Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Bayaran JKM 2024, Senarai Bantuan JKM 2024 dan Cara Mohon Bantuan JKM

tarikh bayaran jkm 2024

Makluman mengenai tarikh bayaran JKM 2024. Pemberian bayaran bantuan JKM adalah bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelansungan hidup dengan baik melalui inisiatif yang diperkenalkan.

Di samping itu, JKM juga membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan. Untuk golongan yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat(JKM) anda boleh membuat semakan mengenai tarikh bayaran JKM 2024.

Berkenaan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Senarai Bantuan JKM Tahun 2024

image 251
Tarikh Bayaran JKM 2024, Senarai Bantuan JKM 2024 dan Cara Mohon Bantuan JKM 6

Bagi tahun 2024, JKM masih meneruskan beberapa siri penyaluran bantuan kepada golongan yang layak. Berikut adalah senarai bantuan JKM tahun 2024:

  1. Elaun Pekerja Cacat
  2. Bantuan Am Persekutuan
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  4. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  7. Bantuan Orang Tua (BOT)

Bantuan yang disenaraikan ini boleh dibuat permohonan dengan mengikuti cara-cara yang betul. Anda boleh rujuk cara untuk memohon bantuan dibawah.

Jadual Tarikh Bayaran JKM 2024

image 253

Untuk pengetahuan anda, pihak JKM tidak menetapkan penyaluran bantuan mengikut tarikh khusus secara rasmi. Namun, bantuan JKM kebiasaannya disalurkan mengikut awal bulan iaitu sebelum 10 hari bulan pada setiap bulan:

PerkaraTempohg Kredit
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Januarisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Februarisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Macsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Aprilsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Meisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Junsebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Julaisebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Ogossebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Septembersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM 2024 Bulan Oktobersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM Bulan Novembersebelum 10 haribulan
Tarikh Bayaran JKM Bulan Disembersebelum 10 haribulan

Bayaran JKM mungkin juga akan diawalkan daripada kebiasaannya. Segala perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan JKM.

Panduan Permohonan Bantuan JKM Tahun 2024

Cara Mohon Bantuan JKM

image 252
Tarikh Bayaran JKM 2024, Senarai Bantuan JKM 2024 dan Cara Mohon Bantuan JKM 7

Permohonan bantuan JKM untuk rakyat Malaysia secara bulanan boleh dibuat melalui portal JKM. Berikut adalah langkah-langkah untuk buat permohonan secara online:

  1. Sila layari laman web eBantuanJKM.
  2. Anda perlu membuat pendaftaran permohonan mengikut negeri
  3. Kemudian isikan nombor kad pengenalan
  4. Seterusnya, anda perlu lengkapkan borang berkaitan.
  5. Pengurusan permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Bagi permohonan yang didaftarkan akan dibuat siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon yang layak.

Nota : Anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda mohon dalam tempoh 14 hari dan permohonan secara atas talian anda akan diproses. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, maka sistem akan membatalkan permohonan secara automatik.

Cara Semak Permohonan JKM

image 250
Tarikh Bayaran JKM 2024, Senarai Bantuan JKM 2024 dan Cara Mohon Bantuan JKM 8

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Sila layari ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Klik butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Kemudian masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Sekiranya permohonan bantuan JKM anda berjaya maka akan disalurkan bantuan JKM secara bulanan seawal 10 hari bulan pada setiap bulan.

Soalan FAQs Berkenaan Bantuan JKM dan Tarikh Pembayaran Tahun 2024

Berapa bantuan JKM?

Bantuan JKM adalah bermula antara RM100 sehingga RM1000 berdasarkan rekod lepas bergantun pada jenis bantuan yang layak untuk penerima.

Berapa bantuan JKM 2024?

Bantuan JKM 2024, masih diteruskan untuk masa ini. Pada sebelum ini sudah mempunyai kenaikan mengenai bayaran bantuan JKM.

Berapa lama proses permohonan bantuan JKM?

Proses yang di ambil oleh pihak JKM dalam beberapa hari berdasarkan permohonan. Sekiranya tiada masalah maka pihak JKM akan mudahkan urusan permohonan untuk bakal penerima.

Berapa bantuan OKU?

Bayaran bagi bantuan OKU adalah sebanyak RM300 sebulan dan ianya adalah merupakan bayaran secara bulanan kepada golongan OKU yang pelbagai.

15 KOMEN

  1. Askom,saya nak tanya bayaran JKM untuk bulan April 2024 macam mana,adakah ia dibayar sebelum hari raya aidilfitri ?,

  2. saya dari pehak wee long nk beri bantuan dari seorang budak uko bername muhammadazuaar bin abdul razak dan itu saya nk transfer account bank dia sebanyak RM5.000.00RINGGIT TUNAI DAN ITU YANG BERDERME ITU PERJA SAYA MUHAMMAD ASMADI BIN JANTAN ESOK BOLEH X PEHAK JKM MAHJID TANAH DATANG KEPEJABAT SAYA PADA PUKUL;09.30 UNTUK PEHAK JKM MAHJID TANAH.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati