Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JPJ Umum Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru 2024 Latest

JPJ Umum Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru 2024

Makluman terbaru berkenaan Sijil Pemilikan Kenderaan terbaru yang dikeluarkan oleh JPJ. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) diperkenalkan dengan reka bentuk baru 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Buat kali kedua JPJ telah kemaskini sijil pemilikan kenderaan yang dilakukan bagi tujuan memperbaiki Vehicle Ownership Certificate (VOC) sejak tahun 2016.

Ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan sijil pemilikan kenderaan terbaru 2024 dan lain-lain cara untuk dapatkan sijil pemilikan kenderaan terbaru.

Berkenaan Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru 2024

Apa itu Sijil Pemilikan Kenderaan?

Sijil Pemilikan Kenderaan ialah sebuah dokumen penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan di negara Malaysia. Dokumen adalah untuk membuktikan bahawa anda adalah pemilik sah kenderaan tersebut melalui sijil rasmi yang dikeluarkan oleh JPJ.

Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai jenis sijil ini, anda mungkin menghadapi masalah seperti kesukaran dalam membaharui cukai jalan, menukar milik kenderaan, atau mendapatkan perlindungan insurans yang anda inginkan.

Ciri Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru 2024

sijil pemilikan kenderaan terbaru

Berdasarkan rupa sijil pemilikan kenderaan terbaru diperkenalkan, ia hadir dengan reka bentuk baharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VCO) dan juga turut di lengkapi watermark logo JPJ bagi mengelak kes pemalsuan

Dimaklumkan juga oleh JPJ, bagi pemilik sijil semilikan kenderaan sedia ada, adalah tidak perlu risau kerana, sijil asal sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar kepada jenis sijil baharu.

Pelaksanaan Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru Oleh JPJ

Untuk pemilik kenderaan lama yang masih belum menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), Pengguna boleh hadir ke pejabat cawangan JPJ berhampiran bagi mendapatkan bantuan untuk membuat pertukaran daripada Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Menurut JPJ pelaksanaan VOC ini, adalah untuk memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian supaya segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas.

Menrut info, VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan atau VOC

sijil pemilikan kenderaan terbaru jpj

Turut dikongsikan kepada anda berkenaan dengan cara untuk mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan atau VOC di Malaysia:

Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru 2024

  • Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah pemilik mendaftar kenderaan baharu.
  • Akan melalui proses semasa pendaftaran kenderaan di pejabat JPJ atau pusat khidmat JPJ yang diluluskan sahaja.

Cara Dapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru Bagi Pemindahan Pemilikan Kenderaan Terpakai

  • Pemilik kenderaan baharu perlu mengisi borang pemindahan hak milik (Borang JPJ K1).
  • Maklumat pemilik baharu dan butiran kenderaan dikemas kini oleh sistem JPJ.
  • Sijil VOC baharu akan dikeluarkan atas nama pemilik kenderaan baharu.

Cara Ganti Sijil Pemilikan Kenderaan Rosak Atau Hilang

  • Lengkapkan borang permohonan sijil yang baharu (Borang JPJ K3)
  • Boleh kemukakan dokumen sokongan seperti lesen memandu, laporan polis (jika hilang)
  • Pengguna perlu membuat bayaran pemprosesan yang ditetapkan
  • Sijil yang baharu akan dikeluarkan dalam tempoh masa ditetapkan oleh JPJ.

Cara Semak Sijil Pemilikan Kenderaan Terbaru

Bagi mereka yang hendak membuat semakan sijil pemilikan kenderaan terbaru, anda boleh menggunakan lamam yang JPJ sediakan khidmat semakan VOC dan pemilikan kenderaan secara online.

Segala jenis butiran kenderaan seperti pemilik dan status pemilikan boleh disemak secara atas talian. Untuk semakan secara online, anda boleh login menerusi aplikasi MySikap atau menerusi website MySikap JPJ.

1 komen

  1. Nak tanya la kan .. kalau pemilik kenderaan atas nama abang nak tukar hak milik kepada adik boleh ke ? Bayar atas nama abg sebab loan abang. Semua adik yang bayar

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati