Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Rasmi Hari Good Friday 2024

GOOD FRIDAY 2024

Bilakah Good Friday 2024? Negara Malaysia sememangnya sebuah negara yang majmuk dan mempunyai kepelbagaian bangsa dan agama. Oleh sebab itu negara kita diangkat sebagai negara aman kerana mampu hidup aman damai bersama 3 bangsa dan kaum berbeza.

Di negeri Sabah dan Sarawak terdapat cuti umum yang diperuntukan iaitu Good Friday 2024. Ia adalah merupakan hari peristiwa penting bagi penganut agama Kristian Malaysia.

Berkenaan Sambutan Good Friday 2024

Apakah itu Good Friday 2024?

Tarikh Rasmi Hari Good Friday 2024

Good Friday ialah satu sambutan yang disambut pada hari Jumaat sebelum hari Easter, iaitu hari di mana orang Kristian setiap tahun merayakan ulang tahun Penyaliban dan kematian Jesus di Kalvari. Sejak permulaan agama Kristian, Good Friday telah ditafsirkan sebagai hari kesedihan, penebusan dosa, dan kekudusan dalam agama Kristian.

Di Malaysia Good Friday dikenali sebagai Jumaat agung. Hari kematian Jesus sebenarnya tidak dicatat dengan jelas dalam Bible. Ada pihak yang mendakwa ia jatuh pada hari Rabu, tetapi lebih ramai yang menyatakannya pada hari Jumaat.

Berdasarkan perincian kitab suci berkenaan perbicaraan bab ini, dan analisis saintifik, peristiwa penyaliban Jesus berkemungkinan besar berlaku pada hari Jumaat, tetapi tarikh sebenar kejadian ini tidak diketahui sehingga hari ini.

Tarikh Rasmi Perayaaan Good Friday 2024

Sambutan perayaan Good Friday 2024 disambut pada tarikh 29 Mac 2024 bersamaan hari Jumaat. Diperuntukan khas sebagai cuti umum di negeri Sabah dan Sarawak. Perayaan Good Friday 2024 ini dianggap sebagai tanda kepelbagaian bangsa dan agama dalam negara Malaysia.

Hari PerayaanTarikh RasmiHari
Good Friday29 Mac 2024Jumaat

Penerangan dan Sambutan Perayaan Good Friday 2024

Kenapa Good Friday Disambut? Apakah Perbezaan dengan Hari Easter?

image 48

Mungkin ramai yang tertanya apakah itu Good Friday? Ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah hari yang sama dengan hari Easter. Menurut pendapat, perayaan Easter ini adalah antara perayaan utama pengganut Kristian seperti Hari Krismas.

Hari Easter merupakan salah satu kepercayaan Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia sambutan ini diantara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Tarikh Rasmi Sambutan Hari Easter

Bagi tahun 2024, hari Easter akan disambut pada 31 Mac 2024. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh masyarakat Kristian dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.

Di hari Ahad pula dipanggil Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, bagi penganut Kristian akan menerima daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Simbolik Sambutan Hari Easter

Simbolik Arnab dan Telur Berwarna-warni Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi dari agama Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga.

Upacara Semasa Good Friday

image 49

Semasa hari Good Friday, masyarakat Kristian di seluruh dunia termasuk di Malaysia akan mengadakan upacara perarakan sembahyang Jalan Salib di gereja masing-masing sempena Good Friday.

Good Friday atau dikenali Jumaat Agung ini akan disambut menjelang sambutan Easter Day atau Hari Paska pada hari Ahad kebiasaan tahun ke tahun. Di negara kita, Masyarakat Sabah yang beragama Kristian akan mengadakan upacara sembahyang Jalan Salib diketuai oleh seorang Reverend.

Semasa upacara sembahyang tersebut akan disertai ribuan masyarakat Kristian akan berarak kelilingi gereja.Semasa Good Friday juga, seluruh umat Kristian akan berpuasa untuk mengingati kesengsaraan yang dilalui Jesus sebelum mati disalibkan bagi menebus dosa manusia menurut kepercayaan Kristian.

Soalan FAQs Berkenaan Good Friday 2024

Apa sebenarnya yang berlaku pada Good Friday?

Hari pengorbanan dan kematian Jesus untuk menebus dosa manusia mengikut kepercayaan agama Kristian.

Adakah Good Friday cuti di Malaysia?

Ya, cuti umum untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Apakah yang dilakukan oleh umat Kristian pada hari Good Friday?

Terdapat beberapa upacara dilakukan seperti sembahyang, pembabtisan, puasa dan lain-lain.

Kenapa Good Friday dipanggil baik?

Ia sebenarnya dipanggil Jumaat Agung untuk mengingati hari kematian Jesus.

Mengapa dipanggil Good Friday apabila Jesus mati?

Kerana hari tersebut adalah hari suci dan baik bagi penganut Kristian. Jesus mati kerana berkorban menyucikan manusia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati