Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Lavashak Viral di Malaysia

resepi lavashak
Resepi Lavashak

Bagaimana resepi Lavashak? Lavashak kini sedang viral di media sosial lebih-lebih lagi di aplikasi tiktok di mana ramai pempengaruh yang menjadikan makanan viral ini sebagai content untuk menunjukkan rasa dan sekaligus mempromosikan makanan tersebut.

Namun begitu, selain membeli lavashak di dalam talian, anda juga boleh membuat lavashak sendiri dengan mudah di rumah. Di sini kami menyediakan resepi dan cara pembuatan Lavashak viral dengan beberapa bahan sahaja.

Resepi Lavashak Viral di Malaysia

Apa itu Lavashak?

resepi lavashak

Lavashak dalam bahasa Parsi ialah nama untuk kulit buah yang masam dan masin, nipis, pejal dan kering yang dibuat daripada puri buah tulen atau campuran seperti plum, aprikot, atau delima. jisim buah yang terlalu masak diasinkan, ditekan melalui ayak, dilicinkan hingga ketinggian kira-kira dua milimeter dan dikeringkan sehingga ia menjadi sejuk dan padat.

Lavashak juga boleh didapati dalam pelbagai jenis masakan Parsi termasuk manis, masam, dan masam manis. Walau bagaimanapun versi masam lebih popular.

Lavashak ialah campuran pelbagai buah-buahan dari segi pemakanan. Lavashak telah digunakan secara tradisional di rumah selama beberapa generasi. Ia kini dijadikan sebagai satu perniagaan.

Lavashak Asal dari Mana?

Lavashak berasal dari Iran dan di seluruh Timur Tengah. Lavashak pada asalnya dibuat dengan mengeringkan buah yang ditumbuk di bawah sinaran matahari. Orang Iran biasanya membuat lavashak pada akhir musim panas, ini disebabkan oleh beberapa sebab.

Antaranya, dari zaman dahulu, orang Iran mengeringkan buah-buahan atau membuat kulit pada musim panas untuk dijadikan bekalan buah pada mjusim sejuk. Namanya berasal dari persamaan kulit buah dengan roti lavash nipis Parsi.

Bagaimana Rasa Lavashak?

Ramai yang ingin tahu bagaimana rasa Lavashak tersebut. Rasa Lavashak ialah masam. Namun, terdapat juga Lavashak yang rasanya masam manis.

Bagi anda yang ingin membuat lavashak sendiri, anda boleh rujuk resepi Lavashak dibawah.

Resepi Lavashak Viral dan Cara Buat Lavashak

resepi lavashak

Bahan Lavashak :

  • 13-14 biji buah Plum
  • 30g barberi
  • 125ml air
  • 1 tbsp cuka apple atau lemon
  • Secubit garam (skip pun boleh)

Bahan sos Lavashak:

  • secukupnya Pomegranate molasses
  • buah delima
  • Barberry organic

Cara Buat Lavashak:

  1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil selama dua jam
  2. Kemudian tapis dan buang biji ( nak cepatkan masa masak boleh buang biji + kisar dulu baru masak atas dapur
  3. Oleskan minyak pada loyang baru tuang lavashak dan ratakan
  4. Bakar suhu 130c selama satu jam atau ikut oven masing-masing (biasanya perlu dibakar selama 3-4 jam)
  5. Potong lavashak kepada 4 atau 8. Kemudian tarik perlahan supaya lapisan lavashak tidak terkoyak
  6. Seterusnya gulungkan potongan lavashak tersebut dan susunkan
  7. Tuang pomegranate molasses di atas lavashak (tuang sikit kalau tak nak terlalu masam)
  8. Tabur buah delima dan barberry organic
  9. Sedia untuk dihidang dan dimakan.

Dengan hanya berpandukan Resepi Lavashak Viral ini diharapkan dapat membantu anda mencubanya sendiri dirumah. Ianya sangat mudah dan boleh dibuat berkali-kali. Anda juga boleh menjadikan Lavashak sebagai satu perniagaan baharu. Jangan lupa untuk kongsikan Resepi Lavashak ini kepada rakan-rakan anda. Selamat Mencuba!

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Lavashak

Apakah itu Lavashak?

Lavashak ialah sejenis makanan yang dibuat daripada campuran buah masam seperti plum,delima atau aprikot. Namun begitu, boleh juga mencampurkan buah-buahan lain seperti apple. lavashak juga sedap dimakan dengan sos delima atau pomegranate molasses.

Bagaimana buat Lavashak?

cara buat lavashak adalah anda perlu mencampurkan buah-buahan masam dan dikisar halus lalu dimasukkan ke dalam loyang dan diratakan. seterusnya, dikeringkan atau di bakar selama beberapa jam. selepas itu, lavashak perlu dipotong kepada beberapa bahagian dan digulungkan. tuang sos pomegranate molasses di atas lavashak dan sedia untuk dimakan.

sos lavashak diperbuat daripada apa?

Sos lavashak diperbuat daripada sos delima atau pomegranate molasses.

Bagaimana rasa lavashak?

rasa lavashak ialah masam manis. namun demikian, terdapatkan juga lavashak yang masam sahaja. Tambahan pula kuantiti sos pomegrated molasses yang banyak akan mempengaruhi rasa lavashak tersebut.

macam mana nak dapatkan lavashak?

lavashak mudah didapati dibeberapa platform seperti tiktok, shopee, dan sebagainya. lavashak berharga dalam lingkungan rm15-rm40 bergantung kepada penjual dan cara dihasilkan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati