Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024

Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024

Hebahan pengambilan TUDM Siri 68/24 tahun 2024 sedang dibuka permohonan untuk para calon. Peluang mengisi awatan kosong yang disediakan adalah merupakan jawatan kosong bagi seluruh negara Malaysia yang mana pengambilan ini untuk kemasukan tahun 2024.

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian untuk memohon penggambilan TUDM Siri 68/24 yang menawarkan tawaran kerja yang menarik serta menawarkan gaji yang berpatutan untuk anda mulakan kerjaya di bawah pengurusan kententeraan.  

Makluman Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024 Bagi Lelaki

Dikenali sebagai TUDM, Tentera Udara Diraja Malaysia ini nama penting dalam memastikan keselamatan kawalan udara negara dan perkara melibatkan urusan hal ehwal pertahanan negara. TUDM juga sering membuka peluang kerjaya jadi tentera di seluruh negara.

Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024

Diumumkan melalui iklan pengambilan TUDM Siri 68/24 tahun 2024 yang bakal menempatkan tentera di seluruh Malaysia. Tanpa berlengah masa para pemohon boleh meneliti beberapa maklumat seperti yang disediakan dari bawah sehingga cara permohonan yang paling calon boleh ikuti.

Maklumat Tawaran Kerja TUDM

Dibawah adalah beberapa maklumat mengenai pengambilan TUDM Siri 68/24 tahun 2024 yang mana dibuka tawaran kerja di seluruh negara Malaysia. Diminta kepada para pemohon untuk membuat semakan dengan terperinci:

MaklumatPenerangan
Jawatan KosongPERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 68/24 (LELAKI)
MajikanTentera Udara Diraja Malaysia(TUDM)
PengambilanSiri 68/24
PenempatanPusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Cara PermohonanAtas Talian

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan Kerja TUDM?

Permohonan kini dibuka secara atas talian bermula 27 November 2023 dan permohonan akan ditutup pada 7 januari 2024. Kemukakan permohoinan mengikut portal permohonan TUDM.

Syarat Kelayakan Asas Permohonan Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024

Berikut adalah merupakan syarat untuk permohonan kerja yang mesti dipenuhi oleh calon permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.
  3. Penglihatan –
    • Dapat melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak mempunyai rabun warna.
  4. Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa menggunakan alat bantuan pengdengaran
  5. Calon Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Kelayakan FIzikal

Berikut adalah kelayakan fizikal yang mesti dipenuhi oleh para calon untuk melayakkan diri melepasi tapisan:

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki Diantara 18 hingga 25

Syarat Kelayakan Akademik Permohonan Calon

Untuk pemohon, wajib merujuk syarat kelayakan akademik bagi membuat permohonan berdasarkan kelayakan seperti dibawah:

  1. SPM – Gaji Permulaan : RM1,564.00
  2. SVM – Gaji Permulaan : RM1,564.00
  3. SKM TAHAP 2 – Gaji Permulaan : RM1,630.01
  4. SKM TAHAP 3 – Gaji Permulaan : RM1,696.02
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Gaji Permulaan : RM2,026.07

Tatacara Permohonan Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024 Bagi Lelaki

Pengambilan TUDM Siri 68/24 Tahun 2024

Berikut adalah perkongsian mengenai pautan iklan pengambilan TUDM yang telah dibuka kepada rakyat malaysia bagi mengisi kekosongan seluruh negara:

Langkah Membuat Permohonan Kerja TUDM

Berikut adalah cara membuat permohonan untuk kemasukan jawatan perajurit muda. Permohonan anda perlulah jelas dan menepati dengan syarat yang diminta.

  1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon) di Laman Portal TUDM.
  2. Log masuk ke bahagian pemohon.
  3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Untuk pengetahuan semua, borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Selain itu, Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon. Untuk pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Sebarang Pertanyaan dan Persoalan

Anda boleh terus menghubungi talian dibawah untuk membuat pertanyaan secara lansung:

Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook Kerjaya & Pengambilan TUDM

7 KOMEN

  1. Umur tak lebih 25 lagi pada 15 Jun 2024. Sebab birthday 28/12. tapi kenapa bila login takda tempat nak mohon dengan dashboard? sebelum ni ada je sebab pernah mohon pengambilan sebelum ni cuma tak terpilih pemilihan akhir.

  2. saya banyak kali mohon tapi tak dapat ..mungkin disebabkan e-mail Sya terlepas pandang, kalau diberikan peluang kepada sya. Sya akan jalankan tanggungjawab dengan saksama dan jujur

  3. Saya banyak kali mohon tak dapat .sebab saya minat jadi tentera udara macam pak cik saya .lagi pun ayah saya tentera darat. Kalau dapat tel saya 0182855950

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati