Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda Sakit Buah Pinggang Dari Tahap 1 Dan Tahap 4 serta Cara Cegah Buah Pinggang Rosak

Tanda Sakit Buah Pinggang  Dari Tahap 1 Dan Tahap 4 serta Cara Cegah Buah Pinggang Rosak

Peningkatan kes penyakit buah pinggang dalam kalangan masyarakat amat membina bangkai penyakit ini kebiasaan berpunca daripada gaya hidup dan temiat pemakanan tidak sihat hal ini seterusnya menyebabkan ramai berisiko tinggi menghidapi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sekiranya kedua-dua penyakit ini tidak dikawal dengan baik ia berpotensi menyumbang kepada komplikasi buah pinggang.

Sila ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai gejala, punca, fungsi dan cara rawatannya yang betul.

Cegah Buah Pinggang Sebelum Parah!

20240201 090733 0001
Tanda Sakit Buah Pinggang Dari Tahap 1 Dan Tahap 4 serta Cara Cegah Buah Pinggang Rosak 3

Apakah itu buah pinggang

Buah pinggang ialah sepasang organ berbentuk seperti kacang yang terletak di bahagian belakang perut, di bawah tulang rusuk. Buah pinggang berada di sebelah kanan lebih bawah daripada yang di sebelah kiri kerana organ hati mendorongnya ke bawah. Selain itu juga ia sangat dikenali sebagai satu organ dalam badan manusia berfungsi untuk menyaring darah, menyikirkan bahan buangan serta mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh.

Fungsi buah pinggang

Fungsinya melibatkan tiga aspek utama iaitu:

  1. Buah pinggang berperanan dalam menyingkirkan sisa toksik yang dikenali sebagai urea dan kreatinin.
  2. Mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan
  3. Buah pinggang turut membantu mengekalkan keseimbangan asid dalam badan, mengawal keseimbangan pH dan mengurus garam mineral seperti natrium, kalium dan sebagainya

Selain fungsi utama tersebut, terdapat fungsi tambahan seperti:

  1. Membantu dalam mengekalkan keseimbangan tekanan darah
  2. Menghasilkan hormon erythropoietin yang berperanan penting dalam pembentukan sel darah merah
  3. Mengaktifkan vitamin D dalam tubuh, yang penting untuk pertumbuhan tulang pada kanak-kanak dan pembentukan tulang yang kuat pada golongan dewasa

Punca kerosakan buah pinggang

Penyakit ini adalah satu keadaan yang perlu dipantau dengan teliti kerana boleh disebabkan oleh beberapa faktor antara punca-punca yang memerlukan perhatian termasuklah, kencing manis. Keadaan ini melibatkan peningkatan gula dalam darah yang boleh memberi tekanan. Selain itu juga tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah di buah pinggang dan membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Gangguan yang menyebabkan halangan ataupun penyumbatan pada ginjal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius serta penggunaan berlebihan ubat tahan sakit atau alergik terhadap antibiotik boleh memberi kesan negatif kepada buah pinggang.

Tanda dan gejala

Tanda-tanda tahap rosak buah pinggang mengikut tahap adalah seperti berikut:

Tanda tahap 1

Tanda-tanda awal yang kecil

  • Masih berfungsi dengan baik
  • dan mungkin terdapat darah dalam air kencing atau tahap protein yang tinggi

Tanda tahap 2

  • Fungsinya mula berkurangan
  • Mungkin bengkak di sekeliling mata menunjukkan kebocoran protein dalam air kencing
  • Ujian kreatinin, ujian air kencing dan ujian darah boleh membantu mengesan masalah ini

Tanda Tahap 3

  • Tanda-tanda serius seperti keletihan dan bengkak buku lali mungkin muncul
  • Berlakunya perubahan dalam kekerapan dan jumlah kencing
  • Ujian darah mungkin mengesan anemia dan penyakit tulang awal.

Tanda tahap 4

  • Fungsi penapisan mula berkurang
  • Gejala termasuk loya berterusan, perubahan rasa di mulut dan kesukaran menumpukan perhatian.

Penting untuk mendapatkan nasihat doktor dan ujian berkala untuk mengesan awal penyakit ini dan mengambil langkah-langkah yang sesuai.

Bolehkah Sakit Buah Pinggang Sembuh?

Penyakit ini merupakan penyakit senyap yang berbahaya kerana ia selalunya tidak menunjukkan gejala yang ketara sehingga ia sudah parah. Oleh itu, amalan pemakanan sihat amat penting bagi mengurangkan risiko.

Cara Pencegahannya

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengelak masalah ini, antaranya:

  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat dengan banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari
  • Berhenti merokok
  • Mengelakkan ubat-ubatan yang boleh memudaratkan seperti ubat kurus badan atau suplemen kecantikan
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Senaman secara tetap sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
  • Dan mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor.

Prosedur rawatan

Bagi mengesan dengan lebih awal anda digalakkan untuk buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, ia biasanya boleh dikesan dengan mudah menerusi :

  1. Air kencing
  2. Ujian darah

Sekiranya anda alami sakit seperti gejala di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan diagnosis yang tepat.

Soalan FAQs Berkenaan Buah Pinggang

apakah itu buah pinggang

Penyakit buah pinggang adalah keadaan di mana buah pinggang tidak berfungsi dengan baik untuk menapis dan membuang, bahan buangan dan cecair dari dalam badan.

Apakah punca utama?

Punca utama termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, faktor keturunan dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang senaman dan pemakanan tidak seimbang juga meningkatkan risiko.

Apakah tanda-tanda awal penyakit ini?

Tanda-tanda kencing berbuih atau berdarah, bengkak pada kaki dan muka demam, sakit pinggang dan keletihan

Bagaimana cara untuk menjaganya?

Cara menjaga kesihatan termasuk kawal tekanan darah dan gula, minum cukup air, makanan sihat, berhenti merokok, bersenam dan elakkan ubat berisiko.

Bagaimana untuk merawat penyakit ini?

Rawatan bergantung pada punca dan tahap keseriusan ubatan, dialisis dan pembedahan pemindahan adalah antara rawatan yang boleh diberikan

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati