Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM dan Senarai Lokasi Jelajah Seluruh Malaysia

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM
Kurikulum Persekolahan 2027 KPM dan Senarai Lokasi Jelajah Seluruh Malaysia 6

Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah memperkenalkan inisiatif kurikulum baharu iaitu ‘Kurikulum Persekolahan 2027 KPM’ yang bermatlamat untuk membina bangsa Malaysia yang berjaya dari segi pendidikan dan pembangunan karakter.

Berkenaan Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Apa itu Kurikulum Persekolahan 2027 KPM?

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM
Kurikulum Persekolahan 2027 KPM dan Senarai Lokasi Jelajah Seluruh Malaysia 7

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM berasaskan standard menetapkan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu.

Kurikulum berorientasikan kompetensi menekankan T keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna

Kurikulum 2027 akan menggabungkan kedua-dua pendekatan Ini.

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Matlamat yang diperkenalkan adalah untuk mencapai beberapa perkara seperti dibawah:

  • Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  • Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  • Berdaya saing pada peringkat global.

Tahap dan Fokus Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Kurikulum kali ini hadir dengan beberapa fokus mengikut peringkat. Bermula daripada pendidikan Pra sehingga sekolah menengah.

  • PRASEKOLAH : Kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.
  • TAHAP 1 (TAHUN 1 dan TAHUN 2) : Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
  • TAHAP 2 (TAHUN 3 dan TAHUN 4) : Aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta pembentukan karakter.
  • TAHAP 3 (TAHUN 5 dan TAHUN 6) : Kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi dan pembentukan karakter.
  • MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1 HINGGA 3) : Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat dan pembentukan karakter.
  • MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 dan TINGKATAN 5) : Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi.

Pendekatan Baharu Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Pendidikan Karakter

  • Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
  • Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia pembelajaran. dan berfikiran positif dalam
  • Bermula dari Prasekolah sehingga ke peringkat Menengah Atas.
  • Slot masa yang khusus dalam jadual waktu.

Penekanan kepada Literasi dan Numerasi

  • Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
  • Intervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
  • Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.

Kelas Pembelajaran bersepadu

  • Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Pendekatan PdP yang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilm u ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
  • Pembelajaran murid menjadi lebih holistik, relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.

Lokasi Siri Jelajah Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Pihak KPM akan mengadakan jelajah ke seluruh Malaysia bagi memberi penerangan berkenaan Kurikulum Persekolahan 2027 KPM di negeri-negeri dalam Malaysia. Untuk makluman, bahawa jelajah pendidikan ini diadakan seiring dengan program yang diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Malaysia. Berikut adalah merupakan jadual bagi setiap negeri untuk jelajah kurikulum persekolahan:

NegeriTarikh
Kuala Lumpur1-3 Mac 2024
Sarawak7-9 Mac 2024
Negeri Sembilan4-6 April 2024
Terengganu18-20 April 2024
Pulau Pinang26-28 April 2024
Pahang14-16 Mei 2024
Melaka31 Mei 2 Jun 2024
Kelantan6-8 Jun 2024
Perak14-16 Jun 2024
Kedah dan Perlis4-6 Julai 2024
Sabah dan Labuan12-14 Julai 2024
Johor25-27 Julai 2024

Sebab Pengenalan Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Kurikulum Persekolahan 2027 KPM

Berikut adalah beberapa sebab kenapa diperkenalkan kurikulum persekolahan 2027 KPM:

Dapatan Sesi Libat Urus, Resolusi Persidangan, Tinjauan dan Kajian Kurikulum

  • Kurikulum fleksibel, relevan dan kontekstual untuk mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat.
  • Membentuk generasi yang memiliki growth mindset dan warga berdaya tahan.

Rujukan kepada Dasar Negara, Teori Perkembangan & Aspirasi murid

  • Pembangunan kurikulum berdasarkan kepada hasrat dan aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Pendidikan Digital.
  • Fokus pembelajaran perlu selari dengan kematangan usia dan perkembangan pemikiran kanak-kanak.
  • 6 Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025 disesuaikan dengan keperluan masa akan datang.

Trend Global, Pentaksiran Antarabangsa & SDG

  • Trend Global: Pembangunan kurikulum berasaskan kompetensi.
  • Sasaran Malaysia untuk meningkatkan kedudukan pencapaian TIMSS dan PISA.
  • SDG: Kesedaran dan tanggungjawab terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran.
  • Mengatasi kemiskinan pembelajaran.

Malaysia Madani & Teras Utama KPM

  • Konsep Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam pembentukan karakter generasi akan datang.

Soalan FAQs Berkenaan Kurikulum Persekolahan 2027

Bagaimana kurikulum persekolahan 2027 diterapkan?

Ia akan diterapkan berdasarkan fokus mengikut peringkat pendidikan.

Bila bermula kurikulum persekolahan 2027?

Untuk masa sekarang adalah permulaan dimana pada tahun 2027 akan dimulakan bermula peringkat prasekolah.

Siapakah yang memperkenalkan kurikulum baharu?

Pihak KPM dibawah Fadhlina Sidek telah perkenalkan kurikulum baharu pada tahun 2023.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati