Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman KPM Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025

Makluman KPM Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025

KPM umum berkenaan minggu pertama sekolah sesi 2024/2025. Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang akan bermula tahun ni juga merupakan bulan ramadan. Melalui KPM, kebijaksanaan barisan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya bulan ramadan ini.

Seterusnya, KPM juga berhasrat untuk menimbulkan rasa seronok kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah secara konsisten. Perkara ini telah dimaklumkan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan program aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

Makluman KPM Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025

Pengumuman Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025 Tanpa kelas Akademik

image 3

Memandangkan sekolah dibuka seiring dengan permulaan bulan Ramadhan, Perkara ini bukanlah menjadi alasan untuk memastikan hasrat KPM melalui aktiviti-aktiviti minggu pertama ini iaitu :

  • Untuk melahirkan murid yang ceria guru yang bahagia sekolah bitara dan negara sejahtera dapat kita laksanakan dengan sebaik-baik kerjasama dan sokongan.
  • Semua peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah dipohon perlu memastikan kelancaran minggu pertama persekolahan ini.
  • Semua peringkat pengurusan tertinggi kementerian JPN dan PPD untuk hadir bersama ke sekolah pada minggu pertama persekolahan.

Tujuan kehadiran ke sekolah adalah untuk menzahirkan semangat kebersamaan semua peringkat pengurusan kpm dalam program pertama minggu ke sekolahan dan aktiviti ini bukanlah bersifat pemantauan atau penilaian tetapi lebih untuk menyantuni warga sekolah dalam program yang dilaksanakan di sekolah.

Minggu Pertama Sekolah Diisi Dengan Aktiviti Menarik

Tahun ini adalah merupakan tahun kedua KPM melaksanakan pendekatan sesi penggal persekolahan dibuka iaitu minggu pertama tiada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tapi minggu pertama adalah minggu untuk kita memastikan bahawa KPM mengalu-alukan kehadiran anak-anak didik ke sekolah.

Tujuannya adalah untuk mereka rasa berminat rasa seronok untuk hadir ke sekolah dan selepas itu budaya untuk hadir ke sekolah akan berterusan dan mereka mampu untuk mengekalkan momentum sepanjang tahun.

6 Konsep Pengisian dan Aktiviti Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025 Tanpa Kelas Akademik

Minggu pertama sesi persekolahan yang akan dibuka akan ada aktiviti pdpc dijalankan oleh guru. KPM telah mengingatkan minggu pertama sekolah mesti dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan murid sahaja. Pengisian minggu pertama persekolahan juga adalah berkaitan murid dan ibubapa. 6 konsep yang ditekankan adalah :

Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025

Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang

  • Permainan
  • Riadah / Senamrobik / Kecergasan
  • Sukaneka / Sukan

Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif

  • Aktiviti Projek
  • Aktiviti Penyelasaian Masalah
  • Aktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah

Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai

  • Aktiviti Minda dan Rekacipta
  • Aktiviti Pembelajaran Bertema
  • Aktiviti Pembelajaran Kendiri

Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

  • Aktiviti Bersama-sama Keluarga
  • Aktiviti Kemasyarakatan

Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

  • Aktiviti Berkumpulan
  • Aktiviti Serlah Bakat / Potensi
  • Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif

Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi

  • Aktiviti Integrasi Perpaduan
  • Aktiviti Persembahan Citra Budaya
  • Aktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)

Guru-guru boleh mendapatkan kit pengoperasian sekolah melalui KPM melalui pautan yang kami sediakan.

Panduan untuk Ibu Bapa Berkenaan Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025

Bila Bermula Minggu Pertama Sekolah Sesi 2024/2025?

Bagi tahun 2024, pembukaan sekolah berbeza mengikut kumpulan A dan kumpulan B. Anda boleh merujuk senarai buka sekolah dibawah:

  • Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 10 Mac 2024
  • Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11 Mac 2024

Bantuan Awal Persekolahan Setiap Negeri

Bagi pembukaan minggu pertama sekolah sesi 2024/2025, ibu bapa boleh membuat beberapa perkara yang patut untuk kemasukan anak ke sekolah. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada inisiatif yang disediakan oleh setiap negeri iaitu bantuan persekolahan yang anda boleh mohon mengikut negeri dibawah:

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Johor
  • Selangor
  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pulau Pinang
  • Perlis
  • Sabah
  • Sarawak

Kebiasaannya pada minggu pertama sekolah sesi 2024/2025, dibuka portal untuk permohan oleh penjaga dan ibu bapa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati