Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL

Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL
Public Holiday 2024 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, yang sering dipendekkan dengan kata mesra oleh pengembara dan penduduk tempatan sama-sama menjadi “KL,” adalah jantung konkrit Malaysia yang berdegup kencang. Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia dan bandar paling ramai penduduk; ia adalah kuasa dari ekonomi dan budaya di Asia Tenggara.

Public Holiday 2024 Kuala Lumpur telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kuala Lumpur pada tarikh yang ditetapkan di Kuala Lumpur Malaysia. Tarikh ini boleh diubah suai jika perubahan rasmi diumumkan. Di artiekl ini, anda boleh menyemak tentang senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan juga tempat-tempat menarik yang anda boleh bercuti atau kunjungi di Kuala Lumpur.

Pembagunan Terkini Di Kuala Lumpur

kl 5
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 12

Sejarah Asal Usul Kuala Lumpur Dibangunkan

kl 2
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 13

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah “Pengkalan Lumpur”, lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir. 

Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur

kl 9
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 14

Harap maklum bawah tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam senarai ini adalah seperti yang diumumkan atau diwartakan namun tertakluk kepada sebarang perubahan rasmi dari kerajaan atau pihak yang berkaitan.

DateDayHoliday
1 JanMonNew Year’s Day
25 JanThuThaipusam
1 FebThuFederal Territory Day
10 FebSatChinese New Year
11 FebSunChinese New Year Holiday
12 FebMonChinese New Year Holiday
28 MarThuNuzul Al-Quran
10 AprWedHari Raya Aidilfitri
11 AprThuHari Raya Aidilfitri Holiday
1 MayWedLabour Day
22 MayWedWesak Day
3 JunMonAgong’s Birthday
17 JunMonHari Raya Haji
7 JulSunAwal Muharram
8 JulMonAwal Muharram Holiday
31 AugSatMerdeka Day
16 SepMonProphet Muhammad’s Birthday
16 SepMonMalaysia Day
17 SepTueMalaysia Day Holiday
31 OctThuDeepavali
25 DecWedChristmas Day

Halaman ini mengandungi kalendar semua senarai Public Holiday Kuala Lumpur 2024. Tarikh-tarikh ini mungkin diubah suai apabila perubahan rasmi diumumkan, jadi sila semak semula di PublicHoliday.com dengan kerap untuk mendapatkan kemas kini.

Senarai Hujung Minggu Panjang Public Holiday 2024 Kuala Lumpur

kl 10
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 15

Terdapat 6 cuti hujung minggu yang panjang pada tahun 2024 untuk Kuala Lumpur Malaysia. Kepada anda yang mempunyai niat untuk bercuti ke Kuala Lumpur boleh memilih minggu apa yang anda sukai. Jangan menunggu lama-lama, Kuala Lumpur menanti anda!

Cuti UmumTarikhHari
Cuti Tahun Baru30 Disember 2023 – 1 Januari 2024Sabtu – Isnin
Cuti Tahun Baru Cina10 – 12 Februari 2024Sabtu – Isnin
Hari Keputeraan Agong1 – 3 Jun 2024Sabtu – Isnin
Cuti Hari Raya Haji15 – 18 Jun 2024Sabtu – Selasa
Cuti Awal Muharram6 – 8 Julai 2024Sabtu – Isnin
Hari Malaysia & Cuti Maulid Nabi Muhammad14 – 16 SeptemberSabtu – Isnin

5 Tempat Menarik Bercuti Di Kuala Lumpur

kl 12
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 16

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia yang terkenal dengan bangunan pencakar langit, kepelbagaian budaya, makanan yang sedap dan pemandangan yang unik. Anda boleh cari street food, melawat tempat-tempat ikonik, taman tema air atau melarikan diri dari cuaca panas dengan lawatan balik hari ke Genting Highlands. Banyak tempat yang boleh dicuba di ibu kota Kuala Lumpur ini antaranya:

1. Menara Kuala Lumpur

kl 13
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 17

Menara telekomunikasi tertinggi di Malaysia ini bukan sahaja berfungsi untuk tujuan perhubungan semata-mata malah merupakan antara tarikan pelancongan di Kuala Lumpur yang paling menjadi tumpuan pelancong. Di sini, terdapat revolving restaurant yang sangat unik suasananya yang boleh anda bersantapan bersama keluarga & rakan-rakan. 

  • Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Taman Burung Kuala Lumpur

kl 14
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 18

Satu tarikan pelancongan di KL yang sangat sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman bermain-main dengan burung secara langsung. Taman Burung KL menempatkan lebih 2000 ekor burung yang terdiri daripada lebih 200 spesis burung.

  • KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur

3. Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel

kl 15
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 19

Hotel mewah yang bersambung dengan KL Sentral Station ini menawarkan penginapan yang ideal untuk mereka yang inginkan lokasi yang strategik dan landskap hotel yang menarik di KL. Infinity pool di rooftop hotel ini merupakan satu fasiliti yang wajib pengunjung cuba terutamanya di waktu malam atau pagi untuk melihat keindahan panorama bandaraya KL.

  • No. 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

4. Petrosains Kuala Lumpur

kl 16
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 20

Petrosains Science Discovery Centre merupakan pusat penerokaan sains yang terletak pada aras 4 di Menara Berkembar Petronas. Destinasi ini sesuai untuk anak-anak anda mengasah minda dengan pelbagai tarikan interaktif yang mungkin boleh anda sekeluarga habiskan masa sekitar 1-2 jam. Kompleks seakan muzium ini memang agak besar & padat dengan informasi ilmiah yang berguna untuk pengetahuan umum khususnya dalam bidang sains petroleum & teknologi.

  • Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

5. Masjid Wilayah Persekutuan

kl 17
Senarai Public Holiday 2024 Kuala Lumpur dan Lokasi Terbaik Bercuti Di KL 21

Anda pernah ke Blue Mosque yang terletak di Istabul, Turki ? Kalau belum pernah, apa kata datang ke Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak tidak jauh dengan Kompleks Kerajaan di Jalan Duta. Masjid yang sangat besar ini siap dibina pada tahun 2000 & mempunyai ciri senibina bersumberkan konsep-konsep masjid Othmaniah di Turki & juga elemen senibina Melayu.

  • Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur

Soalan FAQs Berkaitan Public Holiday 2024 Kuala Lumpur

1. Berapakah cuti umum yang terdapat di Malaysia pada tahun 2024?

Terdapat 19 cuti umum kebangsaan pada tahun 2024.

2. Berapakah tarikh Public Holiday 2024 Kuala Lumpur?

Terdapat 21 Public Holiday 2024 Kuala Lumpur.

3. Adakah terdapat Public Holiday 2024 dii Kuala Lumpur pada Tahun Baru Cina 2024?

Tahun Baru Cina 10 Februari 2024 – 11 Februari 2024, Sabtu – Ahad, Isnin, 12 Februari 2024, akan menjadi cuti umum jika hari rehat anda jatuh pada 11 Februari 2024.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati