Kini peluang anda untuk membuat permohonan mengenai  Pengambilan jawatan MPM Januari 2024. Peluang kerjaya keemasan untuk anda mengisi kekosongan di bahagian sektor awam seluruh malaysia. Dengan pelbagai jawatan yang telah dibuka, diharapkan para pemohon membuat permohonan segera.

Maklumat Pengambilan Jawatan MPM Januari 2024

Kini, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan yang mana mempunyai pelbagai tawaran kerja di seluruh Malaysia. Diminta kepada para pemohon untuk membuat semakan secara lengkap:

MaklumatPenerangan
Jawatan-Pegawai Peperiksaan Gred DG41
-Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
-Pembantu Makmal Gred C19
-Pembantu Operasi Gred N11
LokasiMPM, Selangor
Taraf JawatanTetap/Kontrak
MajikanMajlis Peperiksaan Malaysia

Bilakah Permohonan Akan Ditutup?

Para pemohon perlu mengambil cakna dan mengambil maklum mengenai tarikh penting untuk permohonan. Permohonan terbaru dibuka secara atas talian dan permohonan akan ditutup pada 13 Januari 2024 bersamaan hari Sabtu. Permohonan melalui borang online yang disediakan oleh MPM.

Syarat Kelayakan Permohonan Kerja Di MPM

Di bawah adalah syarat-syarat untuk pengambilan jawatan MPM januari 2024 yang para pemohon perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila rujuk syarat-syarat seperti di bawah:

  • Calon adalah warganegara malaysia.
  • PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan.
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan berkebolehan menaip menggunakan komputer.

Prosedur Permohonan Jawatan Kosong MPM

Rujukan Iklan Jawatan Kosong

Pastikan para calon membuat semakan iklan pengambilan jawatan MPM Januari 2024 yang perlu diteliti terlebih dahulu daripada syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan betul. Berikut adalah perkongsian mengenai semakan iklan jawatan kosong MPM yang telah dibuka kepada rakyat malaysia bagi mengisi kekosongan:

image 2
Pengambilan Jawatan MPM Januari 2024 5

Cara Memohon Jawatan Kosong MPM

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan pengambilan jawatan MPM Januari 2024:

  • Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di portal rasmi MPM.
  • Pemohon diminta untuk log masuk terlebih dahulu, sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun. Sila daftar akaun baharu.
  • Apabila pemohon berjaya log masuk, pemohon perlu untuk mengisi butiran dan maklumat diri berserta dokumen penting yang diperlukan.
  • Semak dahulu setiap jawatan yang ingin dimohon.
  • Sahkan permohonan anda.

Catatan kepada para pemohon:

  • Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.
  • Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.
  • Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Hubungi Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Bagi anda yang mempunyai masalah atau persoalan, boleh hubungi talian dibawah:

Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
03-6126 1600 
03-6136 1488
Emel : ppa[at]mpm.edu.my

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati